CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu Dedah Suspek Langgar Zaharif Pernah Memukul Wanita Mengandung, Tak Kena Dakwa Sebab Kabel 'Power'

17-12-2023 05:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 40996| Komen: 108

Susulan kes kematian pelajar sekolah berumur 17 tahun, Muhammad Zaharif Affendi yang terjadi berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh, kini tampil individu mendedahkan sikap suspek yang juga seorang pegawai kanan polis.


Pegawai kanan berusia 44 tahun berpangkat Deputi Superintenden dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dikatakan bukan kali pertama membuat kesalahan undang-undang. 


Sebelum ini pelaku juga didakwa pernah mencederakan seorang wanita hamil di sebuah kedai pakaian.

Berdasarkan sebuah hantaran di laman Twitter, seorang individu mendedahkan laporan polis yang dibuat oleh wanita berkenaan serta apa yang pelaku tersebut lakukan. Mangsa juga berkata bahawa suspek turut memukul adik dan bapanya yang cuba untuk meleraikan pergolakan tersebut.


Bukan itu sahaja, ibu kepada lelaki berkenaan juga menyatakan rasa tidak puas hati kepada mangsa dan mengugut untuk datang ke rumahnya. Kes yang terjadi di Kelantan itu didakwa berjaya ditutupi oleh pihak tertentu yang menutup kes tersebut.

Terdahulu, difahamkan suspek tidak berpuas hati dengan seorang pelajar yang membawa motosikal sebelum mengejar dan melanggar mangsa dari arah belakang oleh kereta yang dipandunya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 17-12-2023 05:39 PM
Nak tahu apa hal sampai ditendang perut ini.
Quote mehmet 17-12-2023 05:40 PM
Ku baca kena terajang sahaja. Sebab seblm itu tak ada dlm report itu.
Quote brego 17-12-2023 05:49 PM
JSJ kan
ini polis yg handle penjenayah hardcore

ada yg wayar short, sampai bawa balik character ke rumah
anak bini jadi mangsa kena balun

mangsa ni, at the wrong place and the wrong time
terjumpa polis wayar short masa main rem2 moto
Quote Manusiabesa 17-12-2023 05:51 PM
Dgr2 hrini femili zharif lantik peguam nk fight.
Naseb hg la polis oi, buku temu ruas.
Cari nahas dgn org2 gomen jugak, masak.
Kakak zharif staf nurse. Tahu la dia nk take action mcm mana.
Klu hg cari nahas dgn org kampung mgkin hg slmt tp hg silap kalini.
Salam 302.
Quote white_musk 17-12-2023 05:53 PM
Kenapa dia hanya berani dengan parampuan malayu dan budak melayu saya tetapi tidak berani sama ahli sumo, penjenayah dan atau rohingyas...
Quote MissYouSayang 17-12-2023 05:58 PM
white_musk replied at 17-12-2023 05:53 PM
Kenapa dia hanya berani dengan parampuan malayu dan budak melayu saya tetapi tidak berani sama ahli  ...

Khenss..dgn melayu kemain kau gedebe tapi dgn kaum lain kau menikus plak..
Quote tumpanglalu74 17-12-2023 06:05 PM
brego replied at 17-12-2023 05:49 PM
JSJ kan
ini polis yg handle penjenayah hardcore


Dah 2 hari aku angkat tangan berdoa supaye geng yang menghoret kematian anak pakcik ni pon terjumpe polis otak short pastu kene gilis telor 2 bijik dorang tu.  Aameen..
Quote virgocircus 17-12-2023 06:09 PM
Padan muka ko la jantan laknat kaki buli! Semoga melarat hidup ko! Dasar bacul!
Quote NazRysha 17-12-2023 06:12 PM
brego replied at 17-12-2023 05:49 PM
JSJ kan
ini polis yg handle penjenayah hardcore

kesan mkn duit haram kot
Quote NazRysha 17-12-2023 06:13 PM
Manusiabesa replied at 17-12-2023 05:51 PM
Dgr2 hrini femili zharif lantik peguam nk fight.
Naseb hg la polis oi, buku temu ruas.
Cari nahas dg ...

keje nak dakwa ni keje pendakwa raya bukan peguam
kalau peguam boleh fight untuk kes sivil
tuntut banyak skit
Quote NazRysha 17-12-2023 06:14 PM
kes dia tumbuk pompuan mengandung ni kes apa?
pompuan ni siapa pulak?
awek ke siapa ?
mohon pencerahan
Quote Manusiabesa 17-12-2023 06:19 PM
NazRysha replied at 17-12-2023 06:13 PM
keje nak dakwa ni keje pendakwa raya bukan peguam
kalau peguam boleh fight untuk kes sivil
tuntut  ...

Takpe la sapa pun yg nk dakwa tu. Mana aku tau bkn aku penah keja dlm court.
Cuma yg aku nk tekankan ialah... tgok dgn sapa kita cari pasal. Klu kita cari pasal dgn org bawahan, keja pun besa2 ja mgkin dia maafkn kita gitu ja sbb dia lemah dri segi ilmu nk protect diri. Halal cmtu je nyawa.soh jumpa kt akhirat.

Tp klu kita cari pasal dgn someone yg keja2 yg tahu jugak cara nk protect diri( kak zharif tu RN, bijak dan cekap cara btindak) mmg siap la polis tu.... bengang cmna pun dgn org lain ,kita tiada hak nk cabut nyawa org. Abis2 geram pun boleh lg paham klu dia nk p sound, pkul, xpun ugut cakap aku polis. Even nk jumpa bapak bdk tu pun ok lg, smpai ambik alih keja malaikat maut ni mmg too much.
Quote helmi91 17-12-2023 06:21 PM
dulu mmg dia cable besar boleh lepas..kali ni ketua polis negara dah bagi arahan pada ketua polis perak supaya siasat betul2 dan jangan berat sebelah..kes ni dah viral 1 malaysia..kalau dulu yelah ko lepas sbb tak viral..tak sabar nak tengok dia kena dakwa kat mahkamah nanti..
Quote Firenzza 17-12-2023 06:22 PM
MissYouSayang replied at 17-12-2023 05:58 PM
Khenss..dgn melayu kemain kau gedebe tapi dgn kaum lain kau menikus plak..

Yang lain tu payung besar sis
Quote syamzana 17-12-2023 06:22 PM
nape tiba2 mai tumbuk pompuan mengandung ni? secoet je report tu cuba ss besar2 sng nak baca.
baran+jahat+giler polis ni pun
Quote Buritan 17-12-2023 06:24 PM
Manusiabesa replied at 17-12-2023 05:51 PM
Dgr2 hrini femili zharif lantik peguam nk fight.
Naseb hg la polis oi, buku temu ruas.
Cari nahas dg ...

Yep budak ni pun family berduit.. so skrg ni ikut kpndaian loyo laa.. pandai loyo pusing slmt.. loyo tersilap abisslaa ...
Quote brego 17-12-2023 06:26 PM
Edited by brego at 17-12-2023 06:57 PM

ni kesan mental problem
yg tak boleh switch character,
tak boleh adapt, antara personal life and job demand
character masa keje, terbawak2 ke luar dan ke rumah

bukan semua orang boleh adapt,
tak semua orang boleh switch on/off begitu saje

aku tahu benda ni pun, sebab aku dah alami benda yg sama
pasal keje, jadi baran bawak sampai ke rumah

sekarang aku dah berenti,
and feel much better and much happier
kena buang baran ni semua, kesian pada family dan org sekeliling
dan sebelum jadi mentally permanent damage

macam kes polis ni, dia dah terbiasa handle penjenayah tegar
dan ramai org bawahan yg macam2 perangai,
pressure dari orang atasan lagi,
so terbawak2 sampai keluar tempt keje and personal life
jadi mudah trigger, dan mungkin mentally damaged


Quote lightheaded67 17-12-2023 06:48 PM
tak rasa tbawak. lebih kpd dh merasa kabel  bekap. kalau dh salah mula2 lepas, mesti la lepas tu buat salah yg lebih besar lagi. bukan pangkat menteri ke kerabat ke pun beria nk cover. blambak polis lain dlm melesia.
Quote sharlenetexas 17-12-2023 06:51 PM
white_musk replied at 17-12-2023 05:53 PM
Kenapa dia hanya berani dengan parampuan malayu dan budak melayu saya tetapi tidak berani sama ahli  ...

Nak cari pasal dgn rusia ke?


Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.082683 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top