CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Taylor Swift Diugut Boikot Gara-Gara Hadir Program Amal Kumpul Dana Untuk Palestin

19-12-2023 06:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 22535| Komen: 5

Gara-gara menghadiri satu program amal bagi mengumpul dana membantu rakyat Palestin, penyanyi Taylor Swift dikecam dan diminta boikot oleh segelintir netizen.

Selain Taylor, program tersebut juga difahamkan turut dihadiri oleh rakan artis iaitu Selena Gomez dianjurkan oleh pelawak Ramy Youssef bertempat di Brooklyn Academy of Music baru-baru ini.



Kehadiran penyanyi itu kurang disenangi beberapa penyokong pro Israel dan salah seorang pembaca berita FOX news iaitu Megyn Kelly juga menyelar pembabitan penyanyi itu dalam program berkenaan.

Malah, Megyn Kelly juga meminta supaya penyanyi itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh penduduk Israel kerana didakwa menyinggung perasaan mereka.

“Saya berharap mereka memboikot acaranya sampai dia mengeluarkannya kenyataan maaf, kerana menghadiri program yang salah,”kata Megyn Kelly.

Taylor bagaimanapun mengambil pendekatan mendiamkan diri berhubung isu itu.


Menerusi media sosial, peminat setia penyanyi lagu Love Story itu tampil membidas kenyataan Megyn dan membela idola mereka supaya tidak terus dikecam pembaca berita berkenaan.

“Megyn Kelly akan kehilangan lebih banyak pengikut hanya dengan menyuarakan hal ini dibandingkan Taylor,” komen peminat di media sosial.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 19-12-2023 07:56 AM
Megyn ni dah knp kaki sentap? Get a life bitc..x kaco bijik ko pon bitter ..g la baca berita ikot prompter tu hanet…
Quote BoongaKertas 19-12-2023 10:01 AM
ee nyampah ya bij nama megyn ni.
Quote gideoncross 19-12-2023 12:28 PM
Selena G pun ikut serta psl mngumpul dana utk hal ni
Quote gideoncross 19-12-2023 12:28 PM
j3m4h replied at 19-12-2023 07:56 AM
Megyn ni dah knp kaki sentap? Get a life bitc..x kaco bijik ko pon bitter ..g la baca berita ikot pr ...

Kan dorg Zionist? Cuba check psl Noah Schnapp, lgi bodoh
Quote keranda.terbang 29-3-2024 02:36 PM
teruskan saja mummy taylor

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.076215 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top