"Dia cinta pertama saya." Itu reaksi pelakon Hafidz Roshdi yang mengesahkan dirinya kini bergelar suami kepada wanita yang dikenali sejak berusia 15 tahun, Athira Yuhada, seperti dikongsi dalam hantaran Instagram (IG), pagi tadi.
"Athira cinta pertama saya. Kami berkawan sejak berusia 15 tahun dan pernah bercinta. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya jadi suami sekali lagi. Insya-Allah, saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik. "Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat... Doakan yang terbaik untuk perkahwinan kami," katanya kepada BH Online. Pada majlis pernikahan itu, Hafidz yang membintangi drama Melastik Ke Hatimu 2 menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pengantin perempuan. Hafidz berkata, Athira menerima dirinya seadanya. Hafidz juga enggan berfikir mengenai komen negatif yang dilayang susulan pernikahannya itu.
"Athira terima segala kekurangan dan terima saya seadanya. Saya juga tak mahu ambil kisah apa orang cakap. Biarlah apa mereka nak cakap," katanya. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi yang mengenakan baju melayu berona putih kelihatan begitu tenang ketika dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada iaitu Encik Abu Bakar di Glass House Event Space, Glenmarie, Shah Alam. Terdahulu, berita mengenai perkahwinan Hafidz dan Athira menjadi bualan hangat netizen selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama kedua-dua mereka tular. Menerusi butiran tersebut, majlis resepsi pasangan terbabit dipercayai bakal berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan acara di Shah Alam. Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada. Bagaimanapun, Hafidz dilihat tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan bakal berkahwin dengan Athira dan memilih untuk mengunci mulut. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun. Sumber: BH Online |
GummyBear123 replied at 16-12-2023 12:45 PM
Cantik wedding kali ni. Nampak classy dan elegant. Pengantin kedua-dua pun cantik, secocok, baju on ...
Binodino replied at 16-12-2023 12:53 PM
Dulu tu sebab kahwin time belajar. Masing2 harapkan sponsor parents je untuk buat majlis
Binodino replied at 16-12-2023 12:53 PM
Dulu tu sebab kahwin time belajar. Masing2 harapkan sponsor parents je untuk buat majlis
GummyBear123 replied at 16-12-2023 12:45 PM
Cantik wedding kali ni. Nampak classy dan elegant. Pengantin kedua-dua pun cantik, secocok, baju on ...
GummyBear123 replied at 16-12-2023 01:00 PM
Kos mekap still kena keluarkan, kan? Kenapa tak pilih cara mekap yg classy?Kos baju pun sama, kena ...
Binodino replied at 16-12-2023 01:29 PM
Bear ni buat iols serba salah nak komen. Iols risau terlalu jujur
Tapi dorang dulu2 pun buk ...
ADVERTISEMENT