CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nusantara Ibu Kota Baharu Indonesia

17-12-2023 11:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8084| Komen: 21

Kuala Lumpur: Nusantara di Kalimantan Timur bakal menggantikan Jakarta sebagai ibu negara Indonesia. Ia sebahagian daripada rancangan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi untuk mengagihkan aktiviti ekonomi ke seluruh negara itu dan mengurangkan kepadatan penduduk dan kesesakan lalu lintas di Jakarta.


Pembangunan Nusantara yang dijangka menelan belanja AS$32 bilion (kira-kira RM128 bilion) dilakukan secara berperingkat, mulai dari 2022 hingga 2045.

Nusantara menjanjikan sebuah 'kehidupan' yang lebih baik. Antaranya, kerajaan Indonesia menyasarkan untuk menempatkan semula sehingga 1.9 juta orang ke Nusantara menjelang 2045.

ILUSTRASI oleh Nyoman Nuarta yang menunjukkan Istana Presiden di Nusantara. FOTO Nyoman Nuarta/ AFP

Jokowi sangat optimistik dengan projek mega itu. Beliau percaya peluang perniagaan dan pelaburan yang Nusantara akan bawa untuk Indonesia.


Pada satu persidangan di Singapura, Jokowi menyebut pelaburan di Nusantara sebagai peluang keemasan. Beliau berusaha untuk memberi jaminan kepada pelabur bahawa projek itu akan terus selamat tidak kira siapa yang memenangi pilihan raya presiden pada 2024.

Selain itu, keutamaan pembangunan di ibu negara baharu itu akan diberikan kepada pembinaan jalan utama, infrastruktur sanitasi air, istana presiden dan pejabat naib presiden. Infrastruktur asas yang disediakan sehingga 2024 akan berfungsi sebagai asas yang kukuh untuk menarik pelaburan swasta.

Nusantara juga bakal menjadi bandar raya yang mampan. Ia akan menjadi bandar pertama di Indonesia yang mengguna pakai 100 peratus tenaga boleh dibaharui menjelang 2045.

Berdasarkan keyakinan itu, setiap infrastruktur baharu dan setiap jalan baharu akan menjadi neutral karbon dari awal. Jika kerajaan memutuskan mobiliti akan berdasarkan tenaga boleh diperbaharui, kewujudan kereta elektrik, bas elektrik dan trem elektrik dapat direalisasikan.

Dalam pada itu, Reuters melaporkan bahawa Jokowi pada bulan lalu melancarkan pembinaan beberapa projek di Nusantara termasuk lapangan terbang, lebuh raya tol, hospital hingga hotel.

Lapangan terbang seluas 347 hektar dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Disember 2024, kata Jokowi, dengan kos keseluruhan sebanyak 4.2 trilion rupiah (AS$263 juta/ kira-kira RM1.025 bilion).

"Saya yakin pembinaan lapangan terbang ini akan meningkatkan daya saing dan pertumbuhan ekonomi, serta mempercepat pembangunan ibu kota baru," kata Jokowi di acara pecah tanah lapangan terbang itu.

Kerajaan Indonesia juga menetapkan sasaran pengoperasian hospital antarabangsa pada separuh kedua tahun 2024, yang dibina oleh rangkaian hospital Indonesia, Mayapada (SRAJ.JK).

Pada lawatannya itu juga, Jokowi memeriksa kerja pembinaan lebuh raya tol sepanjang 57 kilometer yang menghubungkan ibu negara baharu itu dengan Balikpapan, yang dijangka boleh digunakan mulai Jun tahun depan.

Pembangun hartanah Indonesia, Pakuwon Jati (PWON.JK), sedang membina sebuah hotel, blok apartmen, dan pusat beli-belah.

Sebuah konsortium syarikat Indonesia seperti firma tenaga Adaro (ADRO.JK) dan Barito Pacific (BRPT.JK), konglomerat Astra International (ASII.JK), dan firma hartanah Agung Sedayu Grup, melabur kira-kira 20 trilion rupiah (kira-kira RM6 bilion) di Nusantara.

Kerajaan berharap untuk mula memindahkan kira-kira 1,800 penjawat awam ke bandar baharu itu menjelang 2024, apabila penggal kedua dan terakhir Jokowi berakhir.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-12-2023 11:55 AM
Boleh la jadikan lagu ni lagu tema Nusantara:

[youtube]aKtb7Y3qOck?si=vr3rkSlvNi9R1K1A[/youtube]

Antara lagu Ndon feveret aku. Njoi.
Quote dua_chzy 17-12-2023 11:56 AM
Ni lagu sekuel tapi aku kurang minat.

[youtube]Fa_rNR__UV0?si=SiNwiMqhOMmbas85[/youtube]
Quote cm_vungtau 17-12-2023 12:15 PM
Abih tu ko bina bullet train dekat Jakarta naper nyah…
Quote j3m4h 18-12-2023 03:26 AM
2045 tu dah kiamat pak jokossss…xjd la kalimantan aritu? Kalo tukar mcm ne pong mentality indog takat tu je pong x guna nyah…
Quote CatMiow 18-12-2023 03:34 AM
Aku pelik perlu ke guna nama Nusantara?

Esok dah 50 tahun generasi mereka akan kata nusantara hanya milik mereka. Sedangkan nusantara tu luas seluas SEA.
Quote ipes2 18-12-2023 05:03 AM
Hebat mereka.
Besar economy Indonesia ini, sudah la labour cost pon murah
Quote brego 18-12-2023 07:00 AM
lepas ni worang2 malaysia dah tak boleh guna term Nusantara
utk ASEAN, especially kepulauan Melayu

indon dah klaim jadi ibu negara
Quote brego 18-12-2023 07:03 AM
CatMiow replied at 18-12-2023 03:34 AM
Aku pelik perlu ke guna nama Nusantara?

Esok dah 50 tahun generasi mereka akan kata nusantara hanya ...

jangan kata 50 tahun

start ibu negara ni siap,
perkataan Nusantara adalah hak milik mutlak indon

kita kena tukar term lain pulok
negara serumpun
Quote brego 18-12-2023 07:04 AM
Edited by brego at 18-12-2023 07:20 AM

indon punya formula create new capital ni,
bagi aku recipe for disaster

bayangkan Putrajaya,
tapi semua infra yg ada adalah dari pelabur asing

mesti ada sumber alam or kepentingan strategik,
yang negara kena gadai pada kuasa asing
dan bakal jadi banyak conflict of interest

nak buat capital baru, tapi duit/modal takdak
itu la dia Nusantara
Quote krustykrab 18-12-2023 07:13 AM
CatMiow replied at 18-12-2023 03:34 AM
Aku pelik perlu ke guna nama Nusantara?

Esok dah 50 tahun generasi mereka akan kata nusantara hanya ...

Nanti kita dihalang guna nama nusantara...
Quote sayurmayur88 18-12-2023 07:28 AM
iolls percaya projek "angan2" ni akan GAGAL.
Quote rbmy 18-12-2023 07:52 AM
nanti tiket flight KUL - NUS  je la kan. hahahahahhaa
Quote ninja boy 18-12-2023 08:14 AM
Design x agak2, semua rumah minagkabau bertanduk sawah padi, gunung berapi je xdak
Quote ninja boy 18-12-2023 08:17 AM
Keliling bikin perumahan, sekolah, airport, port, kawasan industri, mall
Quote s@s@ 18-12-2023 09:21 AM
CatMiow replied at 18-12-2023 03:34 AM
Aku pelik perlu ke guna nama Nusantara?

Esok dah 50 tahun generasi mereka akan kata nusantara hanya ...

mcam thailand la.... pakai suvarnubumi
Quote s@s@ 18-12-2023 09:22 AM
ninja boy replied at 18-12-2023 08:14 AM
Design x agak2, semua rumah minagkabau bertanduk sawah padi, gunung berapi je xdak

ali setan cakap macam koboi pakai songkok
Quote tungkai 18-12-2023 09:24 AM
Ni modal selling point utk PEMILU next year kan..??
Quote IzzahF 18-12-2023 09:30 AM
dia pilih Palangkaraya tu nak jadi ibu negara indon. alih2 tukar NUSANTARA kahkah. pastu jawa2 tortok dari  kepulauan jawa sana semua pakat duk beli tanah kat kalimantan tu pasal takut indon tenggelam. sikit2 puak2 tu masuk border sabah sarawak nnt.

org2 kalimantan punya bervulu dgn set2 jawa tortok indon yg pegi mana2 semua tempat jahanam dia buat. ummah sabah sarawak kena lebih berhati2 since banyak dah PATI jadi iumat korang sana
Quote prince_marhaen 18-12-2023 10:09 AM
tetap yindon keparat pprt datang sini keja kilang main ngan bangla

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.088751 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top