CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bienda Tak Pernah Berhenti Menyanyi, Nama Sendu Sebab Tak Ada Siapa Tawarkan Job

8-12-2023 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 32178| Komen: 17

Bienda gembira apabila diundang beraksi dalam Konsert Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity Live @ Istana Budaya pada 5 Januari depan. 

Katanya dia tidak pernah meninggalkan bidang nyanyian dan tawaran ini julung kalinya diterima selepas lama menyepi.


Foto: Harian Metro

"Saya memang rindu kerana dah lama tak menyanyi. Saya sebenarnya dah lama tak menyanyi dalam persembahan terbuka dan ini kira 'comeback' juga untuk saya dalam industri.

"Terima kasih kepada Dr Fitri Haris dan isterinya El yang menjemput saya untuk terbabit sama. Ia adalah sesuatu yang besar membabitkan ramai artis lain. Saya sangat gembira bercampur gemuruh dan berharap konsert ini dapat beri manfaat dan kebaikan untuk semua.

"Tambah lagi matlamat utamanya adalah untuk beri sokongan kepada penduduk Gaza Palestin," katanya kepada Harian Metro.



Bienda yang popular menerusi lagu Penantian berkata, ramai yang salah faham menganggap dia sudah bersara sedangkan dia sebenarnya menanti tawaran untuk menyanyi.

"Saya bermula dari menyanyi, kemudian berlakon dan seterusnya penyampai radio. Show itu ada tapi lebih kepada persembahan tertutup. Tawaran konsert itu yang tiada. Tak tahulah kenapa.



"Mungkin dulu saya bermula dengan nasyid. Semasa zaman nasyid, saya rapat dengan Rabbani dan Allahyarham Ustaz Asri banyak bawa saya buat show. Bila keluar dengan album solo, tawaran itu dah kurang.

"Mudah-mudahan rezeki saya dalam nyanyian akan kembali semula bermula dengan konsert ini," katanya yang kini aktif berniaga tudung dan jubah jenama Bienda Lavienda dan Papapau Bienda Gebu.


Mengulas berkenaan single terbaru, Bienda berkata, perkara ini juga dalam perancangan.

"Beberapa pihak termasuk senior saya, Waheeda Wassini ada tawarkan tapi saya sibuk dengan bisnes dan belum sempat lagi untuk uruskannya.


"Saya nak buat lagu tapi mestilah ke arah ketuhanan. Ia macam saya kembali kepada zaman saya bersama Solehah. Saya tak nak lagu-lagu cinta lagi.

"Baru-baru ini saya pergi umrah dan kebetulan terserempak dengan bekas anggota Solehah iaitu Datin Shahida. Kami merancang nak buat single nanti. Menariknya kita hanya terserempak apabila pergi umrah dan tak berjumpa di Malaysia," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-12-2023 06:33 PM
Muka sesuai jadi pompuan indon isteri pertama yg warak yg sentiasa bersabar dgn laki yg warak jua tapi terperangkap dgn cinta betina lain. Hidup penuh pancaroba air mata sentiasa mengalir sambil mengadu nasib "Ya Alloh, kenapa nasib saya diperlakukan begini ya Alloh. Berikan saya kekuatan ya Alloh agar saya bisa teruskan ujian mu ya Alloh" sambil camera zoom in zoom out. Tajuk drama utk bienda ni CINTA KEDUA YANG DIRESTUI
Quote sleepandream 8-12-2023 08:34 PM
bulan puasa.... bulan ramadan....
tu lagu theyols khennn...
rtm selalu tayang lagu tu bulan puasa dolu...
next playlist imad... ya rabb...
Quote DeLuna85 8-12-2023 10:41 PM
Dia ni dalam gambar tak la cantik. Tapi dalam video org lain nampak cantik.
Quote cempakaa 8-12-2023 10:43 PM
Kurex replied at 8-12-2023 06:33 PM
Muka sesuai jadi pompuan indon isteri pertama yg warak yg sentiasa bersabar dgn laki yg warak jua ta ...

Bersungguh ku baca
Quote Perawankota 8-12-2023 11:21 PM
Bini alip nmpk jauh lebih tua dari bienda.. rasa dulu2 masa dorg kecik nmpk sebaya je
Quote SalenaGomez 8-12-2023 11:27 PM
DeLuna85 replied at 8-12-2023 10:41 PM
Dia ni dalam gambar tak la cantik. Tapi dalam video org lain nampak cantik.

Pernah jumpa irl tahun lepas, mmg cantik
Quote DeLuna85 9-12-2023 01:07 AM
SalenaGomez replied at 8-12-2023 11:27 PM
Pernah jumpa irl tahun lepas, mmg cantik

Ya memang cantik kan.
Quote Rogue98 9-12-2023 01:23 AM
Dah berhijab eloklah tak payah nyanyi lagi. Insyallah ada rezeki lain yg lebih berkat.
Quote SalenaGomez 9-12-2023 07:55 AM
DeLuna85 replied at 9-12-2023 01:07 AM
Ya memang cantik kan.

Yup, sejenis yg x jemu mata memandang. Harap hubby nya jaga elok2 n diorg bahagia, xde cerai berai. Bienda ni pon nampak elok jaga aurat dan x kekok meniaga tepi jalan jual pau tu…ish tetiba SG mengidam nak makan pau nya tu.
Quote red_velvet 9-12-2023 08:29 AM
Cantik manis. Tapi suara tak sedap,  suara level2 mak dia je... So baik teruskan berniaga pau, mana tau one day ada kilang pau sendiri macam pau mira tu ....good luck.!!
Quote September14 9-12-2023 09:11 AM
Suara tu aurat elokla klu xde offer… jual pau pun ok
Quote I.K.A888990 9-12-2023 04:39 PM
elok fokus berniaga tu kak...tak payah la masuk nyanyi balik
nnt kut2 nak keluar lagu berduet dgn wassini ke tu nnt mesti meletopsssss kannnnn
Quote nw111 9-12-2023 08:30 PM
Dia ni cantik sangat..tapi kenapa sendu ekk?
Quote Perils 9-12-2023 10:34 PM
Muka mcm kidacrepehingaq la .....
Quote awenda507 11-12-2023 12:43 PM
dia ni cantik tp suara biasa2 je
Quote gideoncross 11-12-2023 11:39 PM
Kurex replied at 8-12-2023 06:33 PM
Muka sesuai jadi pompuan indon isteri pertama yg warak yg sentiasa bersabar dgn laki yg warak jua ta ...

Gelak besar oi
Quote gideoncross 11-12-2023 11:40 PM

Dh boleh bayangkan scene & music dramatic

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.132745 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top