Bandi Amuk kekal pendiriannya untuk mengekalkan imej bertopeng meskipun ditawarkan sejuta ringgit untuk mendedahkan wajah sebenarnya di khalayak. Bandi atau Nashabandi Jumat, 55, berpendapat sekiranya dia membuka topeng tersebut dia seperti telah mensia-siakan perjuangan dirinya dalam dunia muzik rock selama ini.
“Sebenarnya ramai orang di luar sana sudah tahu siapa Bandi tapi untuk saya buka topeng dan dedahkan kepada umum wajah sebenarnya mungkin tidak. “Kerana perjuangan saya dengan kumpulan Amuk sudah masuk 28 tahun, jadi buka topeng ini satu perkara yang sia-sia sebab sudah berjuang lama untuk imej ini dan rasa macam derhaka pula dekat Amuk. “Topeng ini sebenarnya ada rezeki saya, terima kasih kepada arwah Encik Azmi yang bersama saya, kalau dulu ada orang tawar satu juta baru buka topeng tapi sekarang mungkin tak kot,” kata Bandi kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Bandi sekarang sudah bergiat aktif berlakon dan terbaharu lakonannya menerusi filem Syaitan Munafik yang membariskan pelakon hebat seperti Ashraf Sinclair, Mydin, Ery Putra, Raja Farah dan ramai lagi yang kini sedang ditayangkan di pawagam. -CARI Sumber: mStar
|
prince_marhaen replied at 21-12-2023 04:41 PM
tak hadap pun bang nak bagi rm1juta kalau begini-begini je...
ADVERTISEMENT