CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Freddie Fernandez Sifatkan Tarik Diri Dari AJL Perkara Merugikan

21-12-2023 11:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 24291| Komen: 58

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez meluahkan rasa bimbang dengan tindakan beberapa penyanyi dan komposer yang menarik diri dari bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang dijadualkan diadakan pada tahun depan.


Menurut Freddie, AJL adalah satu platform terbaik yang mampu melonjakkan populariti artis, komposer serta lagu mereka, selain akan menyumbang kepada pendapatan yang tinggi.

Kata Freddie, keputusan untuk menarik diri daripada satu anugerah berprestij adalah satu tindakan yang kurang bijak dan akan merugikan diri sendiri.


"Kami amat bimbang dengan keadaan ini dan masa depan mereka, kerana AJL menjadi platform terbaik yang mampu melonjakkan populariti artis dan komposer serta lagu mereka.

"Bagi saya, untuk tarik diri dari mengambil bahagian merupakan suatu tindakan yang kurang bijak yang akan merugikan mereka sendiri dalam jangka masa panjang.


"Sudah terbukti AJL merupakan sebuah program yang paling popular dengan jutaan pengikut dan penonton antara peminat seni suara di Malaysia. Sesiapa yang menang atau menjadi finalis akan berpotensi menjana pendapatan yang tinggi selepas muncul dalam program tersebut.

"Ia termasuk menerima undangan untuk membuat persembahan serta peningkatan populariti lagu mereka di kalangan peminat disertai sekali dengan tontonan tinggi di pelbagai platform media sosial yang sudah pasti akan membawa pulangan yang lumayan.

"Jadi bagi saya tidak masuk akal ada yang memilih untuk tarik diri atas sebab-sebab yang kurang jelas, iaitu perjanjian antara Persatuan Industri Rakaman Malaysia (Recording Industry Association of Malaysia atau RIM) dan MPA dengan Media Prima. Saya pun tak pasti apakah kaitan perjanjian itu dengan AJL kerana tiada sebarang penjelasan dalam mana-mana media yang membuat liputan atas perkara ini," katanya.

Tegas Freddie, 70, sekiranya isu melibatkan bayaran duit, jelasnya, pihak Media Prima ada membuat bayaran royalti berjuta ringgit setiap tahun kepada dua badan kutipan royalti iaitu MACP dan PPM untuk karya muzik dan rakaman yang digunakan dalam siaran radio dan televisyen.

"Jika ia melibatkan bayaran duit apa yang saya faham ialah pihak Media Prima ada membuat bayaran royalti berjuta ringgit setiap tahun kepada dua badan kutipan royalti iaitu MACP dan PPM untuk karya muzik dan rakaman yang digunakan dalam siaran radio dan televisyen.

"Ini berjaya memberi imbuhan yang signifikan setiap tahun kepada komposer dan penulis lirik tempatan selain ahli RIM dan MPA melalui dua badan kutipan itu. Jadi apa lagi masalah dan tuntutan yang dimaksudkan itu?"jelasnya lagi.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote YomiuriLandMae 21-12-2023 11:37 PM
for me kalo artis baru yes AJL ni mmg pentas utk korg bersinar.. kalo artis lama or legend for me tak payah la baik korg focus berkonsert..
Quote sleepandream 22-12-2023 08:57 AM
AJL makin lama makin bowring...
host bowring... lagu bowring...
tak mcm dolu2..
Quote lasagna 22-12-2023 09:03 AM
ada sesape ke tarik diri utk AJL nanti?
tak dgr cite plak laa.. ke iols ketinggalan MRT?
Quote hayrin86 22-12-2023 09:40 AM
sleepandream replied at 22-12-2023 08:57 AM
AJL makin lama makin bowring...
host bowring... lagu bowring...
tak mcm dolu2..

Kan.. Lagu lagi menjemukan.. Tido awal malam lagi bagus..

Quote matseh 22-12-2023 09:47 AM
In this case. AJL need them, more then they need AJL.
Quote Piramida 22-12-2023 10:02 AM
Dulu2 maybe lah AJL the best platform. Sekarang lagu2 yg tak mesra telinga pun ada.. yg x pernah dengar pun ada.
Kalau rasa ada bias... Memang tak payah masuk lah.
Kalau tengok pun artis/ composer yg sama je terpilih masuk.
Yg penting lagu sedap.. Radio main/ download etc ...Org suka dengar.
Quote Cokoro 22-12-2023 10:27 AM
Muzik2 n ajl kena ubah format.
Quote debab_78 22-12-2023 10:37 AM
Ni ada kaitan dengan lagu Budi kot? Last minit tarik diri SFMM aritu
Quote nicolebaby 22-12-2023 11:04 AM
AJL dulu2 okaylah rasa rugi...AJL sekarang mehhhh.
Quote September14 22-12-2023 11:37 AM
Sitot misha aina erni hael smua naik sbb ajl… releven je ajl cuma yg tarik diri tu takut kalah khuens…. Last time masuk x menang trus xmo masuk dah. Bila pnynyi ganti dh nynyi elok2 n tau nak menang baru menggelupur nak buat kemunculan jgk… kejisss
Quote woven11 22-12-2023 11:47 AM
matseh replied at 22-12-2023 09:47 AM
In this case. AJL need them, more then they need AJL.

Tepat ayat nih… ajl need them.. ajl pown dah x relevant.. penyanyi dan composer yg sama balik2 bertanding.. lagu sendu tak pernah dengar.. ade tu lagu tak cukup mata pun berjaya ke semi..
Quote DianaSaksen 22-12-2023 12:04 PM
Faizal Tahir pun sama
Ganti ngan naqiu
Kenapa tak nyanyi
Dah tak mampu nyanyi live superman ?
Quote rayna_raynes 22-12-2023 02:25 PM
DianaSaksen replied at 22-12-2023 12:04 PM
Faizal Tahir pun sama
Ganti ngan naqiu
Kenapa tak nyanyi

Dia memang dah cakap taknak join AJL dari 2016 kan. 2015 tu last

Tapi lagu ciptaan tetap dia hantar sebab bukan dia sorang je pencipta lagu tu, kena hormat pencipta lain yg nak calonkan lagu tu


Quote aerna 22-12-2023 02:38 PM
AJL yg musim2 dulu mmg best..skrg ni ntah lagu apo2 yg masuk bertanding..

Quote EncikRhoma 22-12-2023 04:07 PM
lasagna replied at 22-12-2023 09:03 AM
ada sesape ke tarik diri utk AJL nanti?
tak dgr cite plak laa.. ke iols ketinggalan MRT?

Tarik diri masa semi. Lagu budi ciptaan kemi kemo
Quote izat123 22-12-2023 04:12 PM
Era streaming ni artis artis pun peduli taik je dengan pertandingan anjuran station tv. Dengan macam macam politik sebalik pertandingan tu lagi.
Quote sukanyanyi 22-12-2023 04:13 PM
lasagna replied at 22-12-2023 09:03 AM
ada sesape ke tarik diri utk AJL nanti?
tak dgr cite plak laa.. ke iols ketinggalan MRT?

tula kan, tertanya gak ni. yg iols tau, lagu Budi yg kmy kmo, luca sikta dgn pian tu tarik diri from sfmm itu ari. sbb ade komitmen lain katenya. yg ini ke yg dimaksudkan ke ada lg? btw syg je lagu ni tarik diri, mcm ade potential. dh bukan rezeki..
Quote sukanyanyi 22-12-2023 04:16 PM
September14 replied at 22-12-2023 11:37 AM
Sitot misha aina erni hael smua naik sbb ajl… releven je ajl cuma yg tarik diri tu takut kalah khue ...

chuol ckp psl sape, chuols? yg tokti muncul dlm persembahan bob dulu ke? hehe
Quote sukanyanyi 22-12-2023 04:18 PM
kalo raso2 nak tarik diri, dari awal takyahla calonkan dlm muzika2 pon..buat penat org len undi ye dok? lps tu kecut perut ke ape? atau sekadar test market masukkan lagu dlm carta? apa daaa

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.144816 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top