Orang ramai yang sedang bersantai sekitar jeti di Tanjung Emas, Muar, Johor dikejutkan dengan tindakan seorang remaja lelaki yang berjalan masuk ke dalam sungai seorang diri, seperti dipukau.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @Shah_Evanddy91, remaja berkenaan dilihat terus berjalan sehingga air sungai mencapai paras dadanya tanpa menghiraukan jeritan orang ramai. "Kejadian dekat Tanjung Emas, Muar, pukul 7.30 malam. Ingatkan nak bunuh diri tapi seperti dipukau. "Ada saksi yang nampak awal, lelaki ni seperti dipukau. Terus masuk ke sungai even orang dah jerit panggil. Dia tak toleh langsung. "Masa dah dekat dalam ni dia nangis," tulis keterangan pada video berkenaan. Tambah pemilik video, orang ramai segera menghubungi talian kecemasan 999 memandangkan terlalu sukar untuk masuk ke dalam sungai bagi menyelamatkan remaja berkenaan.
Menerusi perkongsian berasingan, pemilik video memaklumkan bahawa remaja berkenaan berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Video tersebut sehingga kini meraih 2.3 juta jumlah tontonan di TikTok. Sementara itu Ketua Balai Bomba Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian yang berlaku pada Ahad lalu itu kira-kira pukul 7.32 petang. Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati mangsa berada di daratan dan sudah diselamatkan oleh ahli keluarganya. "Menurut orang ramai di tempat kejadian, remaja terbabit masuk ke dalam sungai dengan berjalan sendiri dan kemudian berhenti apabila merasa air sungai pada aras yang dalam. "Mangsa bernasib baik kerana sewaktu kejadian air sedang surut," katanya, memetik Kosmo. Tambah Shahrizal, mangsa Muhammad Said Nordin, 19, dipercayai datang ke Muar bersama ahli keluarga dari Simpang Renggam menghadiri kenduri kahwin. Ujarnya, pihak bomba turut bertanya kepada remaja berkenaan keadaan dirinya namun mangsa hanya mendiamkan diri tetapi dalam keadaan sedar serta waras. "Mangsa berkemungkinan mengalami masalah kemurungan sehingga bertindak demikian. "Pihak bomba menasihatkan keluarga mangsa untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan lanjut ke hospital bagi mengenal pasti tahap kemurungan serta kesihatan remaja berkenaan," katanya. -CARI Sumber: mStar
|
shernazz replied at 20-12-2023 10:00 AM
Kalau Tanya tok bomoh...
Dia Akan Kata hantu air seru
mojarean_X replied at 20-12-2023 10:37 AM
Iols percaya teori ini despite cercaan acik porem
manopBKK replied at 20-12-2023 12:31 PM
Mistik…..
jazaa100 replied at 20-12-2023 12:37 PM
Tertekan sedara dah kawin, dia calon pun tak de lagi.....
jazaa100 replied at 20-12-2023 12:37 PM
Tertekan sedara dah kawin, dia calon pun tak de lagi.....
chinta89 replied at 20-12-2023 12:17 PM
jgn menidakkan alam ghaib. mungkin dia mmg ada masalah, pahtu ada bisikan2 plk datang time dia tgh l ...
shernazz replied at 20-12-2023 10:00 AM
Kalau Tanya tok bomoh...
Dia Akan Kata hantu air seru
stingergrumpy replied at 20-12-2023 01:47 PM
Bomoh yg ini keww?
shernazz replied at 20-12-2023 02:15 PM
Mahai tok moh Ni .
Hahaha...
Kalau kat Kampung2..tok moh dok hujung Kampung.
ADVERTISEMENT