CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alyah Mohon Jangan Banding Nyanyiannya Dengan Siti Nordiana Hingga Tahap Menjatuhkan

11-12-2023 08:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11195| Komen: 47

Penyanyi Datin Alyah meminta orang ramai tidak membandingkan nyanyian Siti Nordiana dengan dia ketika menyanyikan lagi Kisah Hati pada konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad.


Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 42, sebagai penyanyi mereka beruda sudah memberikan yang terbaik dalam menyampaikan lagu berkenaan dengan cara tersendiri.


"Saya kongsi semula semua mesej nama saya sebab sokongan yang diberikan buat saya sebak. Tapi janganlah jatuhkan sahabat saya. Saya yakin dia pun sudah berusaha keras nak beri yang terbaik.

"Saya rakam lagu Kisah Hati ini berulang kali sebab mahukan yang terbaik. Tak kisahlah lagu sendiri atau lagu orang lain. Hargailah kerana usaha kami.


"Mohon jangan bandingkan kerana kami sahaja tahu rasa sakit itu," katanya.

Alyah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

Luahan itu dibuat selepas peminat meluahkan rasa kurang senang dengan komen juri tetap ASGV iaitu Hetty Koes Endang yang menganggap nyanyian Siti Nordiana lebih baik berbanding dia.

Susulan komen tersebut, ramai mula berkongsi kembali video nyanyian Alyah pada acara Anugerah Juara Lagu ke-26 dan menyuarakan ia jauh lebih baik.

Mendengar komen Hetty pada malam final itu, Alyah mengakui terkejut sehingga terkedu kerana tidak menyangka itu pandangan juri.


"Saya hadir malam tadi (ASGV) untuk sokong sahabat yang menyanyikan lagu saya. Walaupun dikejutkan dengan situasi yang buat saya terkedu sehingga tak tahu nak beri reaksi. Saya hanya mampu tersenyum," ujarnya.

Sementara itu, peminat menganggap Hetty tidak sepatutnya memberi komen sebegitu kerana boleh menjatuhkan kredibiliti Alyah sebagai seorang penyanyi.

Malah video nyanyian Alyah sebelum ini juga mula menjadi trending di media sosial selepas kejadian itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MistrezHermanaz 11-12-2023 08:05 PM
Jihan muse xde sapa nk blame ke
Quote just_fighter 11-12-2023 08:19 PM
Boo Bunda
Quote jihyomelly 11-12-2023 08:19 PM
MistrezHermanaz replied at 11-12-2023 08:05 PM
Jihan muse xde sapa nk blame ke

sbb dia yg start merinding bagai kan..sib baik tinyah elok duduk sampai abis kalau dia blah seketul lagi haru
Quote LembingDayanti 11-12-2023 08:29 PM
takpe la alyah u mmg takde aura hahahahha
Quote SpyLeman 11-12-2023 08:38 PM
Suara dua2 penyanyi ni lain2. Yg sorang level fun fair, yg sorang lg level club. Dua2 sedap tersendiri. Yg tak patut si nek hetty tu buat statement mcm tu. Tak pro langsung
Quote Fazzbulous 11-12-2023 08:57 PM
knp eh si bunda ni,dkt ngra sndri takda pulak show2 beria amik dia jd juri eh?huhuhuhu...
Quote alesandra 11-12-2023 09:00 PM
Tok ram pun smlm sama naik dia buat gesture mcm takpe kena kutuk ke apa? itu bini ko laa pakcik..jaga lah air muka,maruah dia.
Quote scarflicious 11-12-2023 09:17 PM
Hetty ni x study dulu ke sapa penyanyi asal? Takkan x kenal bini Ramli MS. Ish...
Quote KarinaKapur 11-12-2023 09:20 PM
alesandra replied at 11-12-2023 09:00 PM
Tok ram pun smlm sama naik dia buat gesture mcm takpe kena kutuk ke apa? itu bini ko laa pakcik..jag ...

Takut tokram buat perangai will smith tampo chris tucker haritu
Quote selipar_hijau 11-12-2023 09:46 PM
Bunda bukan terikut2 jihan ke sampai cakap mcm tu? Pd aku jihan yg mcm ‘lead’ bunda sampai bunda gi komen camtu lepas nana perform

Btw kisah hati alyah masa Ajl juga la yg paling memorable takde org boleh lawan yerrr
Quote hyie 11-12-2023 09:57 PM
honestly, nana nyanyi kurang umphhh, sebab pasca covid. Rasanya kalau tak kena covid, vokal sheols lebih sedap dan boleh capai high note dengan baik, persis zaman GV2 dulu
Quote mawarika 11-12-2023 10:11 PM
Rileks je la takpayah sentap.
Quote woven11 11-12-2023 10:13 PM
Ok okk je ct nana.. cume comment bunda hetty tak perlu lah depan penyanyi asal.. tinyah pun dah boleh stop royan kat ig..
Quote NonaNaga 11-12-2023 10:19 PM
si Aliah dok repost story sapa tag dia pasal ni..kecik2 hati nau dia...abaikan sudah...

pastu yg ckp kat dia lg baik dari nana pun nak di story kan.....
jaga hati kawan2 sudahlah....mmg awak terbaik....tapi aura tak kemana ..dh kurus ni nampak baju ketat2 kalau tak manjang berjubah hitam mcm mak alip sukri dulu
Quote silampumeja 11-12-2023 10:19 PM
Bundaa pnya mulut , habis rosak susu sebelanga. Ngek sangat. I yg marhain dan peminat nana pun tetap rasa tak patut tindakan si bunda semalam. Dahlah tokram kat tepi. Cakap kat belakang memetir plak dgn bininyaa.
Quote Orix 11-12-2023 10:26 PM
jauhhh bertiangggg herlokk tinyah nyanyi kisah hati dari nana semalam.. hauk betul taste buk hetty
Quote bungarose 11-12-2023 10:26 PM
Jihan yang mulakan
Quote Rhyno 11-12-2023 10:51 PM
Mohon Astrok blacklist Hettikus Rendang ni next season. benci betol tgk nenek tua ni bagi komen.
Quote one_aiman 11-12-2023 11:35 PM
tapi tinyah cover lagu sandaran ctnana tu best jgk.. dia buat lagu tu macam lagu dia..come on tinyah, lawannn

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.115885 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top