Atilia Haron, 49, menjadi pensyarah di sebuah universiti swasta tempatan selepas berpengalaman selama 40 tahun sebagai anak seni. Dia bersyukur kerana akhirnya impian untuk menjadi ahli akademik tercapai menerusi pelantikan berkenaan.
“Perkara ini berlaku sekitar tiga bulan lepas apabila secara rasmi saya dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar di School of Liberal Arts and Sciences dekat Taylor University Lakeside Campus, Subang Jaya. “Menerusi pelantikan ini, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar muzik, teater serta persembahan selain Yoga dan aktiviti-aktiviti lain. “Pelantikan ini ibarat mimpi ‘gila’ yang tak pernah saya jangkakan akan menjadi kenyataan. Alhamdulillah, selain menyanyi, mengacara, berlakon, mengajar yoga, kini saya bergelar pensyarah pula,” katanya kepada Utusan Malaysia.
|
ADVERTISEMENT