CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tanda-Tanda Besar Hubungan Cinta Bakal Putus

4-12-2015 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6290| Komen: 3

Description: Hubungan cinta melahirkan satu perasaan yang terlalu indah seperti rasa rindu, sayang, disayangi, dan......

Oleh : Dean BZ


Hubungan cinta melahirkan satu perasaan yang terlalu indah seperti rasa rindu, sayang, disayangi, dan macam-macam lagi. Namun, berakhirnya sebuah hubungan memang menjadi hal yang menakutkan bagi setiap pasangan bercinta.



Mahu atau tidak semua itu tetap akan terjadi jika salah seorang pasangan sudah putus asa dengan hubungan yang dibina. 

Ini adalah tanda-tanda besar yang menunjukkan hubungan cinta bakal berakhir. 



#Kerap Bertengkar
Semakin hari, pertengkaran ibarat seperti "makanan ruji" buat pasangan bakal berpisah. Semua yang dilakukan pasti ada tidak kena hingga menambahkan lagi tekanan atau stress buat kedua-dua pasangan.

#Kurang Berbicara
Anda dan pasangan sudah mula jarang berbicara, bahkan kurang mesej atau deringan telefon sudah jarang sekali didengari. Jika berbicara sekalipun, hanya omong kosong dan kedua-duanya kelihatan sangat "boring". 

#Anda Bukan Lagi Keutamaan
Inilah yang paling menyedihkan, bagi si dia, anda sudah bukan lagi keutamaan. Lebih parah, si dia seperti sudah mula melupakan anda dan menganggap anda seolah-olah tidak wujud.

#Sudah Tidak Memahami
Dimatanya anda selalu salah, begitulah sebaliknya. Tiada lagi ruang untuk memahami setiap kekurangan dan kesalahan yang anda lakukan seperti diawal percintaan, maka pertengkaran sering terjadi.

#Tahap Ego Mula Meninggi
Masing-masing mula ego dan tidak mahu mengalah setiap kali terjadinya pertengkaran.


Itulah antara tanda-tanda besar yang harus anda ketahui apakah hubungan anda dan si dia akan berakhir? Namun, anda dan si dia mampu mempertahankannya jika masing-masing membuang keegoan didalam diri. Jika tidak, perpisahan adalah pilihan terpaksa. - CARI Infonet.


2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reyust 10-12-2015 10:53 AM
kena byk komunikasi
Quote caca_eric 15-12-2015 12:44 AM
aku mmg pelik org lelaki ni..

aku dah jumpa parents dia..

tp dia still layan aku nak tak nak.. reply msg pun mcm x ikhlas..

dia nak ke tak nak kat aku sebenarnya? takkan sekejap je dia berubah..
Quote seinze 15-12-2015 09:05 AM
caca_eric replied at 15-12-2015 12:44 AM
aku mmg pelik org lelaki ni..

aku dah jumpa parents dia..

die x nak la tu, tinggalkan je

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.047450 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top