Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa bimbang jangkitan Covid-19 kali kedua memberikan kesan pada peti suaranya. Kata Siti, dia baru sahaja pulih dari jangkitan virus tersebut serta selesai menjalani kuarantin.
"Alhamdulillah, suara saya semakin pulih. Kalau saya menyanyikan lagu-lagu lama tu bunyinya lebih ringan. "Ini memang proses yang lama sangat, saya rasa ada lebih setahun. "Tapi, sebenarnya saya baru sahaja pulih dari Covid-19 baru-baru ini dan baru saja habis kuarantin. "Setakat ini tak ada apa cuma batuk sahaja. Sebab itu sekarang bila kes meningkat tu saya lebih berhati-hati," katanya. Tambahnya lagi, dia mengambil masa selama tiga hari sahaja untuk bebas dari jangkitan tersebut dengan bantuan ubat-ubatan. "Selepas saya tahu saya kena hari tu pun saya terus ambil vitamin, antibiotik dan habis kuarantin dalam masa tiga hari sahaja.
"Bohonglah saya tak risau sebab kita menggunakan aset suara. Jadi, bila batuk berkahak tu memang sesuatu yang sangat mengganggu saya. "Pada awaknta saya rasa sakit badan sangat, demam dan ini batuk. Harap cepat sihatlah dan tak ganggu peti suara saya," katanya. Sumber: Xtra
|
LembingDayanti replied at 13-12-2023 10:03 PM
org sibuk nak bersemi final , kau nak jugak org kasi perhatian kat kau yg kena covid hahahahhaha... ...
kakikuDibibirmu replied at 13-12-2023 09:42 PM
Bukan suara nyanyian dia dah memang oredi tak sedap ke?{:m ...
LembingDayanti replied at 13-12-2023 10:03 PM
org sibuk nak bersemi final , kau nak jugak org kasi perhatian kat kau yg kena covid hahahahhaha... ...
hyie replied at 13-12-2023 10:26 PM
vokal sheols yang latest ni sedap hokeh...dah takda serak2 covid gittew
ADVERTISEMENT