Masih ingat fenomena ‘Adib, biasa maksudnya?’ awal tahun ini? Ya, Adib yang handsome (ikut kaca mata BBNU), baru sahaja menutup kedai Bananadibs (pisang goreng yang dicelup dengan pelbagai sos seperti coklat dan lain-lain). Bercakap dalam satu TikTok Live, Adib mendedahkan bahawa kedainya hanya mampu menjual 8 kotak bananadibs sahaja sehari iaitu hasil jualan RM100 sahaja sehari. Sedangkan dia perlu menanggung kos operasi harian seorang pekerja RM60 untuk lima pekerja di kedainya menjadikan RM300 sehari yang tidak mampu menampung kos tersebut. Susulan itu, ibu bapa Adib memanggil Ustaz dan mendapati ada orang menghantar ‘benda’ untuk menutup kedainya. ‘Benda’ yang berupa syiling itu sentiasa ada di kedainya. Rupa-rupanya, banyak pelanggan Adib yang bertanya mengapa kedai ditutup, tapi sebenarnya sudah ada yang menutup pandangan mereka. Selepas bertahan beberapa bulan, akhirnya Adib mengambil keputusan untuk menutup operasi. Di ruangan komen, ramai yang menyatakan sihir memang wujud dan ia mengenai peniaga Melayu terutamanya yang baru beroperasi.
Namun, ada juga yang memberi tip bahawa syiling itu tidak boleh disapu dengan tangan. Selain itu, ada yang turut memberi pendapat pisang bananadib laku kerana empunya diri dan benda hype tidak semestinya kekal lama. Anda pula rasa bagaimana? -CARI |
ADVERTISEMENT