CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Covid-19 Masih Terkawal, Tidak Bebankan Fasiliti Kesihatan

18-12-2023 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13675| Komen: 11

PUTRAJAYA- Keadaan semasa kes Covid-19 di Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal serta tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun wujudnya peningkatan jangkitan di Malaysia ketika ini.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, susulan itu, pihaknya akan terus memantau situasi Covid-19 dan varian berkaitan di dalam dan luar negara bagi mengurangkan jangkitan.

Foto: Kosmo

“Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan status terkini kes Covid-19 di Malaysia pada ME 50/2023 iaitu dari 10 hingga 16 Disember 2023 setakat pukul 12 tengah hari di mana sebanyak 20,696 kes dilaporkan.

“Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 62.2 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME 49/2023,” katanya pada sidang akhbar khas berhubung Covid-19 di Kementerian Kesihatan di sini tadi.

Dr. Dzulkefly menambah, majoriti kes dilaporkan iaitu sebanyak 97 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2.


“Kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 151 kes dimana 96 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kes kematian sebanyak 28 kes dengan kadar kematian 0.1 peratus. Kematian tertinggi adalah dalam kalangan kes yang berumur 60 tahun ke atas (85 peratus) dan yang mempunyai komorbiditi (93 peratus),” jelasnya.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web KKMNOW di https://data.moh.gov.my. Data serta dikemaskini secara mingguan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaedahnya 18-12-2023 07:01 PM
so apa threshold untuk lockdown kalini? bukan meminta, cuma nak prepare mental or apa apa lagi la sebab trauma lockdown haritu pun belum hilang lagi ni.
Quote dua_chzy 18-12-2023 07:03 PM
Evilnya air muka heols.
Quote dua_chzy 18-12-2023 07:04 PM
Pesen2 muka marine admiral dalam komik One Piece.
Quote dua_chzy 18-12-2023 07:09 PM
Ei baru aku perasan muka dia macam Tok Rayleigh One Piece, harhar!
Quote Belibis 18-12-2023 08:09 PM
dua_chzy: Evilnya air muka heols.

Bukan seiras pmx ke?
Quote vespa_oren 18-12-2023 08:34 PM
bru kne covid masa pkp hri tu xkena pun kecuali masa prk sabah, aku jdi petugas spr
lps ini memang kne selalu pakai mask, cukuplah kena hri tu
Quote manop 19-12-2023 12:03 AM
Mmmmmm.......
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:51 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:19 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:33 AM
Do you want me to?

Quote boo04 10-12-2024 08:02 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.047697 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top