CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"So What’s The Point?" - Diana Danielle Dedah Belum Daftar Pengesahan Rujuk Dengan Farid Kamil

7-12-2023 05:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 35025| Komen: 68

So, what’s the point (Apa keperluannya)? Perkara itu tidak penting sebab kami sudah secara rasmi rujuk.”


Itu respons pelakon Diana Danielle yang mengakui masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk dengan suaminya yang juga aktor, Farid Kamil di mahkamah sejak 31 Ogos lalu.



Menurut Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, perkara itu tidak akan mengubah apa-apa tentang hubungannya dengan suami yang sudah kembali berbaik.


“Kami sudah rujuk secara rasmi dan tukar di atas kertas pun tidak mengubah apa-apa pun.


“Bukannya kami tak mahu failkan di mahkamah tetapi itu semuanya untuk secara rasmi sahaja,” katanya.


Pelakon filem Imaginur itu juga menganggap pengesahan rujuk sebagai tidak penting dan belum bersedia untuk hadir ke mahkamah dalam tempoh terdekat.


“Nanti kalau sudah bersedia, kami akan lakukan. Lainlah kalau sebelum ini saya cakap tak pernah jadi (rujuk), maka akan berlaku konflik di situ.


“Semua orang pun sudah tahu kami telah rujuk malah secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa. Cuma secara undang-undang sahaja belum.


“Cuma sekarang ini, mahkamah lagi ke, sekejap ya,” katanya lagi.


Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Diana untuk kes perceraian sebelum ini, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu Farid dan Diana tetap perlu ke Mahkamah Syariah untuk mengesahkan proses rujuk semula itu.


“Kalau sudah rujuk, mereka tetap perlu ke mahkamah syariah untuk disahkan dan barulah sijil rujuk akan dikeluarkan.


“Jika tidak ke Mahkamah Syariah, pihak berkuasa tidak iktiraf rujuk pasangan itu,” jelasnya.


Sebelum ini, pasangan itu mengejutkan ramai pihak apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.



Sumber: HibGlam



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 7-12-2023 06:03 PM
Kalo belom sahkn rujuk dr segi undang² takut buat anak dekkk..
Jd xsah taraf budak tu.
Rujuk air liur xlaku sbb nk daftar kelahiran nk sijiil nikah.
Kamu ada sijil cerai aje.
Kalaunya subur menjadi laaa..
Kalau meols salah, tolongbetulkn
Quote Ayda89 7-12-2023 06:26 PM
Dia cerai ogos eh? Cerai hang daftarkan, rujuk pun kena la daftar didi. If terpregnant nanti takleh binbinti farid acaner
Quote hunters 7-12-2023 06:29 PM
Bila org xda otak jwb soalan...ko igt sj2 ke kena daftar rujuk...announce seluruh dunia pn x ubah apa2 bila ada masalah kedepan..status anak no3..status harta sepencarian...klau brgaduh lg bercerai kli 2 3 silap2 cari cina buta...
Quote Bergosip 7-12-2023 06:50 PM
benda yang pentung kena buat DD. pengesahan rujuk wajib dibuat

kalau termengandung, nak daftar anak kena tally dengan date pengesahan rujuk. kalau terpregnant bulan 12, pengesahan rujuk bulan 3. jangan merungut masa urusan nak daftar anak


lepastu, kot kot lah bergaduh balik. nak pergi makhamah syariah lagi. dalam rekod, bercerai. tak ke haru nanti. jangan nak salahkan sistem pulak

kalau pergi hotel, kena serbu dengan jais. mana nak buktikan hangpa suami isteri. sebab bila bercerai, kad  nikah kena gunting. means hangpa dah tak ada kad nikah


tak termasuk dokumen2 rasmi yang lain
Quote naina 7-12-2023 06:52 PM
Let say dia pregnant..lepastu baru daftar rujuk sebelum beranak. So anak tu sah tak dari segi undang2 negara?
Quote Bergosip 7-12-2023 07:01 PM
naina replied at 7-12-2023 06:52 PM
Let say dia pregnant..lepastu baru daftar rujuk sebelum beranak. So anak tu sah tak dari segi undang ...

tujuan buat pengesahan rujuk adalah untuk memastikan rujuk tu sah atau tak

ada sesetengah pasangan anggap bila dah buat s*x, maka dah rujuk. tidak

bukan cara tu. rujuk kena ada lafaz rujuk. suami kena lafaz/niat rujuk.
Quote heythere123 7-12-2023 07:40 PM
Orang tegur bukan sebab bitter noks tapi sebab beringat.
Quote zuriey 7-12-2023 07:58 PM
Makin bimbo ppuan ni
Nak tunjuk terpaling bahagia lps rujuk
Jgn time bulan puasa ko minta cerai lagi
Quote margo20 7-12-2023 09:07 PM
Sekufu la korang berdua yek
Quote doubleA 7-12-2023 09:24 PM
Pergi la mahkamah cepat sebelum masalah lain timbul. Kalau dah peguam yg pakar bidangnya pun nasihat camtu dengar lah. Bukan makcik pakcik potpet pun nak dont care much
Quote cm_vungtau 7-12-2023 09:29 PM
Masalahnya sebab ko pergi daftar cerai hari tu. So dalam dokumen mahkamah masih kira bercerai la kot.
Quote gorjeous 7-12-2023 10:07 PM
Ce pandai cikit ppuan!!
Quote missyL 7-12-2023 10:54 PM
Ssh sgt ke nk daftar rujuk
Pg kursus nikah x
Klo x daftar rujuk Pastu dpt ank
Nti ank tu x sah taraf.
Adoi
Quote makneng 7-12-2023 11:25 PM
Mujurlah muka boleh tahan. Harapkan otak mmg x boleh pakai. Ego pun ya jugek. Kosserlah
Quote alesandra 7-12-2023 11:47 PM
Ke ko rasa nanti nak bercerai lagi.alang2 kan?
Quote alesandra 7-12-2023 11:54 PM
Bergosip replied at 7-12-2023 06:50 PM
benda yang pentung kena buat DD. pengesahan rujuk wajib dibuat

kalau termengandung, nak daftar anak ...

Parents chemad, aurora xde surat nikah.ada surat cerai jah
Quote LadyCarefree 8-12-2023 01:41 AM
Kena serbu dgn Jais baru padan muka kena charge khalwat/zina.
Quote bukan_ustazah 8-12-2023 02:14 AM
Ada lawyer bayar memahal buat apa? Benda kejap je buat bukan susah.
Quote Lentera 8-12-2023 02:49 AM
Dah la bodoh, sombong!

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.050330 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top