CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Stesen TV Pernah 'Reject' Nadhir Nasar Sebab Tiada 'Followers', Orang Tak Kenal

17-12-2023 11:34 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6653| Komen: 74

Sebelum bergelar juara Hero Remaja tiga tahun lalu, pelakon berbakat besar Nadhir Nasar pernah berdepan kesukaran membina nama sebagai seorang selebriti.

Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, berkata, antara pengalaman tidak boleh dilupakan apabila lebih 10 kali namanya ditolak stesen televisyen disebabkan tidak mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.



"Sebelum Hero Remaja aku ditolak lebih daripada 10 kali kerana tidak memiliki pengikut yang ramai di media sosia.

"Katanya tiada orang kenal, susah nak masuk televisyen," katanya.

Nadhir berkongsi perkara itu ketika memberi semangat kepada seorang individu yang kecewa kerana tidak berjaya menyertai program Hero Dewi Remaja.

Dalam pada itu, Nadhir percaya individu berkenaan akan diberikan rezeki lebih baik berbanding pertandingan berkenaan.

"Untuk aku rezeki di Hero Remaja, kamu mungkin tempat lain. Jalan terus, insya-Allah," komennya lagi.


Terharu dengan kata-kata semangat daripada Nadhir, individu tersebut berterima kasih dan berjanji akan terus kuat mengejar cita-citanya.

"Nadhir idola saya, awak selalu beri inspirasi dan menjadi salah satu sebab saya kuat selama ini.

"Anak seni yang mengalir keikhlasannya," ujarnya.

Untuk rekod, Nadhir merupakan seorang model sebelum menyertai Hero Remaja edisi 2020.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binderclips 17-12-2023 12:09 PM
Sekarang nadhir dh famous mengalahkan hero remaja yg lain
Quote amyfaha 17-12-2023 12:13 PM
Sbb kau acah bagus dan konon2 terlampau nk jaga kau punya exclusiv tu smpai ko jd x mesra ngan sume org. Kau jgn jadi mcm acik ben kau. Berlakon x seberapa,x mesra peminat. X mesti posting. Sosial media mcm tanah perkuburan konon nk jaga exclusiv. Last2 merentan setiap masa kat twittterrrrr.
Quote aina_shaira 17-12-2023 12:34 PM
So perasan, even forumers sini semua kata ko pandai berlakon bagai, aku tak pernah tengok cite ko berlakon, acah berlagak menyombong tak ke mana pun. Industri msia ni kecil je, thn dpn sure akan ada bakat baru yang lebih berbakat
Quote heythere123 17-12-2023 12:52 PM
ye ke? ghisau kot2 kisah hasanah semata. Jarang la orang ada rupa (walaupun heols dikatakan muka awam) tak dapat masuk tv.

ke sebab ko terpaling A-list noks??
Quote heythere123 17-12-2023 12:54 PM
amyfaha replied at 17-12-2023 12:13 PM
Sbb kau acah bagus dan konon2 terlampau nk jaga kau punya exclusiv tu smpai ko jd x mesra ngan sume  ...

haah, iols pon rasa tak logik heols direject sebab takde followers. Padahal heols rupa ada.

biasa yg reject sebab takde followers ni yg jenis takde rupa so theyols pakai la alasan tu  
Quote 3chanceno 17-12-2023 02:11 PM
Kalo berlakon watak antagonis, ok lah. Tapi kalo hero eemmmmmmm..
Quote Rachel_Green 17-12-2023 02:12 PM
logik la..stesten TV pon takmau rugi maaa..kena bayor jugak gaji2 pekerja.
Quote rayna_raynes 17-12-2023 11:11 PM
Skrg ni hot betul dia. Paling sayang dia, Astro. Back to back drama Astro request dia. Ada production ni kena masuk queue shoot padahal dah block schedule semua, sebab tunggu dia free
Quote Tunan 17-12-2023 11:24 PM
amyfaha replied at 17-12-2023 12:13 PM
Sbb kau acah bagus dan konon2 terlampau nk jaga kau punya exclusiv tu smpai ko jd x mesra ngan sume  ...

Ko dah kenapa
Apa yg ko cakap ni semua salah
Adoii tak hapa2 komen
Quote Tunan 17-12-2023 11:26 PM
heythere123 replied at 17-12-2023 12:52 PM
ye ke? ghisau kot2 kisah hasanah semata. Jarang la orang ada rupa (walaupun heols dikatakan muka awa ...

Ni kisah sblm masuk hero remaja
Lepas menang HR mmg Astro offer byk je job
Mgmt dia mmg kroni Astro
Quote sukanyanyi 17-12-2023 11:31 PM
heythere123 replied at 17-12-2023 12:54 PM
haah, iols pon rasa tak logik heols direject sebab takde followers. Padahal heols rupa ada.

biasa ...

Kan org kata heols muka awam.. kot la sblm glemer semua mmg org tv pun tak nampak star qualitynya?
Quote sukanyanyi 17-12-2023 11:33 PM
3chanceno replied at 17-12-2023 02:11 PM
Kalo berlakon watak antagonis, ok lah. Tapi kalo hero eemmmmmmm..

Hero yg jenis nerdy2 weirdo mcm dalam my pemes x-bf tu ok kot.. yg romantic macho mmg susah nak bayang..
Quote sukanyanyi 17-12-2023 11:34 PM
Tunan replied at 17-12-2023 11:26 PM
Ni kisah sblm masuk hero remaja
Lepas menang HR mmg Astro offer byk je job
Mgmt dia mmg kroni Astr ...

Muka astro je kan? Tak nampak lg kat tb3.. kalo tb3 tu diconquer oleh org mcm oyen rosli..
Quote Tunan 17-12-2023 11:49 PM
sukanyanyi replied at 17-12-2023 11:34 PM
Muka astro je kan? Tak nampak lg kat tb3.. kalo tb3 tu diconquer oleh org mcm oyen rosli..

Dia x penah masuk tv3.. payment x byk kot..
Oyen mmg konker.. ada 2 lagi drama Oyen tgh Q nak tayang kul 7.. satu dah siap shoot, satu tgh shoot..
Quote September14 17-12-2023 11:50 PM
Rupa dia kt atas tu menarik ah mcm international model

Klu tinggi lebih 180 g casting kt paris milan aku rasa leh lpas buat catwalk kt sana
Quote mzzenma 17-12-2023 11:50 PM
kenapa org kata dia sombong? meolls tengok dia mcm ok je..hah gitewww meolls bias
Quote Binderclips 18-12-2023 06:51 AM
sukanyanyi replied at 17-12-2023 11:34 PM
Muka astro je kan? Tak nampak lg kat tb3.. kalo tb3 tu diconquer oleh org mcm oyen rosli..

Nadhir x akan berlakon kat tv3 sbb dia prnh kritik drama tv3 xde kualiti. Dia ada ckp yg dia x nk amek job hero drama kol 7 tv3
Quote sukanyanyi 18-12-2023 01:38 PM
Binderclips replied at 18-12-2023 06:51 AM
Nadhir x akan berlakon kat tv3 sbb dia prnh kritik drama tv3 xde kualiti. Dia ada ckp yg dia x nk  ...

Outspokennya.. mmg la kdg drama kol 7 tu cringe kan tp terasa plak plakon2 lain yg accept job tu. Heheh..
Quote Binderclips 18-12-2023 02:16 PM
sukanyanyi replied at 18-12-2023 01:38 PM
Outspokennya.. mmg la kdg drama kol 7 tu cringe kan tp terasa plak plakon2 lain yg accept job tu.  ...

Masalahnya kebanyakan pelakon lelaki di malaysia berlakon drama kol 7 tv3 sebelum famous. Akhirnya, Dia pon nk famous la sbb tu amek job hero famous ex-boyfriend.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.302696 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top