CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Nekad Mahu Dedah Kejadian Sebenar - "Jumpa Di Mahkamah!"

18-12-2023 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10395| Komen: 42

Wanita yang menuduh Aniq Suhair telah membuatnya hamil nekad menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.

Individu berkenaan membuat keputusan berkenaan kerana kesalahan dilakukan aktor itu adalah jenayah sivil.


Foto: IG

"Aniq Suhair jumpa di mahkamah. Media jemput datang ke mahkamah bagi kes jenayah sivil.

"Lari daripada media selagi boleh. Nak jadi orang terkenal tapi buat perangai, lepas itu tanya kenapa nak viral," katanya menerusi hantaran terbaharu di TikTok miliknya iaitu @aifanbila1.

Individu berkenaan turut memuat naik foto seorang lelaki mirip Aniq yang sedang melihat ke arah telefon.




Dalam pada itu, Wanita berkenaan berjanji akan menceritakan kronologi tentang kejadian sebenar yang berlaku di antara dia dan Aniq.

Malah katanya, dia juga akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan memandangkan Aniq didakwa enggan bertanggungjawab.

"Aniq Suhair lari daripada tanggungjawab. Itu hanya benda yang awak boleh buat untuk selamatkan diri. Rosakkan kehidupan orang lain adalah perkara yang anda buat.

"Tak perlu berlakon seperti semuanya dalam keadaan baik. Rasa benda viral ini sekejap dan orang akan lupa ke?

"Aku akan post kronologi, biar polis buat kerja. Tarik report ke tak. Berapa banyak kehidupan orang yang dah kau rosakkan?," ujarnya.




Aniq gagal dihubungi apabila panggilan yang dibuat tidak berjawab.

Sebelum ini, nama Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, dikaitkan melakukan hubungan terlarang sehingga menyebabkan seorang wanita hamil.

Menafikan perkara tersebut, Aniq juga mahu mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap perkara tersebut sebagai fitnah


Wanita tersebut kemudiannya membuat permohonan maaf dan menjelaskan tuduhan dibuat adalah fitnah kerana menaruh hati terhadap aktor tersebut.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, wanita tersebut membuat pusingan U apabila kembali dengan dakwaan baharu menuduh dia dimanipulasi aktor terbabit.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 18-12-2023 09:54 AM
konsep sedia kangkang kalau jumpa lelaki ensem ker camna nih???
Quote swateng1 18-12-2023 10:11 AM
apa benda ni.. sat hang spill kata dia macam ni..tiberr tarik balik cakap buat cerita.. ni tiba2 pusing balik. saiko ka apa?
Quote laksmanabentan 18-12-2023 10:12 AM
swateng1 replied at 18-12-2023 10:11 AM
apa benda ni.. sat hang spill kata dia macam ni..tiberr tarik balik cakap buat cerita.. ni tiba2 pus ...

benda sedap uoolls... ala2 nak tarik balik ler bila mamat tu konon2 nak bertanggungjawap camtu...
bila mamat tu buat tak tahu, tu yang muncul balik semua cerita nih... hahahhaha....

minah nih mengandung ker? da berapa bulan?
Quote Yoonggi 18-12-2023 10:19 AM
in the 1st place, sapa suruh mudah ngat bg? dahtu x reti nk pakai protection. dua2 salah
Quote prettyuglybabe 18-12-2023 10:42 AM
orang kalau nak bawa kes ke mahkamah, diam-diam jangan dok spill sana sini..
benda tu akan mengganggu siasatan and perjalanan kes..
tapi dah nama pun belen benak kan..
Quote laksmanabentan 18-12-2023 11:05 AM
Yoonggi replied at 18-12-2023 10:19 AM
in the 1st place, sapa suruh mudah ngat bg? dahtu x reti nk pakai protection. dua2 salah

dapat boyfren ensem uoollsss... artis pulak tu....
konsep ala2 mengikat kasih sayang ler...
benda sedap mana nak ingat pakai kondom segala...
hahahhahaa..
Quote Burong_Hantuk 18-12-2023 11:10 AM
cepat laa sikit reveal!!!!
Quote rosevelvet 18-12-2023 11:16 AM
laksmanabentan replied at 18-12-2023 09:54 AM
konsep sedia kangkang kalau jumpa lelaki ensem ker camna nih???

Kdg2 heran jugak dgn pompuan murah ni. Kangkang pastu salahkan laki sbb xnk btggjwb. Ko bukak pintu umah pastu ko salahkan pencuri. Pencuri tu mmg dah bdosa tp ko yg meminta kan?
Quote nolya 18-12-2023 11:31 AM
rosevelvet replied at 18-12-2023 11:16 AM
Kdg2 heran jugak dgn pompuan murah ni. Kangkang pastu salahkan laki sbb xnk btggjwb. Ko bukak pint ...

Masa ni dah tak perlu fikirkn dosa. Yg penting adalah pertanggungjwaban. Khilaf? Dua2 khilaf, Dua2 berdosa maka jgn seorang saja yg harus memikul. Menafikn..... ujian DNA kan ada. Mana mau lari.
Quote stingergrumpy 18-12-2023 11:33 AM
Usung katil....jgn tak usung.......

BURRRRPPPP
Quote kuceeng 18-12-2023 12:05 PM
rosevelvet replied at 18-12-2023 11:16 AM
Kdg2 heran jugak dgn pompuan murah ni. Kangkang pastu salahkan laki sbb xnk btggjwb. Ko bukak pint ...

apooo logik hang ni, beruntung la jadik jantan, dah menabur sperma sana sini, x payah bertanggungjawab, biar je si perempuan terkontang kanting sorg2. kalau konsep pencurik tu pon same, kalau kena tangkap harus dilepaskan, gitu? sebab tuan rumah x kunci rumah? jahanam sungguh
Quote Mary_jane 18-12-2023 12:11 PM
Tak paham aku minah ni, kejap nak reveal, kejap tarik balik. Ni proceed plak. Dah macam attention seeker pun ada. Once you go public, memang hadap lah mulut2 orang.
Quote lilcountess 18-12-2023 12:14 PM
nolya replied at 18-12-2023 11:31 AM
Masa ni dah tak perlu fikirkn dosa. Yg penting adalah pertanggungjwaban. Khilaf? Dua2 khilaf, Dua2 ...

bukan ke kalau lahir anak sekalipun tp dari hasil zina, yg lelaki tu takde kewajipan pun utk bertanggungjawab dari segi nafkah dll? tak ada hubungan nasab pun antara anak tak sah taraf dgn lelaki yg jadi penyumbang sperma tu
Quote rosevelvet 18-12-2023 12:18 PM
kuceeng replied at 18-12-2023 12:05 PM
apooo logik hang ni, beruntung la jadik jantan, dah menabur sperma sana sini, x payah bertanggungj ...

Betul lah. Pencuri tu mmg berdosa tp yg ko pi kangkang pintu tu napa?
Quote lilcountess 18-12-2023 12:28 PM
kuceeng replied at 18-12-2023 12:05 PM
apooo logik hang ni, beruntung la jadik jantan, dah menabur sperma sana sini, x payah bertanggungj ...

kalau jantan tu menabur sperma dgn cara paksa, memang salah pada jantan tu. tp kalau yg perempuan pun rela jadi lauk, maka kena rela juga menanggung akibatnya. salah satu pesan nabi pada perempuan kan kena jaga kehormatan diri. maruah diri sendiri, sendiri lah kena jaga. takkan nak harap pada lelaki yg spesis tupai suka menebuk tu utk tlg jaga. yg lelaki tu tetap lah berdosa besar kalau berzina tp nak paksa dia bertanggungjawab sbb berzina tu, tak mudah juga kalau dia tak nak
Quote kuceeng 18-12-2023 12:31 PM
lilcountess replied at 18-12-2023 12:14 PM
bukan ke kalau lahir anak sekalipun tp dari hasil zina, yg lelaki tu takde kewajipan pun utk berta ...

dari segi hukum mmg ye, tp kalau dh terbukti mmg itu hasil semaian benih si jantan, rasenye kalau dua2 pihak bersetuju nk tanggung same2 dari segi duit boleh je...utk kes ni mcm tu la yg perempuan tu nak, tambah pengakuan sekali kot, kot la
Quote dua_chzy 18-12-2023 12:31 PM
Takyah kompang dek.

Kompang through actions, not socmed.
Quote kuceeng 18-12-2023 12:36 PM
lilcountess replied at 18-12-2023 12:28 PM
kalau jantan tu menabur sperma dgn cara paksa, memang salah pada jantan tu. tp kalau yg perempuan  ...

dia mcm ni la, kalau suke same suke sekalipon mase mengongkek tu, kalau satu pihak x nak bertanggungjawab bila baby dh terhasil, lagi2 kalau ko retis mmg bersedia jela org tu viralkan kat socmed
Quote lilcountess 18-12-2023 12:42 PM
kuceeng replied at 18-12-2023 12:31 PM
dari segi hukum mmg ye, tp kalau dh terbukti mmg itu hasil semaian benih si jantan, rasenye kalau  ...

kalau sama-sama setuju tu lain cerita. tp kalau nak 'paksa' menggunakan undang-undang agar yg jantan tu bertanggungjawab, tak tau lah boleh atau tidak. rasanya tak ada mana-mana rujukan dlm islam yg wajibkan pasangan zina utk kahwin (sy jahil, kalau salah tlg betulkan). dlm kes ni, rasanya yg perempuan tu nak malukan si jantan tu jadi dia terpaksa ambil tanggungjawab. tp bila buat mcm tu, yg perempuan kena ambil risiko mungkin tak dapat hasil mcm dia nak tp semua org tau dia berzina

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043879 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top