PETALING JAYA – “Anak balik teruja cerita nak pergi, buat kat dewan Putrajaya RM120. Ibu bapa nak ikut kena ‘top up’ (tambah nilai) duit, tak apa saya bagi anak saja pergi.” Itu antara keluhan ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk hadir ke majlis graduasi anak yang dianjurkan pihak sekolah.
Luahan Fazilah Abdullah itu dibuat di ruangan komen menerusi hantaran oleh seorang guru, Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli di Facebook. Terdahulu, Cikgu Fadli berkongsi tangkap layar Kosmo! Online tentang kesukaran ibu bapa yang terpaksa ‘berkikis’ mencari wang susulan trend menganjurkan majlis graduasi sekolah di hotel. Beliau berkata, ia tidak menjadi isu sekiranya ia mendapat persetujuan semua ibu bapa dan paling penting, semua murid dilibatkan. “Kecoh sehari dua ni isu jamuan akhir buat kat hotel. Benda ni mudah je, kalau semua majoriti ibu bapa setuju, buat pi lah. Yang penting, tanya pandangan ibubapa dulu.
“Jika ada segelintir kecil ibu bapa tak mampu, yang majoriti ada kemampuan lebih tu tolong bayarkan. Nak lagi mudah, buat kat sekolah,” katanya. Dalam masa sama, ada juga ibu bapa yang turut berkongsi luahan masing-masing. “Sekolah anak saya dari hotel tukar buat kat dewan luar, RM165. Mak ayah kalau nak datang bayar RM50, jumlah RM250. Saya cakap kat anak tak apa mama papa tak datang, biar dia je enjoy. Bukan tak mampu tapi rasa tak perlu,” kongsi Nina Azahari. “Buat kat sekolah sajalah. Ibu bapa yang tak mampu pun segan nak terima, rasa menyusahkan orang. Akhirnya tak pergi, kasihan,” ujar Siti Hajar. Terdahulu Kosmo! melaporkan trend menganjurkan majlis graduasi atau majlis akhir tahun sekolah di hotel-hotel dengan bayaran mencecah ratusan ringgit membuatkan ramai ibu bapa mengeluh kerana membebankan mereka. Sumber: Kosmo
|
jiwasemangat replied at 15-12-2023 06:52 PM
Majlis graduasi lerr antara majlis yg paling malas aku nak pergi.. if aku kena..selalunya aku akan c ...
brego replied at 15-12-2023 11:28 PM
gigeh, tamat sekolah pun siap nak majlis grand kt hotel
yg parent sama gedik nak datang pun utk apo ...
monreyes replied at 15-12-2023 08:51 PM
dulu student je attend..
skrg jemput ibu bapa..jual bouquet bunga belon coklat...aku wakil kan ayah ...
brego replied at 15-12-2023 11:21 PM
gedik nya culture sekolah sekarang eks
mungkin cikgu2 sekarang ramai gedik2
brego replied at 15-12-2023 11:28 PM
gigeh, tamat sekolah pun siap nak majlis grand kt hotel
yg parent sama gedik nak datang pun utk apo ...
ADVERTISEMENT