Usia kandungan masuk tujuh bulan, Tom mendedahkan dia berdepan alahan teruk sehingga mengganggu emosinya. Malah, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata sehingga kini dia masih lagi mengalami alahan termasuklah muntah-muntah berpanjangan.
"Bila tidak makan, lapar. Bila makan pula, sakit. Tidak tahu nak buat apa dah jadi trauma nak makan dan nak minum. Hari-hari terpaksa muntahkan makanan yang dimakan untuk hilang sakit. "Muntah pun satu benda yang menyakitkan juga... Makan sikit ke banyak, air manis atau air masak, makanan lembut semua tidak boleh. "Semua kena muntahkan balik. Kalau tidak memang akan sakit lepas telan (makan) apa-apa," katanya menerusi Instastory pada Khamis.
Serik berdepan alahan itu, Tom memberi bayangan untuk tidak lagi menambah anak selepas melahirkan cahaya mata pertama bersama suaminya, Fuad Rahman yang dijangka lahir pada Februari depan. "Teruknya alahan kali ini... Ini yang terakhir. Tiada lagi. Tidak mampu nak hadap sembilan bulan (kandungan)," ujarnya. Sebelum ini, Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, turut memberitahu mereka tidak merancang menambah bilangan anak selepas menyambut kelahiran caya mata ini.
Menurut Fuad, ini kerana dia berasa kasihan melihat keadaan Tom yang mengalami alahan teruk sepanjang tujuh bulan kehamilannya. Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.
Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|