CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Rudaini Berang, Selar Guru Besar Pukul Kepala Murid Depan Khalayak Ramai

15-12-2023 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6392| Komen: 8

Video yang memaparkan seorang guru besar memukul kepala seorang murid lelaki dalam satu majlis rasmi di sebuah sekolah mendapat perhatian Rita Rudaini.

Rita berkata sebagai seorang pendidik tindakan guru besar tersebut sama sekali tidak wajar.


Foto: IG

Tindakan berkenaan akan memberi impak negatif terhadap murid kerana dianggap memalukannya meskipun kanak-kanak itu bersalah.

"Rata-rata komen mesti nak bandingkan cikgu dulu dengan cikgu sekarang. Tak boleh. Pada saya satu sahaja seorang pendidik tidak akan memalukan dan menjatuhkan keyakinan seorang murid di khalayak ramai.



"Macam mana nakalnya murid tu, bukan begitu caranya. Apa pelajaran yang budak tu dapat dari guru tu adalah cuma malu, hilang keyakinan dan semangat diri dan lebih kepada dendam.

"Nak tegur atau bagi pengajaran, bukan memalukan seorang budak yang belum matang dikhalayak ramai. Beza dekat sini cikgu yang sudah matang, anak murid yang dilempang itu adalah seorang kanak-kanak. Cikgu adalah idola dan mentor murid-murid," katanya di IG.



Rita juga berpendapat bahawa guru sepatutnya memberi pengajaran yang lebih baik terhadap murid dan bukannya menghukum sesuka hati.

"Nak mengajar boleh bawa ke bilik guru, siasat, bagi kaunseling, nasihat dan rotan kalau betul melanggar peraturan atau disiplin. Itu namanya mengajar.



"Kalau pukul ikut suka, maki hamun..budak-budak pun bukan makin elok tapi jadi makin nakal dan keras hati." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 15-12-2023 06:19 PM
Knpa bila cikgu2 ni pukul bdk2 x dipanggil buli… diorg ni la lg pembuli bdk2 kecik2 berani la pukul… lpstu dpn murid2 lain lak x ke ko bg cth x baik kt murid2 lain? Nnti bdk2 lain kaki buli pun lg mnjadi2.. bodoh punya guru besar.. makpak budak tu dh report polis blum?
Quote Thunderclouds 15-12-2023 06:50 PM
Anak rita pon kna buli kan.
Tu mintak tukaq subes.
Sukorr la dpt.
Quote sleepandream 15-12-2023 09:38 PM
budak2 skrg tak takut cikgu yach...
kekadang cikgu pun boleh kena rasuk nak control budak2 cam setan skrg...
dulu zaman sekolah iols cikgu takde pukul2, tapi denda cuci toilet la, kutip sampah la... lagi suka dorang tak payah masuk kelas...
Quote bukannonones 16-12-2023 12:55 AM
Thunderclouds replied at 15-12-2023 06:50 PM
Anak rita pon kna buli kan.
Tu mintak tukaq subes.
Sukorr la dpt.

Yeke kena buli? Tp lama juga kan dkat sekolah lama. Tengok rita rajin jua sipisipi memerli sekolah lama anak nya as if cikgu cikgu or environment sekolah lama tu tak bagus. Dah la iols pulak alumni situ kihkih. Tp iols bukan hafizah lah ye.
Quote hzln 16-12-2023 01:05 AM
Cikgu balun budak depan org ramai salah
Bercekau dlm kolam renang depan org ramai hanya kerna berebut jantan juga salah
Quote missHaidiD 16-12-2023 01:17 AM
[tiktok]7312327951775763719[/tiktok]

Video ni kn
Quote missHaidiD 16-12-2023 01:17 AM
Lawa lak rita dlm gmbr depan tu
Quote LembingDayanti 16-12-2023 01:24 AM
aku rasa budak tu mulut laser tu kena pelangkong tu. ada la tu dia cakap kat cikgu tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.038847 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top