Selepas Ernie Zakri menjelaskan mengenai punca dia tidak menyanyikan lagu Astana di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), kini syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment pula tampil membalas kenyataan itu.
Rocketfuel berkata pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membolehkan Ernie selaku penyanyi asal menyanyikan lagu itu di SFMM28. Malah, Rocketfuel menjelaskan pada awalnya pihak pengurusan Ernie sendiri yang membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam SFMM38 itu. "Pihak Rocketfuel Entertainment sentiasa bersedia dan bersifat terbuka untuk bertemu serta berbincang dengan mana-mana pihak yang sudi untuk bersama membolehkan penyanyi asal membawa hasil karya mereka di pentas SFMM38. "Rocketfuel Entertainment menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan penyanyi asal lagu Astana untuk tidak terlibat dalam menyanyikan lagu ini di pentas SFMM38," katanya.
Tambah syarikat tersebut, pencalonan lagu Astana untuk program Muzik-Muzik yang berlaku pada bulan Februari lalu itu juga adalah ketika Ernie masih dibawah naungan Rocketfuel Entertainment. Memandangkan Ernie kini bukan lagi artis naungan mereka, Rocketfuel sebulat suara menamakan Nadeera sebagai penyanyi paling sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut. "Untuk menghormati acara berprestij seperti SFMM38, pihak Rocketfuel Entertainment telah berusaha mencari pengganti yang sesuai untuk menyanyikan lagu Astana dan penyanyi Nadeera yang juga juara program Big Stage terbaru tahun ini telah dipilih setelah pelbagai perbincangan dilakukan. "Pihak Rocketfuel Entertainment yakin dan pasti dengan pemilihan ini kerana Nadeera merupakan calon yang amat sesuai untuk membawakan lagu Astana dan memastikan lagu ini dinyanyikan dengan seadilnya," ujarnya. Sebelum ini, Ernie tampil menafikan kenyataan yang dikeluarkan syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment yang mengatakan dia sama sekali tidak pernah mengatakan tidak mahu menyanyikan lagu tersebut. Untuk info, Ernie sebelum ini merupakan artis dibawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment sebelum berpindah kepada Universal Music Malaysia. -CARI Sumber: mStar
|
izat123 replied at 14-12-2023 06:27 PM
Hello? Sejak bila AJL jadi pertandingan syarikat rakaman ni? Lain lah kalau kes komposer/pencipta la ...
izat123 replied at 14-12-2023 06:27 PM
Hello? Sejak bila AJL jadi pertandingan syarikat rakaman ni? Lain lah kalau kes komposer/pencipta la ...
Piramida replied at 14-12-2023 09:43 PM
Kontrak hak cipta lagu tu berpihak kat recording comp kot?
Entahlaaa.
fadz84 replied at 14-12-2023 10:11 PM
Syamel yg dh tukar syarikat rakaman blh plk nyanyi lagu dia kat semifinal .. sama je situasi ngn l ...
GegarVaganja replied at 14-12-2023 11:45 PM
harap Ernie as salah seorang pencipta, ambik keputusan untuk tarik diri dari pertandingkan lagu ni. ...
hyie replied at 15-12-2023 12:28 AM
lagu pun tak sedap...perlu ke beria2 nyah. Quit je la SFMM tu, settle. Baik bagi kat lagu iamneeta y ...
ADVERTISEMENT