CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keluarga Marah, Amir Ahnaf Takut Nak Lakon Babak Panas

14-12-2023 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6589| Komen: 33

Amir Ahnaf terbuka untuk melakonkan apa saja babak mengikut jalan cerita dan skrip yang diterima walaupun sebenarnya takut melakonkan babak panas yang agak keterlaluan demi menjaga nama baik keluarga.


Dia akan cuba penuhi apa saja babak yang dituntut dalam skrip, tetapi jika ada babak tertentu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, dia percaya pengarah pun akan menukarnya lebih awal.

Foto: IG

"Mungkin dia akan mengolah babak (keterlaluan) itu supaya lebih diterima penonton. Sebaik dibenarkan oleh pengarah dan penerbit, saya sedia berkhidmat untuk menjayakan watak diberikan.

"Saya akui takut untuk melakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi keluarga. Lagipun saya bawa nama baik keluarga saya," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Amir, dia bukan selebriti yang sanggup melakonkan babak panas semata-mata untuk meraih populariti.

"Saya faham sesetengah pelakon ada cara mereka sendiri, tapi untuk diri sendiri saya cuba jaga batas dan had lakonan saya.



"Apa yang boleh dijaga, saya cuba pertahankan. Kalau ada babak yang keterlaluan, saya percaya produksi pun mempunyai kepakaran dari sudut suntingan dan menggunakan teknik kesan kamera (camera trick)," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-12-2023 02:39 PM
Dia ni ke yg menari2 nampak pusat tu? Wajah persis pengait buah sawit kat felda lasah.. ekekekekek
Quote soulmatte 14-12-2023 02:59 PM
Takut dgn azab Allah..itu sebaiknya
Quote LembingDayanti 14-12-2023 03:11 PM
dia ni muka terpaling -ve muka awam
Quote aemon 14-12-2023 03:12 PM
geli la tgk muka dia.hero remaja apa mcm ni.
Quote heythere123 14-12-2023 03:54 PM
dah buat pon kan, so takyah la acah “saya takut bla bla”

own up to your own mistakes la noks
Quote sleepandream 14-12-2023 04:02 PM
heols belakon jadi budak sekolah form 5 pun fail bagi iols...
muka terlalu tua
Quote I.K.A888990 14-12-2023 04:49 PM
ye ke takut pakcik
ke kau teruja sebenarnya kannnnnnnnnnnnn
Quote VespaSilbe 14-12-2023 04:54 PM
Edited by VespaSilbe at 14-12-2023 06:08 PM

Ptg ni nak tgk gamerz mangkuk..
Quote Kurex 14-12-2023 05:07 PM
Bila nak keluar video cikcap
Quote sukanyanyi 14-12-2023 05:16 PM
Edited by sukanyanyi at 14-12-2023 05:18 PM
heythere123 replied at 14-12-2023 03:54 PM
dah buat pon kan, so takyah la acah “saya takut bla bla”

own up to your own mistakes la noks

kan kan... i pun macam, macamane statement ni bleh kuar lepas org kecohkan hal adegan bawah meja tu? dik amer sendiri tertinggal bas akan kontroversi sendiri kah? atau nak kata yang aritu tu tak teruk mana sbb tak direct??
Quote heythere123 14-12-2023 07:18 PM
sukanyanyi replied at 14-12-2023 05:16 PM
kan kan... i pun macam, macamane statement ni bleh kuar lepas org kecohkan hal adegan bawah meja tu ...


nyampah kan sebab the damage has been done. Diam2 sudah la patutnya.

ni nak petik nama family la apa la

Quote doubleA 15-12-2023 12:21 AM
Muka dia awam dan tak hensem langsung produk hero remaja ke ni? Seriously? Heran betol rupa terpaling awam pun boleh jadi pelakon skg
Quote NonaNaga 15-12-2023 12:27 AM
bOSAN..Terpaling berbakat katanya
Quote Joysparta 15-12-2023 12:29 AM
Muka awam..
Quote Joysparta 15-12-2023 12:30 AM
doubleA replied at 15-12-2023 12:21 AM
Muka dia awam dan tak hensem langsung produk hero remaja ke ni? Seriously? Heran betol rupa terpalin ...

Tu je yg ado...

Ramai lagi yg helok kat luar sana....taknak masuk hero remaja...
Quote doubleA 15-12-2023 12:37 AM
Joysparta replied at 15-12-2023 12:30 AM
Tu je yg ado...

Ramai lagi yg helok kat luar sana....taknak masuk hero remaja...

Betul la, yg keje mall ke runner pun ada lagi hensem tapi yg tak masuk hero remaja. Dia dgn nadhir tu memang muka awam. Hero remaja dulu2 memang hensem
Quote rayna_raynes 15-12-2023 12:38 AM
doubleA replied at 15-12-2023 12:21 AM
Muka dia awam dan tak hensem langsung produk hero remaja ke ni? Seriously? Heran betol rupa terpalin ...

Bell Ngasri, Amerul Affendi, Namron, Soffi Jikan tiga-tiga muka awam dan tak hensem langsung tapi pernah menang award.



Quote Lapislazuli2912 15-12-2023 02:14 AM
rayna_raynes replied at 15-12-2023 12:38 AM
Bell Ngasri, Amerul Affendi, Namron, Soffi Jikan tiga-tiga muka awam dan tak hensem langsung tapi  ...

Bell ngasri ada la jugak manisnya. Kalau tengok tu takde la menyampah
Quote pauliza 15-12-2023 02:53 AM
Bukan la nk kutuk tapi jauh betul ya level  kehenseman  hero zaman dulu dgn hero zmn skrg .Letak bdk ni sebelah edika Yusuf zmn muda dulu mcm langit & bumi .Azhar Sulaiman zmn muda pun tinggal 10 tiang ni .

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037388 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top