Kuala Lumpur: Serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Gaza, Palestin yang memasuki hari ke-75 menyebabkan bukan hanya dunia menolak tindakan itu, malah rakyatnya sendiri hilang keyakinan terhadap kerajaan mereka.
Hampir setengah juta rakyat Israel meninggalkan Israel, manakala bilangan penghijrahan ke Israel juga menunjukkan penurunan lebih 50 peratus sejak serangan pada 7 Oktober lalu. Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) Muhammad Fauzi Asmuni berkata, rakyat Israel sudah hilang keyakinan kepada kemampuan negara mempertahankan mereka. "Selama puluhan tahun tertanam dalam minda rakyat Israel, mereka adalah negara terkuat dunia dan mampu menyerang Iran pada bila-bila masa. "Serangan beberapa minit pada 7 Oktober lalu yang menjatuhkan 11 penempatan tentera, 21 penempatan haram Israel, membunuh lebih 1,000 orang tentera dan menawan lebih 200 tawanan menghilangkan mitos kepercayaan itu daripada minda rakyat Israel," katanya mengulas isu itu di Instagram.
Justeru, menurut beliau, tidak hairan penduduk Israel yang mempunyai dua kerakyatan dan simpanan wang keluar beramai-ramai dari Israel. "Serangan membabi buta terhadap orang awam (Gaza) hanyalah untuk mengembalikan keyakinan itu kepada rakyat bahawa Israel masih kuat," katanya. Berdasarkan data Pihak Berkuasa Imigresen dan Populasi Israel, lebih 470,000 rakyat Israel berhijrah ke luar negara sejak 7 Oktober lalu dan tidak diketahui sama ada mereka akan kembali mahupun tidak. Data itu juga merekodkan, jumlah penghijrahan ke Israel menurun 70 peratus November lalu iaitu hanya 2,000 orang berbanding 4,500 orang yang tiba setiap bulan sejak awal tahun ini. Setakat semalam, Kementerian Kesihatan Gaza merekodkan, angka korban di Gaza mencecah 19,667 orang, manakala 52,586 lagi cedera. -CARI Sumber: Harian Metro
|
lebih 470,000 rakyat Israel berhijrah ke luar negara sejak 7 Oktober lalu dan tidak diketahui sama ada mereka akan kembali mahupun tidak.
Skuau replied at 20-12-2023 05:06 PM
Inila peluang ROHINGYA tuk dapatkan sebuah negara sindiri..mohon berhijrah ke Israel....dgn tulus ik ...
Buritan replied at 20-12-2023 05:22 PM
Aku pun setujuk.. israel sila amik rohingya
Justeru, menurut beliau, tidak hairan penduduk Israel yang mempunyai dua kerakyatan dan simpanan wang keluar beramai-ramai dari Israel.
prettyuglybabe replied at 20-12-2023 05:17 PM
tanah sapa pulak nak si sakau tu..
ADVERTISEMENT