Pelakon Dini Schatzmann bertindak menutup ruangan komen hantaran gambar dalam Instagram membabitkan minuman satu jenama popular selepas berdepan serangan netizen. Rata-rata menyifatkan suami kepada aktres Janna Nick itu tidak sensitif apabila masih mempromosikan produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.
“Minuman kegemaran sepanjang masa yang melengkapkan setiap hidangan dan membuatkan semuanya sempurna,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen. Pelbagai respons kemarahan dapat dilihat dalam ruangan komen termasuk ugutan segelintir pengikut yang mahu memboikot pemilik nama sebenar Dini Azan Schatzmann, 29, itu. “Minum darah Palestin, boikot,” tulis seorang netizen. “Tidak sensitif langsung,” kata seorang pemilik akaun lain. Barangkali enggan perkara tersebut menjadi isu berpanjangan, Dini kemudian mengambil langkah menutup ruangan komen.
Konflik berdarah Palestin-Israel yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat Palestin serta mengakibatkan penderitaan berterusan menjadi perhatian dunia. Malah, ramai selebriti tempatan menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin dengan berkongsi pelbagai hantaran di laman sosial selain mengutuk Zionis seperti mana yang dilakukan jutaan masyarakat global lain. Sumber: HibGlam
|
apedehal replied at 21-12-2023 03:42 PM
Aku tgk some retis influencer mesia ni lagi lapar money & fame berbanding nilai kemanusian, sesama s ...
dua_chzy replied at 21-12-2023 03:57 PM
Dalam mengutuk tu korang cek la mekap, kasut, henbeg, ubat gigi, vitamin segala ntah hapa korang con ...
GegarVaganja replied at 21-12-2023 08:01 AM
Tacoood. Ganja memang dah lama tak minum milo.Sekali pergi mamak, duk mintak Milo ais.
Dah nak hab ...
Rogue98: Kalau dah kilang kat Malaysia ...
Rogue98 replied at 21-12-2023 03:59 PM
Kalau dah kilang kat Malaysia ni tak payah lah boikot. ekonomi negara jatuh orang Melayu Islam jugak ...
sambaldurian replied at 21-12-2023 04:36 PM
Jangan ckp cmtu, nnti ada ckp x percaya rezeki Tuhan, staff kerja kilang / servis Isr... ni kena be ...
GegarVaganja replied at 21-12-2023 04:01 PM
Tacoood. Ganja memang dah lama tak minum milo.Sekali pergi mamak, duk mintak Milo ais.
Dah nak hab ...
dua_chzy replied at 21-12-2023 02:57 PM
Dalam mengutuk tu korang cek la mekap, kasut, henbeg, ubat gigi, vitamin segala ntah hapa korang con ...
dua_chzy replied at 21-12-2023 03:01 PM
Sephora (yang banyak produk pro Yahudi peminum darah Palestinians), Coca Cola tu suma helok ja dijua ...
Rogue98 replied at 21-12-2023 05:12 PM
Tuhan tak suruh pun boikot. Kita jer memandai2.
Kita kacau rezeki orang nanti esok2 rezeki kita pu ...
ADVERTISEMENT