CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir Jahari Pernah Tiga Kali Hampir Bunuh Diri Gara-Gara Kemurungan Teruk

17-12-2023 10:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 24820| Komen: 6

Penyanyi Amir Jahari mendedahkan dia hampir membunuh diri akibat tekanan jiwa teruk yang dialaminya beberapa tahun lalu.

Katanya, dia nyaris melakukan perbuatan itu sebanyak tiga kali kerana tidak dapat berfikir dengan waras.



"Pada 2018, saya alami kemurungan yang teruk. Saya ada cubaan untuk bunuh diri tetapi saya tak teruskan.

"Tiga kali saya pergi jambatan untuk bunuh diri. Setiap kali nak lompat, saya  terbayang muka mak, ayah dan isteri saya.

"Kali ketiga saya nak terjun, saya terbayang muka tuan guru saya pula. Itulah yang menyebabkan saya tak jadi bunuh diri," katanya.

Amir bagaimanapun bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupannya bersama insan tersayang.

Menyedari keadaan mentalmnya yang semakin parah, Amir mengambil keputusan untuk merawat masalah kemurungan dialaminya.

Dia berjumpa dengan rakan baiknya yang juga seorang ahli psikiatri.


"Saya nekad untuk dapatkan bantuan, Jadi, saya ada sahabat yang memang ahli psikiatri.

"Sudah ada ubat sebelum ni dan sekarang saya sudah stop ambil ubat. Alhamdulillah saya dah pulih," katanya.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 18-12-2023 01:54 AM
the struggle is real….

Quote cap_ayam 18-12-2023 07:27 AM
Alhamdulillah ada kesedaran nak berubat.. semoga stabil selalu..
Quote prince_marhaen 18-12-2023 10:22 AM
struggle sebab duit. Job takde, tak nak explore kerja lain, duk hari2 buat live menyanyi ngan gitar berejam2 pun tak jalan jugekk nyehh..kena keluar cari real job kalau betul2 struggle... hari2 buat live merempan takde job 'artis' takde 'show'.... memang lah mental lama-lama..
Quote Burong_Hantuk 18-12-2023 11:12 AM
GWS....
Quote srihannah 18-12-2023 03:36 PM
semoga dipermudahkan urusan..kalau ada masalah kemurungan tu cepat2 la dapatkan rawatan.
Quote menjad 18-12-2023 03:51 PM
Lot bukan sebab ko ingat tuhan

Ramai retis depress yer ..
Khai tu pun smaa gak kan

Dah macam trend pulak nengok kan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.038568 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top