CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Sari Tersangkut Pintu Kereta Api

19-12-2023 06:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 20489| Komen: 4

New Delhi: Seorang wanita berusia 35 tahun maut diseret kereta api selepas sari yang dipakainya tersangkut pada pintu gerabak, lapor laman berita Wion News semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Reena, mengalami kecederaan otak dan dada akibat insiden itu. Dia diseret beberapa meter selepas sebuah kereta api bawah tanah, Metro Delhi mula bergerak.


Gambar hiasan

Wanita tersebut kemudian dikejarkan ke Hospital Safdarjung di mana dia disahkan meninggal dunia pada hari sama.

Menurut doktor, Reena kritikal apabila dia tiba di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Pesuruhjaya keselamatan kereta api Metro berkata, siasatan telah dilancarkan berhubung kejadian itu. 

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), Reena dilihat sudah memasuki kereta api, namun dia berpatah balik untuk mengambil anaknya yang berada di luar.



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sonic-bertaik 19-12-2023 02:51 AM
Hoi… tak payah pin benang ko atas sekali. Kebulor sangat ke duit trafik???
Quote sayurmayur88 19-12-2023 11:36 AM
ni pon boleh masuk forum cari ?? sedeyh
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:50 PM

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.211233 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top