Imran Aqil dan isterinya Dahlia Rizal mengadakan majlis perkahwinan yang kelima, pada Ahad lalu. Di IG, Imran menyatakan ini adalah majlis resepsi terakhir sebelah ibunya yang diadakan di Royale Chulan, Damansara. Katanya, dia dan Dahlia memilih tema klasik sebagai penutup majlis meraikan hari bahagia mereka.
"Alhamdulillah selesai majlis resepsi terakhir kami di sebelah mama di KL petang tadi. Bertemakan klasik gitu hehe. Itulah penutup daripada kami! Kami harap anda semua suka menonton semua majlis kami sama seperti kami suka berkongsi dengan anda semua." Apa yang menjadi bualan ramai apabila isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir menyerikan majlis tersebut.
|
kalchi replied at 18-12-2023 02:49 PM
Bamyak tul duit drg ni eh. Lima kali resepsi
vanillaninja replied at 18-12-2023 01:50 PM
Lawa pulak anak Najib dalam first photo tu. Selalu I tengok muka sheols macam muka awam. Kali ni nam ...
ADVERTISEMENT