Oleh : Dean BZ Setiap negara memiliki hutan dengan keunikannya tersendiri. Kebiasaannya hutan adalah tempat yang penuh dengan semak samun namun berbeza dengan lima hutan ini yang mempunyai keunikan tersendiri. Berikut merupakan lima hutan paling indah di dunia yang menjadi tumpuan pencinta hutan di seluruh dunia :
1. Caddo Lake, United States Terletak di sempadan antara Texas dan Louisiana, meliputi kawasan seluas 25.400 ekar yang dilindungi di bawah perjanjian RAMSAR. Ia juga mempunyai hutan Cypress terbesar di dunia.
2. Taman Hutan Negara Zhangjiajie, China Taman Hutan Negara Zhangjiajie ditubuhkan pada tahun 1982, merupakan taman hutan negara pertama yang diwartakan di China. Kawasan ini meliputi 480,000 meter persegi (185 batu persegi). Ciri-ciri geografi yang paling ketara dalam taman tersebut adalah pembentukan tiang seperti yang dapat dilihat di seluruh taman. 3. Halle`s forest, Belgium Hutan ini terletak hanya di sempadan Flanders dan Wallonia, di perbandaran Halle, kira-kira 30 minit ke selatan Brussels. Dari akhir April hingga awal Mei, beberapa ekar hutan di pinggir Wood Halle akan diselaputi oleh permaidani indah iaitu hamparan pokok hyacinths bluebell liar. 4. Sagano Bamboo Forest, Japan Bamboo Forest terletak dalam daerah Arashiyama di pinggir barat Kyoto yang meliputi kawasan seluas 16 kilometer persegi. Ia adalah salah satu hutan semula jadi yang paling indah di Jepun. Keindahan pemandangan hijau dengan alunan bunyi yang tercipta secara alami dari celahan buluh membuatkan hutan ini antara yang terindah di dunia. 5. Crooked Forest, Poland Hutan ini terdiri daripada kira-kira 400 jenis spesis pokok aneh melengkung seperti yang dilihat dalam gambar. Tidak dapat dipastikan pula adakah kewujudan pokok yang tumbuh melengkung itu adalah semula jadi atau dibuat oleh manusia. Jadi antara 5 hutan diatas, yang manakah akan anda kunjungi terlebih dahulu jika berpeluang? - CARI Infonet. |
27
Bagus |
16
Marah |
23
Terkejut |
21
Sedih |
17
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mdhelmi replied at 7-12-2015 02:01 PM
tgk no 1 terbayang buaya
tgk no 4 terbayang kungfu panda
Artemesiaa replied at 7-12-2015 10:13 PM
Teringat masa jalan2 kat bamboo forest tu rasa tenang dan nyaman je
LavaUollss replied at 1-3-2016 11:09 PM
nak pegi bamboo forest tu macamna? kalau misal kata perjalanan dari osaka airport.
Jangan kata na ...
ADVERTISEMENT