CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Hakim Tak Sabar Tahun 2024, Bakal Timang Anak Kedua

17-12-2023 11:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 36028| Komen: 130

Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun depan.

Berita gembira itu didedahkan Aiman, 34, menerusi Instagram miliknya pada malam Ahad.



Aiman berkata, dia bersyukur dan tidak sabar menanti kedatangan tahun 2024 bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka.

"2023 hampir ke penghujung. Tidak sabar untuk 2024. Jumpa awak nanti anak kedua. Syukur Alhamdulillah," katanya.

Menerusi hantaran sama, Aiman turut berkongsi gambar janin selepas Zahirah melakukan pemeriksaan ultra bunyi.

Bagaimanapun Aiman tidak memaklumkan tempoh kandungan dan juga jantina anak keduanya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan turut menantikan cahaya mata kedua pasangan itu.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 17-12-2023 11:13 PM
Menjadi betul keluarga ni. Beranak la ramai2
Quote missHaidiD 17-12-2023 11:30 PM
Tahniah aiman dan zahirah

Quote missHaidiD 17-12-2023 11:31 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/C09OHxWSXia/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]


Baju ni dia pakai nmpak dah baby bump
Org sekeping cm zahirah ni kalau perut da nmpak mesti dah bnyk bulan tu
Quote jihyomelly 17-12-2023 11:32 PM
tahniah..baka elok..sila ramaikan umat! nak jd abang dah isaac
Quote stingergrumpy 17-12-2023 11:35 PM
Masya Allah.....isaac bakal dapat adik....

Begitu juga nyanmanyambek.....terrapin dan ikan berlaga....

Quote stingergrumpy 17-12-2023 11:36 PM
jihyomelly replied at 17-12-2023 11:32 PM
tahniah..baka elok..sila ramaikan umat! nak jd abang dah isaac

Semoga jadi inspirasi pada patah kejong dan miniknyer...
Quote Lvstar 17-12-2023 11:37 PM
Tahniah aiman dan zahirah
Quote bukan_ustazah 17-12-2023 11:42 PM
Tahniah. Harapnya zahirah tak depress lagi nanti haritu lepas bersalin kan depression sebab letih takde siapa jaga anak now baru nampak dia dah ok sikit.
Quote Realpeople17 17-12-2023 11:51 PM
Isaac cerdik sungguh. Mesti pandai jaga adik nnti.
Quote Manusiabesa 17-12-2023 11:56 PM
Tuhari czer ka normal?
Kuarga kemas wangi prngai pun semenggah jerr..
Suka couple ni lg nk bnding couple aj nabil
Quote Catpaw 18-12-2023 12:29 AM
Zahirah x blakon dah ke
Quote rayna_raynes 18-12-2023 12:45 AM
missHaidiD replied at 17-12-2023 11:31 PM
Baju ni dia pakai nmpak dah baby bump
Org sekeping cm zahirah ni kalau perut da nmpak mesti dah  ...

14 November dah 11 weeks so sekarang around 4 bulan lebih

Quote lilcountess 18-12-2023 12:47 AM
Manusiabesa replied at 17-12-2023 11:56 PM
Tuhari czer ka normal?
Kuarga kemas wangi prngai pun semenggah jerr..
Suka couple ni lg nk bnding co ...

bertiang tinggal couple separuh masak tu. yg ni nampaklah classy cara pembawakan diri tu. yg lg satu, anak 2 pun nasih bawa perangai bukan-bukan konon funny

nak tgk ayah zahirah komen apa. original grandpa katakan. kot belum habis tak puas hati dia dgn pak tiri zahirah tu
Quote mzsnam 18-12-2023 12:51 AM
Dah berapa bulan ya skng disember
Quote Cekgushilla 18-12-2023 12:53 AM
missHaidiD replied at 17-12-2023 11:31 PM
Baju ni dia pakai nmpak dah baby bump
Org sekeping cm zahirah ni kalau perut da nmpak mesti dah  ...

Ikut tarikh scan tu
14/11/2023 bby tu baru 11w3d
So minggu ni masuk 16w la
Quote doubleA 18-12-2023 01:12 AM
Bestnya. Nama apa plak lepas ni

IRAH isaac raees aiman hakim

Iols speku anak kedua ni initial ZAH atau AH
Quote Kancilkering 18-12-2023 01:52 AM
tahniah ….
Quote AvengersPanther 18-12-2023 01:55 AM
Congratulations????
Quote AvengersPanther 18-12-2023 01:56 AM
Congratulations.

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.040689 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top