Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menzahirkan rasa gembira apabila hajat Hafidz untuk memperisterikan wanita pilihannya, Athira Yuhada tercapai. Shuhada berkata, dia mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu sekali gus berjaya membuktikan apa yang didedahkan selama ini adalah benar.
"Itu hajat dia walau kami masih bergelar suami dan isteri. Ini jalan yang dia pilih, baguslah. "Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik, saya juga gembira, sekurang-kurangnya Allah dah tunjukkan yang saya tidak berbohong mengenai perkara ini," katanya. Terdahulu teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira khirnya terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram pagi tadi. Athira adalah wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga pelakon terbabit dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Malah, wanita itu juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan pelakon Melastik ke Hatimu itu sekitar Februari lalu. Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016, namun mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai. Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3. Sumber: Harian Metro |
Carcosa replied at 16-12-2023 02:49 PM
Eh bongok, siapa yg ckp ko bo'ong psl Apiz gila + Momo bertudung?? Netz semua percaya je kot. Dah mm ...
Carcosa replied at 16-12-2023 02:49 PM
Eh bongok, siapa yg ckp ko bo'ong psl Apiz gila + Momo bertudung?? Netz semua percaya je kot. Dah mm ...
Carcosa replied at 16-12-2023 02:49 PM
Eh bongok, siapa yg ckp ko bo'ong psl Apiz gila + Momo bertudung?? Netz semua percaya je kot. Dah mm ...
cmf_premierleag replied at 16-12-2023 03:28 PM
Bo'ong
Aku penah jmpe org mcm ni, instead of bohong, dia sebut bo'ong
Pastu ms pkp dulu, ...
che_yatt replied at 16-12-2023 04:11 PM
meolls baru tau rupanya minah ni bo'ong pasai dia nak sambung study kat obersea ...
kookiechip: Bukan sebelum ni dia kata ex h ...
kookiechip: Bukan sebelum ni dia kata ex h ...
ADVERTISEMENT