Selepas membanggakan Malaysia kerana menjadi satu-satunya wakil tunggal bagi program Universe Ticket terbitan SBS, penyanyi remaja dikenali sebagai Alyssa akhirnya membuat keputusan mengundurkan diri daripada rancangan berkenaan.
Berita itu mengejutkan ramai peminat yang berharap agar gadis berusia 18 tahun ini mampu menyinar sebagai seorang bintang K-Pop. Meskipun punca penarikan diri Alyssa tidak didedahkan, namun ada dakwaan mengatakan dia membuat keputusan itu kerana ingin menyambung pengajiannya. Malah, ada juga mendakwa Alyssa membuat keputusan tersebut kerana kurang mendapat perhatian pihak produksi yang hanya memberikan screen time singkat semasa persembahannya secara berkumpulan. Menerusi laman media sosial X (Twitter), rata-rata peminat terkejut dengan keputusan itu kerana menganggap remaja tersebut berpotensi untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
"Sayangnya Alyssa dilayan dengan teruk. "Kesiannya Alyssa. "Ahli kumpulan pun tidak jaga dia sangat," kata mereka. Sebelum ini, Alyssa telah disenarai pendek sebagai salah seorang daripada 41 peserta yang berjaya memasuki program Universe Ticket. Universe Ticket ialah sebuah program pencarian bakat bertujuan memilih lapan ahli girl group baharu yang akan dipromosikan di bawah F&F Entertainment. Sumber: mStar |
Selepas membanggakan Malaysia kerana menjadi satu-satunya wakil tunggal bagi program Universe Ticket terbitan SBS, penyanyi remaja dikenali sebagai Alyssa akhirnya membuat keputusan mengundurkan diri daripada rancangan berkenaan.
missyL replied at 9-12-2023 05:16 AM
Klo mental xkuat xpyh lah
Sedangkn kaum dieorg sendiri pn ssh nk jadi idol
APatah lg kaum lain
hasniey replied at 9-12-2023 01:12 PM
Vanessa yg xpandai nyanyi dpt top 3 sbb ramai fans indo vote.alyssa xramai makaysian vote agaknya.sb ...
dua_chzy replied at 9-12-2023 01:42 PM
Betul. Lisa Blackpink tu pon kena bias oleh management sebab non Korean. Dulu la. Sekarang dah jad ...
ohsoyaya replied at 9-12-2023 08:18 AM
Skrg she plg mendonia. Celine je byr dia plg mahal. Bkn management je bias, org korea pun xsuka Li ...
ADVERTISEMENT