CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Ada Sebab Jovian Mandagie Masam Muka Dan Bermusuh Dengan Nina Ismail Sabri

15-12-2023 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18626| Komen: 32

Datuk Jovian Mandagie memilih untuk tidak bermasam muka selain matang dalam mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri, Nina Ismail Sabri.

Kata Jovian atau nama sebenarnya Mohd. Ridhwan itu, hubungannya dan Nina masih seperti dahulu, malah masih menghadiri majlis makan malam dan keluar bersama keluarga meskipun sudah bercerai.


Foto: IG

“Walaupun kami sudah berpisah, namun tetap bahagia. Sebenarnya tadi pun kami baru sahaja balik dari makan malam bersama keluarga sempena meraikan hari kelahiran adiknya, Dafi.

“Kami masih bersama sebagai sebuah keluarga dan kami lakukan itu kerana anak, Jeanelle. Lagi pula keluarga saya dan Nina memang sangat rapat. Rasanya tidak adil kalau kami bergaduh manakala keluarga pun terkena tempiasnya.

“Kita jaga hubungan itu agar keluarga, rakan, peminat selesa bersama, Nina juga sangat menyokong saya khususnya dalam perniagaan sampai ke hari ini. Kalau ada sesi siaran langsung untuk mempromosikan barang jualan, dia pun turut serta,” katanya kepada Kosmo! Online.



Profesional dan tidak menyindir antara satu sama lain, jejaka berumur 37 tahun itu menegaskan tiada sebab untuk dia membenci bekas isterinya itu sebaliknya merasakan hubungannya dengan Nina sentiasa dilindungi Allah meskipun kini hanya sebagai sahabat.

“Kami telah berkahwin selama 10 tahun. Bila berpisah, tak ada sebab untuk kami saling membenci dan bermusuh. Cuma mungkin jodoh kami berpanjangan sebagai kawan dan Allah jaga hubungan itu.

“Mungkin kami sudah matang dan sangat menyayangi keluarga masing-masing. Walau sudah berpisah, namun kami masih tetap berjumpa,” jelasnya pada majlis penyampaian anugerah Shopee Super Awards 2023, semalam.



Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

Semasa majlis berlangsung malam tadi, Jovian turut menerima anugerah industri e-dagang terunggul Shopee Super Awards 2023, melihat kepada prestasi cemerlang perniagaannya di platform itu sepanjang tahun ini.



Selain Jovian, antara selebriti yang turut menerima penghargaan tersebut ialah Neelofa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Zoey Rahman dan Ainul Aishah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 16-12-2023 07:04 PM
Memangla xberdendam. Mendogie cikcur dgn votem.
Quote EncikRhoma 16-12-2023 07:09 PM
Kalau dah diorang baik2 je, tak payah la netizen nak jadi batu api. Acik2 forum kertu tak payah masuk campur hal rumah tangga orang. Jaga je rumahtangga acik tu. Ke acik forum andartu? Takde rumah tangga yang perlu dijaga
Quote kalchi 16-12-2023 10:13 PM
Nk gaduh apa nya, decision yg mutual kan. lainlaa kalau jovian kawen dua dgn tine laing kat siam. Kalau dia mengaku yg dia tak minat pompuan, Nina dgn pak mail nk cakap apa lagi.
Quote shernazz 16-12-2023 10:50 PM
Nama Jovian ridhwan rupanya
Hahahah..
Iols ingat mmg Nama dia Jovian..Jadi anaknya Nama Jeanelle binti Jovian MCM tu
Quote noxnox 16-12-2023 11:05 PM
shernazz replied at 16-12-2023 10:50 PM
Nama Jovian ridhwan rupanya
Hahahah..
Iols ingat mmg Nama dia Jovian..Jadi anaknya Nama Jeanelle bin ...

Itu lah . Tak sangka
Quote sleepandream 16-12-2023 11:16 PM
pastu noks?
Quote Zeatyisaac 17-12-2023 11:37 AM
shernazz replied at 16-12-2023 10:50 PM
Nama Jovian ridhwan rupanya
Hahahah..
Iols ingat mmg Nama dia Jovian..Jadi anaknya Nama Jeanelle bin ...

Mandagie tu surname Mak dia. Jovian @ Ridwan ni anak sedara arwah Pahamin Rejab.
Quote ctnorpropa 17-12-2023 12:39 PM
Iols tak nak cakap pasal ni tapi nak cakap iols suka gills baju melayu jovian. Dah 2 tahun iols beli jovian. Material best, cutting pun cantik yang penting laki dgn anak selesa. Porumer silalah beli baju melayu jovian
Quote shernazz 17-12-2023 02:02 PM
noxnox replied at 16-12-2023 11:05 PM
Itu lah . Tak sangka

Kan
.hahaha..adoi..
Iols tergelak sikit semalam
Quote shernazz 17-12-2023 02:03 PM
Zeatyisaac replied at 17-12-2023 11:37 AM
Mandagie tu surname Mak dia. Jovian @ Ridwan ni anak sedara arwah Pahamin Rejab.

Tu iols tau cumanha tak sangka Nama sebenar ridhwan
Ingatkan Jovian tu mmg Nama betul dia
Quote shernazz 17-12-2023 02:04 PM
Cleocatra replied at 16-12-2023 11:19 PM
Itu laaa... jenel tu pun tak padan dengan rupa. Belengas sepanjang masa.

Hahaha
Sebab bam bam kot..
Tu yang nampak gitu
Harap dahnbeso Nanti slim sikit boleh Jadi model abahnya
Quote Perils 17-12-2023 02:08 PM
Rajin wrtwn buat cite psl dia ek...gigih justify maklumla customer ramai pmpuan....
Quote Suchi 17-12-2023 05:20 PM
shernazz replied at 16-12-2023 10:50 PM
Nama Jovian ridhwan rupanya
Hahahah..
Iols ingat mmg Nama dia Jovian..Jadi anaknya Nama Jeanelle bin ...

Iols pun terkejut
Ingat kan selama ni mmg nama gitu
Betul ke nama ridhwan? Mcm tak sesuai je ngan dia huhu
Quote rayna_raynes 17-12-2023 06:01 PM
Diorang ni sepadan sebenarnya. Tp mungkin keinginan berbeza, maka cerailah
Quote I.K.A888990 17-12-2023 06:49 PM
gituuuuuuuuu
semoga terus berlemari berbebird la okayyyyyyyyyyyyyyy
Quote cmf_premierleag 17-12-2023 07:58 PM
Cleocatra replied at 16-12-2023 11:19 PM
Itu laaa... jenel tu pun tak padan dengan rupa. Belengas sepanjang masa.

Ms atok dia jd PM, netizen panggil dia cucu gendut
Quote shernazz 17-12-2023 08:26 PM
Suchi replied at 17-12-2023 05:20 PM
Iols pun terkejut
Ingat kan selama ni mmg nama gitu
Betul ke nama ridhwan? Mcm tak sesuai je ngan  ...

Kan..
Kalau letak Wan ke..reed ke..ada la MCM kena mengena kan
Ni Jovian...jauh sungguh..haha
Quote LadyCarefree 17-12-2023 10:03 PM
shernazz replied at 17-12-2023 01:03 PM
Tu iols tau cumanha tak sangka Nama sebenar ridhwan
Ingatkan Jovian tu mmg Nama betul dia

Jovian memang nama betul dia. Ridhwan tu nama lepas dia masuk Islam.
Quote LadyCarefree 17-12-2023 10:05 PM
ctnorpropa replied at 17-12-2023 11:39 AM
Iols tak nak cakap pasal ni tapi nak cakap iols suka gills baju melayu jovian. Dah 2 tahun iols beli ...

Setuju. iols pun kdg2 for Raya beli baju dia. Material pun elok.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.242568 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top