Hubungan persahabatan yang dibina sejak 14 tahun lalu akhirnya menyatukan Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada sebagai suami isteri. Di Instagram, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, memuat naik foto-foto lama sewaktu mereka bersama-sama berada di bangku sekolah.
Perkongsian Hafidz itu secara tidak langsung membuktikan mereka pernah berkawan rapat sejak berusia 15 tahun. "Kami mula berkenalan tahun 2009 masa tingkatan 3. Sekejap sahaja masa berlalu. Sekarang sudah 2023... 14 tahun kami kenal," katanya. Pada hantaran berkenaan Hafidz turut mendedahkan hubungan rapat mereka terjalin sehinggalah masing-masing berumur 21 tahun. Pada penghujung video berkenaan, Hafidz juga memuat naik gambar terkini mereka berdua melambangkan cinta kembali bertaut pada tahun 2023.
|
edoraixora replied at 18-12-2023 02:54 PM
sakan apiz nganjengg
rosmahisham replied at 18-12-2023 02:59 PM
Camna ko tersangkut dgn shuringai klu dh syg 1st love..dia ugut ko suh kawen ,janji bulan dan bintan ...
ADVERTISEMENT