CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

20 Tahun Menanti- Naqiu Bakal Beraksi Di Anugerah Juara Lagu, Janji Akan Buat Faizal Tahir Bangga

18-12-2023 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10926| Komen: 50

Description: Dua puluh tahun menunggu, akhirnya impian penyanyi Naqiu menempatkan diri ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) tahun depan akhirnya terlaksana.
Dua puluh tahun menunggu, akhirnya impian penyanyi Naqiu menempatkan diri ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) tahun depan akhirnya terlaksana.

Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najid, 37, berkata, meskipun Santai nyanyian asal Faizal Tahir namun dia tetap berasa bangga akan pencapaian dapat beraksi di pentas berprestij itu nanti.


Foto: IG

Malah, Naqiu juga menyifatkan ia adalah satu kejayaan besar dalam kariernya sebagai penyanyi apabila dapat menggantikan Faizal Tahir.   

"Saya kejar AJL ini sudah 20 tahun lebih. Hari ini jadi kenyataan. Jadi, untuk AJL38 ini, saya mahu buat persembahan terbaik.

"Penggembaraan untuk masuk AJL sangat panjang dan berliku.... Akhirnya jadi kenyataan dengan menggantikan seorang idola saya. Ini pencapaian besar dalam karier saya.

"Saya nak buat persembahan terbaik dan paling bagus. Saya nak abang Faizal fikir yang dia tidak salah pilih," katanya kepada mStar.




Naqiu memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas hari ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di Glenmarie Shah Alam pada petang Ahad.

Dalam masa sama, Naqiu juga menyatakan kesediaannya untuk menerima kecaman dan perbandingan di antara persembahannya dan penyanyi asal lagu tersebut.

Naqiu berkata, dia melakukan persembahan dengan sehabis baik bagi memastikan peminat dan Faizal berasa puas dan seronok.

"Saya rasa, kalau bawa lagu apa-apa pun, mesti orang akan banding-bandingkan. Saya terbuka kalau orang kata saya tidak bagus macam penyanyi asal.

"Penyanyi asal adalah sentiasa yang terbaik untuk lagu mereka," ujarnya.

Selain berjaya melayakkan diri ke AJL38, lagu Santai yang dinyanyikan Naqiu juga merupakan Lagu Terbaik dan Pilihan Alha Alfa untuk hari ketiga SFMM38.

Antara lagu lain yang berjaya ke AJL38 juga adalah Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul, Sutera (Aisha Retno), Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Astana (Ernie Zakri) dan Darah (Marsha Milan).

Turut mara ialah Kalam (Shiha), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Bintang (Heal Husaini), Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).

Kesemua lagu yang mara ke AJL38 diadili juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail, LY, Datuk Wah Iris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

AJL38 bakal berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mac tahun depan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blusher 19-12-2023 11:34 AM
Wahhhh. Boleh juga tonton video temubual penuh di F8Buzz:


[youtube]CVjuDrdHKa0?si=1il9W7XrXwZcnptq[/youtube]
Quote Honey_Inara 19-12-2023 05:24 PM
Tahniah naqiu. Moga sangkut award di ajl nanti.
Quote blueberry12 19-12-2023 05:36 PM
rezeki dia nyanyi lagu ni dkt GV, FT pilih ganti. ikutkan santai ni mmg lagu confirm masuk AJL. xkisah sape2 ganti pon. tp naqiu bawak siap menang lagu terbaik (ada portion markah persembahan live dalam penjurian) dgn anugerah undian peminat.
Quote zehra2 19-12-2023 06:14 PM
moga ada rezeki.
Quote selipar_hijau 19-12-2023 06:16 PM
Kt Gv pun best dia bawak lagu santai ni. Gd luck naqiuuuuuu!!!!
Quote Mary_jane 19-12-2023 07:26 PM
Kenapa FT tak nyanyi sendiri? All the best naqiu, takde rezeki kat ASGV moga ada rezeki di AJL plak.
Quote jihyomelly 19-12-2023 07:35 PM
lagu santai ni memang kena nyanyi santai2…all the best
Quote one_aiman 19-12-2023 07:40 PM
jarang lagu faizal tahir xdpt masuk AJL
Quote imanjannah 19-12-2023 09:04 PM
moga ada rezeki lagu ni, nak lagu santai gini menang
Quote Hoola 19-12-2023 09:18 PM
walau achik xminat naqiu,
tp achik pasti akan mmberi sesuatu yg hebat
#bring it on to ajl
#otai msh berbisa
Quote asma87 19-12-2023 09:48 PM
Mary_jane replied at 19-12-2023 07:26 PM
Kenapa FT tak nyanyi sendiri? All the best naqiu, takde rezeki kat ASGV moga ada rezeki di AJL plak. ...

Ada baca kat komen status FT, selagi azmeer jadi salah sorang juri, FT xnak perform kat AJL. Ft kuciwa dgn Azmeer, xtau sebab ape?  Ragaman 2020 dulu pon FT suruh fairuz jadi pengganti.
Quote YomiuriLandMae 19-12-2023 10:04 PM
asma87 replied at 19-12-2023 09:48 PM
Ada baca kat komen status FT, selagi azmeer jadi salah sorang juri, FT xnak perform kat AJL. Ft ku ...

List juri kena revamp la.. means carik muka2 baharu jd juri.. muka baru bkn maksud pendatang baru tp org yg berpengalaman tp jarang menjurikan.. ni balik2 dato mohzani tu ujung2 gitu jgk la penjurian nya..

Ni sama kes jgk dgn GV.. udoh2 la tu tokram dgn bunda.. dah bole panggil juri lain plak.. gituh iols lari topik..
Quote blusher 19-12-2023 10:09 PM
YomiuriLandMae replied at 19-12-2023 10:04 PM
List juri kena revamp la.. means carik muka2 baharu jd juri.. muka baru bkn maksud pendatang baru  ...

Haha. Masih boleh dibincangkan sebab masih under topik AJL. Haha. Kalau lah takde karya M Nasir yang dipertandingkan, iols teringin nak M Nasir yang jadi juri. Ke beliau dah pernah jadi?
Quote YomiuriLandMae 19-12-2023 10:17 PM
blusher replied at 19-12-2023 10:09 PM
Haha. Masih boleh dibincangkan sebab masih under topik AJL. Haha. Kalau lah takde karya M Nasir ya ...

M Nasir penah byk kali jadi juri.. paling bersejarah bila dia jadi ketua juri angkat Ana Raffali jadi juara lagu.. tercengang semua org dlm axiata arena tu..
Quote cikpisang 19-12-2023 10:22 PM
Naqiu nyanyi santai kat gv best. Semoga buat kelainan nnt kat ajl bg lg best
Quote heythere123 19-12-2023 11:13 PM
asma87 replied at 19-12-2023 09:48 PM
Ada baca kat komen status FT, selagi azmeer jadi salah sorang juri, FT xnak perform kat AJL. Ft ku ...

ni spekuan iols sajork tapi ni berkait ke dengan kes Assalamualaikum kalah dengan Mewangi? ke ada kes lain?
Quote asma87 19-12-2023 11:19 PM
heythere123 replied at 19-12-2023 11:13 PM
ni spekuan iols sajork tapi ni berkait ke dengan kes Assalamualaikum kalah dengan Mewangi? ke ada  ...

Oh yg FT dpt no 2 tu kan...ada baca jugak FT cm frust sbb selagi ada azmeer jd juri, peluang lagu dia nk jd juara mmg susah.
Quote blusher 19-12-2023 11:42 PM
asma87 replied at 19-12-2023 11:19 PM
Oh yg FT dpt no 2 tu kan...ada baca jugak FT cm frust sbb selagi ada azmeer jd juri, peluang lagu  ...

Deyols ni seteru ke? Hee
Quote blusher 19-12-2023 11:43 PM
YomiuriLandMae replied at 19-12-2023 10:17 PM
M Nasir penah byk kali jadi juri.. paling bersejarah bila dia jadi ketua juri angkat Ana Raffali j ...

Laa yekee. Nampak nauuu iols tak amik peduli dulu. Hehe

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.133374 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top