|
Bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham berkongsi rasa kesal atas keputusannya memperbesarkan payudara. Victoria berkata sebagai ibu dia tidak mahu anaknya melakukan perkara sama iaitu memasukkan implan pada bahagian berkenaan sehingga menerima kesan negatif pada tubuh.
"Sejujurnya, saya menyesal melakukan pembedahan implan. "Saya harap anak perempuan saya Harper tidak akan melakukan perkara yang sama," katanya semasa ditemu bual majalah Allure. Isteri kepada David Beckham itu bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk berkongsi pengalaman tersebut kepada anak perempuannya itu. "Saya rasa Harper baharu berusia 12 tahun dan saya belum yakin untuk berkongsi pengalaman ini kepada dia," kongsinya. Victoria melakukan pembedahan payudara sekitar tahun 2011 namun dia membuangnya pada tahun 2014 dan sejak itu dia sering berkongsi penyesalannya.
"Tak akan ada lagi payudara palsu!" luahnya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.039613 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.