CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanggung Hutang Keliling Pinggang- Ciku Sekolah Mati, Ajak Isteri Dan Anak Bunuh Diri Sekali

20-12-2023 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11694| Komen: 24

Tiga beranak termasuk ibu, bapa dan seorang anak ditemui maut di rumah mereka yang terletak di Malang, Indonesia.

Trend Tribunnews melaporkan, si bapa, Wahab dipercayai mengajak isteri, Sulikha dan seorang anak perempuannya berusia 12 tahun membunuh diri kerana terjerat dengan hutang.



Foto: Trend Tribunnews

Difahamkan sebelum kejadian, Wahab yang berusia 38 tahun itu menyuruh seorang lagi anak kembarnya tidur di bilik lain. Tidak lama kemudian, kanak-kanak itu terdengar jeritan bapanya di bilik belakang dan lebih meruntun hati apabila melihat mulut si ibu berbuih manakala adik kembarnya dalam keadaan sudah membiru. Sementara si bapa telah mencederakan pergelangan tangannya sendiri.

Turut ditemukan adalah satu nota terakhir yang ditinggalkan arwah buat seorang anak kembarnya yang dibiarkan hidup. Arwah turut berpesan supaya anaknya itu menghormati nenek, datuk serta ibu dan bapa saudara yang menjadi keluarga barunya selepas ini.


"Kakak jaga diri. Papa, mama dan adik pergi dulu. Belajar elok-elok."

Hasil siasatan lanjut mendapati, mangsa yang merupakan seorang guru sekolah sebenarnya mempunyai banyak hutang dengan jiran tetangga dan kerana tidak mampu melunaskan hutang tersebut, dia nekad membunuh diri.

Penduduk setempat menyifatkan Wahab seorang guru yang baik dan disenangi ramai. Bukan itu sahaja, Wahab dikatakan aktif menghadiri majlis tahlil malah rajin berjemaah di surau. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 20-12-2023 11:49 AM
tatau nk ckp apa...kesian kat anak bini dan anak yg ditinggalkan...
Quote white_musk 20-12-2023 12:23 PM
kenapa buat hutang? masuk MLM ke?
Quote pasa 20-12-2023 12:26 PM
kasihan, gaji cikgu di Indonesia mmg rendah. bertabah lah.
Quote Kitty_catz 20-12-2023 12:29 PM
laaa silap wahab

ingat wahab agus tadi....yihhh
Quote Suchi 20-12-2023 12:31 PM
Pastu napa sorang kembar tu ko biarkan dia menderita?
Dahla kembar dia juga kan mati tu
Ehh benci betul baca berita ni sian gilaa kembar tu terpaksa tgk org2 yg dia sayang mati depan mata.
Ko nak mati sorang2 jela mati.
Quote mejaputih 20-12-2023 12:33 PM
Suchi replied at 20-12-2023 12:31 PM
Pastu napa sorang kembar tu ko biarkan dia menderita?
Dahla kembar dia juga kan mati tu
Ehh benci b ...

Pastu kena hadap kecaman masyarakat dan sedara mara...kesian sungguh...silap2 boleh kemurungan
Quote Suchi 20-12-2023 12:38 PM
mejaputih replied at 20-12-2023 12:33 PM
Pastu kena hadap kecaman masyarakat dan sedara mara...kesian sungguh...silap2 boleh kemurungan

Opkos akan kemurungan, budak tu takkan sama dah lepas ni
“Hancur” dah dia, alami PTSD, belum tentu dia akan membesar dgn baik nnt.
Dia pasti akan menyalahkan diri sbb gagal selamatkan ahli keluarga dia.
Asik tertanya2 napa dia je dibiarkan hidup
Quote B40tastePosh 20-12-2023 12:40 PM
Cikgu kat sana gaji kecik.

Quote mejaputih 20-12-2023 12:40 PM
Suchi replied at 20-12-2023 12:38 PM
Opkos akan kemurungan, budak tu takkan sama dah lepas ni
“Hancur” dah dia, alami PTSD, belum ten ...

Kesian kan life dia alps ni...angkara bapak dia musnah masa dpn dia...
Quote mejaputih 20-12-2023 12:41 PM
Mak dia pun awat setuju dgn rancangan husband..betul2 x syg ank2 ni...
Quote sayurmayur88 20-12-2023 12:57 PM
ya Allah, nauzubillah
Quote shida81 20-12-2023 12:59 PM
Eh babi sungguh bapak nie.. Alang2 ko nk mati ko buat hutang lg pastu ko htr ank bini ko kat luar negara pakai duit tu.. Pastu ko nk mati pun mati lah...
Quote BoongaKertas 20-12-2023 01:00 PM
selfishnya bapak dia...dah lah trauma budak tu. hrp dia membesar dgn normal tanpa depresi.
Quote Mary_jane 20-12-2023 01:02 PM
Kenapa bunuh diri & tinggal kakak sorang.
Quote rosmahisham 20-12-2023 01:41 PM
Ya Allah orgnya alim..knp nekad mcmtu..bini bertudung..klu dtg mesia naik tongkang jd buruh kontrak pin cpt je bayo hutang tu.
Quote Decaffeinated 20-12-2023 01:52 PM
Dorang yang average ni walau nampak bijak tapi hidup sangat sederhana bordering on miskin ya. Bagusnya mereka sangat humble.

Bunuh diri tu is not fair untuk orang yang bagi hutang tapi kalau hidup pun ko tak kan bayar then it makes no difference lah I guess.
Quote jlo 21-12-2023 08:28 AM
Ya Allah ..sedih betul baca ni
Quote Yoonggi 21-12-2023 08:52 AM
kesian yg ditinggalkan tu. xleh imejin trauma dia
Quote zehra2 21-12-2023 08:56 AM
agak² anak yg ditinggalkan tu. anak yg terpaling disayang atau yang dibenci.
sebesar gitu je. mcm mana nk mengharungi hidup ni sorang diri.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.055720 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top