CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

James Wan Seronok Balik Malaysia, Datang Promosi Filem ‘Aquaman And The Lost Kingdom’

21-12-2023 12:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 23453| Komen: 18

Description: Pengarah Hollywood terkenal, James Wan berasa cukup teruja apabila dapat kembali ke Malaysia mempromosikan filem terbaharu arahannya berjudul Aquaman and The Lost Kingdom.Peluang pulang ke negara ini, ...
Pengarah Hollywood terkenal, James Wan berasa cukup teruja apabila dapat kembali ke Malaysia mempromosikan filem terbaharu arahannya berjudul Aquaman and The Lost Kingdom.

Peluang pulang ke negara ini, James memberitahu dia sempat mengunjungi beberapa lokasi di sekitar ibu kota dan menikmati hidangan kegemaran yang dirindui selama ini.



"Sampai saja di Kuala Lumpur saya terus order laksa, nasi ayam Hainan dan sudah tentulah durian!" katanya kepada pemberita.

James berkongsi mengenai perkara itu semasa ditemui di sidang media filem berkenaan yang diadakan di Aurum Theatre, The Exchange, TRX, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Bercakap mengenai filem Aquaman and The Lost Kingdom, James berkata filem ini berbeza daripada siri pertama kerana penonton dapat melihat watak Aquaman memikul lebih banyak tanggungjawab berbanding sebelum ini.


Dalam pada itu, James yang juga merupakan anak kelahiran Malaysia ini turut menyatakan minat untuk menghasilkan filem bergenre romantik komedi selepas ini.

"Saya suka romantik komedi, teringin untuk buat satu hari nanti tapi saya rasa genre sains fiksyen lebih menarik untuk diceburi selepas ini," katanya semasa ditemu bual secara eksklusif oleh mStar.

James yang merupakan pengarah filem Conjuring dan Insidious turut berbesar hati menampilkan Malaysia dalam filem arahannya akan datang.

Untuk rekod, Aquaman and The Lost Kingdom merupakan kesinambungan kepada filem Aquaman yang diterbitkan pada tahun 2018.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-12-2023 12:46 AM
Ada baca gosip rituh Amber Heard ngan Jason Momoa ada pertelingkahan/ketidaksefahaman semasa penggambaran?

Btw diharap helok la sikit perkembagan karakter Aquaman dalam sequel ni. Idok la manjang bodoh bimboy macam dalam movie DC League ka apa tu.
Quote Cleocatra 21-12-2023 01:14 AM
Pakai shirt lusuh atari je. Walau dalam bank juta2 dollar. Tokey timbang kilo malaysia abih woi dari bertepek logo gucci, naik bentley, kelek hermes. Belum lagi bff azmee yang claimed diri sendiri old money, dinding rumah penuh marble pun dok bising sekampung. Nasib la dapat duit dari projek azmee khenn… kalau tidak gigi pun tak mampu buat veneers
Quote laqoyah 21-12-2023 02:54 AM
Kepam nya.....
Quote Kancilkering 21-12-2023 06:04 AM
ah dia ni time time ni lah balik malaysia….tau leh nitijen mesia ni terkuat di dunia…:minta promo lah tu aquaman sendu….
Quote Burong_Hantuk 21-12-2023 07:49 AM
   
Quote lasagna 21-12-2023 07:55 AM
finally balik Msia kejap ek? alaa xtau plak heols balik promot Aquaman.
xde ke anugerah penghargaan ke kat heols ni? anak Msia kot.
TS Michelle Yeoh dah dpt, James bila lagik???
Quote EncikRhoma 25-1-2024 01:02 PM
Claim jangan tak claim. Dia lahir je di Malaysia tapi warganegara aussie ye. Umur 7 tahun pindah sana dengan family dia. Family dia pun semua dah jadi warga sana. Tak payah claim sangat la
Quote putericahaya999 25-1-2024 01:07 PM
EncikRhoma replied at 25-1-2024 01:02 PM
Claim jangan tak claim. Dia lahir je di Malaysia tapi warganegara aussie ye. Umur 7 tahun pindah san ...

Patutpun tatau
... pulang nak promosi je la tu
Pandai cakap malay x
Quote immaryjane 25-1-2024 01:09 PM
Dah tk buat cite hantu ke? Klu tgok cite hantu dia, mmg terase betul vibe2 hantu msia.
Mohon dia ketengahkn hantu msia yg betul2, kaka ponti ke, cikpon ke.
Mst omputeh excited coz hantu dia mehhhhhh setakat melekat kt dinding
Quote chep 25-1-2024 02:57 PM
Edited by chep at 25-1-2024 03:13 PM
immaryjane replied at 25-1-2024 01:09 PM
Dah tk buat cite hantu ke? Klu tgok cite hantu dia, mmg terase betul vibe2 hantu msia.
Mohon dia ket ...

boleh nengok yang ni. Hantu air Malay versi omputeh.. filem arahan beliau jugak...




Quote alesandra 25-1-2024 03:00 PM
Filem flop ni xyah nak claim sgt laa
Quote delia3003 25-1-2024 05:44 PM
Edited by delia3003 at 25-1-2024 05:45 PM
alesandra replied at 25-1-2024 03:00 PM
Filem flop ni xyah nak claim sgt laa


Takpe la yang ni seketul je flop, Aquaman 1 dulu lebih USD 1 bil. Weekend ni boleh cecah USD 400 mil takde la flop sangat macam The Marvels dan The Flash

DCEU pun tengah nak reboot, watak Aquaman pun akan cari pelakon lain dan kali ni diorang nak cari rupa ikut komik. Ntah nape diorang ambik JM ni jadi aquaman dulu, tak menepati rupa dalam komik langsung. Patrick Wilson tu lagi ada rupa aquaman.

JW setakat boleh claim lahir kat Malaysia je la
Quote zuuu 25-1-2024 11:11 PM
immaryjane replied at 25-1-2024 01:09 PM
Dah tk buat cite hantu ke? Klu tgok cite hantu dia, mmg terase betul vibe2 hantu msia.
Mohon dia ket ...

The conjuring tu mmg best,walaupon yg ketiga tu x bape seram sanggat pada aq
Quote Straya 26-1-2024 08:20 AM
Bagus la tu dia mengaku dia malaysian.Dah lahir sini takkan nak cakap dia orang asal aussie lak
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:39 PM
untunglaaaa
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:39 PM
xde ke negara konoha nk claim dia dr sana p
Quote Ferr_Remy 26-1-2024 11:33 PM
putericahaya999 replied at 25-1-2024 01:07 PM
Patutpun tatau
... pulang nak promosi je la tu
Pandai cakap malay x

Boleh je die x promote kt sini . Malaysia punya kutipan ni x kaco sgt kutipan filem die satu dunia pun hahaha.
Quote anony-mous 27-1-2024 02:38 AM
Pergh ok la nk jugak jejak msia. Michelle yeoh ada x? Ke i terlepas. Tp mmg suka la filem2 JW ni. Klau heols buat romcom for sure i akn tgk

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061420 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top