CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Trailer Filem 'Captain America : Civil War' Mendapat Sambutan!

7-12-2015 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 65343| Komen: 190




Oleh : TS LOO



Trailer bagi filem Captain America : Civil War) yang dinanti-nantikan peminat seluruh dunia, pada asalnya dijangka dikeluarkan untuk tontonan umum pada bulan Disember, namun ianya telah secara rasmi disiarkan lebih awal iaitu akhir bulan November, tindakan tersebut berjaya mengundang kesan promosi yang luar biasa di kalangan peminat. 


Dalam trailer tersebut bukan sahaja menyaksikan kemunculan semua wira dalam filem The Avengers, malah mereka turut kelihatan bertelagah antara satu sama lain. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan yang masing-masing diketuai captain Amerca dan Iron Man! Lebih dasyat lagi, perbualan antara Captain America dengan Iron Man yang sudah bermusuhan difahamkan penuh dengan kata-kata kesat. 


Dalam trailer, kelihatan punca utama perpecahan adalah disebabkan Captain America cuba menyelamatkan Winter Soldier, manakala Black Widow, Iron Man, Cold Warrior, Hawkeye, Scarlet Witch, Ant-Man, Spiderman dan wira-wira yang lain semua kelihatan muncul dalam trailer tersebut, termasuk Black Panther turut muncul.


Captain America : Civil War bakal terus diarah oleh Anthony Russo dan Joe Russo, dua orang pengarah yang merupakan adik-beradik yang sebelum ini telah mengarah filem Captain Amerca: The Winter Soldier pada tahun 2014.  Jalan cerita nya akan diperkembangkan daripada sambungan plot filem Avengers: Age of Ultron. Kisahbya bermula dengan Kumpulan Avengers yang baru yang diketuai oleh Captain America terus mengekalkan usaha melindungi manusia sejagat di bumi. 


Setelah satu lagi insiden antarabangsa berlaku, menyebabkan anggota kumpulan The Avengers mengalami kecederaan, wujudnya satu sistem pengurusan dan sistem tanggungjawab yang bertujuan untuk memastikan bilakah kumpulan The Avengers boleh dikumpulkan untuk menjalakan tugasnya. Pada ketika mereka sedang mencari jalan untuk menentang anasir jahat yang terbaru, tanpa disedari sistem pengurusan baru itu telah menjadi punca retakan hubungan antara mereka. 


Filem tersebut bakal ditayangkan di pagawam pada 6hb Mei 2016, tambahan lagi turut ditayangkan adalah filem keluaran DC iaitu Superman vs Batman dan filem terbaru X-Man, tahun depan boleh dikatakan semua wira dari Marvel dan DC akan muncul di pagawam, sungguh memeriahkan!- CARI Infonet






4

Bagus
4

Marah
5

Terkejut

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 19-10-2014 09:02 AM
sudah2 lah selitkan iron man... menyampah aku dengan mamat tu.
Quote kambeng_masam 19-10-2014 10:09 AM
edee_91 posted on 19-10-2014 04:02 AM
sudah2 lah selitkan iron man... menyampah aku dengan mamat tu.

watak super-ego kena ada....
Quote aijinmisaki 19-10-2014 02:38 PM
edee_91 posted on 19-10-2014 09:02 AM
sudah2 lah selitkan iron man... menyampah aku dengan mamat tu.

akak pun menyampah dengan watak ironman.
Quote skystrike 11-5-2015 10:36 PM
The Cast For Captain America: Civil War Has Been Announced & It Is IMPRESSIVE

Disney recently revealed the official cast for Captain America: Civil War and it has the most comic book characters in a Marvel movie yet! There are going to be 16 characters in the cast that spread across the Marvel Universe. Captain America is going to start off right where Avengers: Age of Ultron left off with Steve Rogers leading a newly assembled Avengers team in an effort to safeguard humanity.
The star-studded cast consists of the following:
Chris Evans as Steve Rogers/Captain America
Robert Downey Jr. as Tony Stark/Iron Man
Scarlett Johansson as Natasha Romanoff/Black Widow
Sebastian Stan as Bucky Barnes/Winter Soldier
Anthony Mackie as Sam Wilson/Falcon
Paul Bettany as The Vision
Jeremy Renner as Clint Barton/Hawkeye
Don Cheadle as Jim Rhodes/War Machine
Elizabeth Olsen as Wanda Maximoff/Scarlet Witch
Paul Rudd as Scott Lang/Ant-Man
Emily VanCamp as Sharon Carter/Agent 13
Frank Grillo as Brock Rumlow/Crossbones
The following characters are new additions, except one:
That one is William Hurt as he reprises his role from 2008’s The Incredible Hulk as General Thaddeus ‘Thunderbolt’ Ross.
One new character is Chadwick Boseman known for playing famous baseball star Jackie Robinson in 42 and James Brown in Get on Up. He will be playing T’Challa/Black Panther.
Daniel Brühl who was in Inglorious Bastards will be playing Baron Helmut Zemo the super villain that faces off against Captain America in the iconic comic book series.
Last notable addition, Martin Freeman known as of late for playing Bilbo Baggins in the recent Hobbit Series. He is rumored to enter the Marvel Universe as Everett K. Ross who supported Klaw in Wakanda information making him a foe of T’Challa/Black Panther. So only time will tell what will happen between these two in Civil War.

http://therealstanlee.com/the-cast-for-captain-america-civil-war-has-been-announced---it-is-impressive

Quote skystrike 11-5-2015 10:37 PM
cast picture untuk civil war...



Quote skystrike 11-5-2015 10:43 PM
kalau ikutkan dalam komik captain america/steve roger & team dia akan berlawan dengan tony stark/iron man & geng2 dia.....diorang bergaduh pasal superhero registration act...di mana goverment US akan buat undang2 baru pasal superhero...ironman sokong undang2 ni....tapi captain america menentang undang2 ni.....memang banyak superhero marvel yg terlibat dalam civil war ni....

aku x tau filem ni macam mana ending dia....tapi kalau ikut dalam komik ending dia steve rogers akan dibunuh oleh rumlow/crossbone dan selepas tu bucky/winter soldier akan ganti tempat dia sebagai captain amerika...

Quote mzzenma 12-5-2015 11:45 AM
skystrike replied at 11-5-2015 10:43 PM
kalau ikutkan dalam komik captain america/steve roger & team dia akan berlawan dengan tony stark/iro ...

nak ke diorang bunuh watak steve rogers?
lagipun winter soldier tu dah cukup hensem sbg winter soldier
Quote sekngucing 12-5-2015 07:38 PM
edee_91 replied at 19-10-2014 09:02 AM
sudah2 lah selitkan iron man... menyampah aku dengan mamat tu.

mana bloeh, nanti tak canon
civil war ni perang antara team kapten vs team iron man

Quote edee_91 12-5-2015 07:40 PM
sekngucing replied at 12-5-2015 07:38 PM
mana bloeh, nanti tak canon
civil war ni perang antara team kapten vs team iron man

Kunfayakun...
Quote skystrike 12-5-2015 11:27 PM
mzzenma replied at 12-5-2015 11:45 AM
nak ke diorang bunuh watak steve rogers?
lagipun winter soldier tu dah cukup hensem sbg winter so ...

entah la...kalau betul diorang buat filem ni follow comic betul2 then steve rogers akan mati dibunuh & bucky aka winter soldier akan ganti tempat dia sbg captain america.....tapi masalahnya chris evans still ada movie kontrak dengan marvel sampai avenger 3 infinity war...
Quote mzzenma 13-5-2015 05:23 AM
skystrike replied at 12-5-2015 11:27 PM
entah la...kalau betul diorang buat filem ni follow comic betul2 then steve rogers akan mati dibun ...

So maybe ca tak mati lag kut. Unless dia mati appear as flashbacks ja. Sedihhh...
Quote tdpp2006 14-5-2015 03:20 PM
Mr Watson berlakon jadi apa? Ke sahaja nak kait dengan Dr Strange nanti..
Quote wanitajelita 10-6-2015 12:39 AM
Captain America mati?? No way


Quote wanitajelita 10-6-2015 12:39 AM
Captain America mati?? No way


Quote hanakikan 10-6-2015 02:18 AM
iols sokong je kalau si Bucky tu ganti tempat Captain America
Quote wanitajelita 11-6-2015 08:49 AM
Since ini page pertama, mcm sesuai aku nak type apa yg ada dlm hati aku.

Filem Captain America adalah "symbol of the nation" iaitu sbg salah satu propaganda Amerika dlm bentuk media. Sekiranya ikut komik Marvel bahawa CA akan digantikan dgn Bucky Barnes, ia tak berapa sesuai. Kenapa tak sesuai?

Steve Rogers adalah insan terpilih oleh army & kerajaan Amerika utk projek super serum diorang yg pertama. Dipilih sebab kualiti & karakter yg ada dlm diri Steve Rogers, berbanding askar2 lain yg ada pd masa tu. Kemuliaan hati Steve Rogers telah dilihat oleh Dr Einskein, selain keupayaan Steve Rogers utk pikul tanggungjawab sbg CA sebb projek super serum akan menyebabkan "the better become best, the bad become worst".  Projek super serum utamakan kualiti diri melebihi faktor lain sebab Dr Einskein tak nak mengulangi apa yg dah terjadi pd Schmit.

Tu sebab pemilihan Steve Rogers adalah satu kejayaan kerana berjaya menghasilkan Captain America yg hebat, bermaruah, & sanggup sacrifice utk negara (masa First Avenger, Rogers yg memilih utk kandaskan jet dia dlm ais utk avoid ramai org yg bakal terbunuh sekiranya mendarat di kota New York) hingga menyebabkan dia terbenam selama 70 tahun dlm ais. Steve Rogers pun mana pernah serang golongan yg lemah mcm perempuan? Bayangkan kalau dlm next filem if betul Bucky Barnes yg gantikan tempat Steve Rogers sbg Captain America, apa persepsi masyarakat dunia terhadap "American hero" yg baru, apabila digantikan dgn seorang pembunuh upahan Hydra (sptmana dlm The Winter Soldier)? Bayangkan, Bucky ada serang Natasha Rumanoff dlm The Winter Soldier, mengancam keselamatan org awam & bekerja utk pembelot (Hydra). Terbukti, projek super serum Hydra oleh Dr Zola terhadap Bucky Barnes tak sebaik projek specimen Dr Einskein terhadap Steve Rogers. Takkan Amerika nak naikkan "manusia sempurna" hasil projek parasit dlm SHIELD? Komik yg hanya dibaca oleh target group tertentu tak sama dgn watak yg difilemkan. Film CA telah ditonton oleh serata dunia, telah direkod dan bakal diulang2 tonton sepanjang zaman oleh segenap lapisan masyarakat & menjadi topik perbualan santai di mana-mana. So bagi aku director yg baik akan adjust kesesuaian plot citer dlm komik dgn yg bakal difilemkan, kena ada sikit twist since ia sesuatu yg wajar.

Hopefully watak & film Captain Amerika takkan berakhir mcm tu.

Quote sham-xv1986 11-6-2015 11:44 AM
Edited by sham-xv1986 at 11-6-2015 11:49 AM

Kalau ikut komik Captain mati mase ending Civil War ni.
Dan aku amat berharap Captain mati dalam filem ni.
Bukan ape, sebab Marvel asik 'play safe' dalam movies die...

Tengok citer Batman, sanggup matikan Rachel. Baru ade rase impak woo.

Aku rase takde masalah pun kalau Captain mati. Sebab dalam komik pun die hidup balik pastu. Kekeke.
Since Marvel universe ni banyak misteri+benda karut - macam Vision  bleh 'tercipta' dengan sendirinya, so tak mustahil pun nanti kalau somehow  Captain hidup balik mase Avengers 3.
Quote bellaa 4-7-2015 08:02 PM
bella team ironman
Quote skystrike 28-8-2015 04:42 PM


team iron man



team captain america





Lihat semua komen(190)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066234 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top