Gara-gara marah meluap-luap, Azhar Sulaiman mendedahkan bahawa dia pernah hampir bertindak di luar kawalan. Azhar menceritakan kejadian pertengkaran yang pernah berlaku antara dia dan isteri iaitu Cempaka Emalin Pahamin ketika anak mereka masih kecil.
"Saya pernah berada di dalam situasi yang kritikal di mana kalau saya ikut kemarahan. Sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku. "Saya baru balik penggambaran pukul 5 pagi dan ketika itu Kasih baru lahir. Saya sampai rumah tengok Cempaka tengah tidur dan Kasih menangis dekat sebelah. Cempaka suruh saya buat susu untuk Kasih. "Saya kata kepadanya ‘saya baru balik kerja, awaklah bangun dan buatkan susu anak’. Tapi dia tak nak bangun. Saya geram dengar Kasih menjerit, saya angkat Kasih dan nak hempas dia dekat dinding. "Tapi nasib baik saya tersentak dan istighfar. Saya letak Kasih terus rasa badan menggeletar sebab ketika itu memang saya nak baling Kasih kerana marahkan Cempaka," dedahnya di TikTok.
Dia kemudian berkongsi insiden kedua yang menjadi punca dia berang terhadap tindakan isteri. "Saya baru baiki kereta, dia bawa kereta itu lalu kemalangan. Dia balik saya marahlah dia lepas tu dia buat bodoh je. Jadi bila saya bawa kereta itu, saya jadi sangat agresif dan asyik nak cari pasal je dengan orang." Azhar menasihati pengikutnya agar mengambil iktibar dari kejadian yang pernah menimpa dirinya supaya dapat mengawal kemarahan dan mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku.
|
Themilo replied at 18-12-2023 01:00 PM
dia pun nak limelight jugaaaaakkkkkkkkk
ADVERTISEMENT