CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malam Terakhir Bersama, Anak Tidur Dengan Jenazah Bapa

7-12-2023 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12156| Komen: 71

PETALING JAYA – Seorang pemuda berkongsi video tidur bersama bapanya buat kali terakhir.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok, Kayau Diva itu, dia dilihat menarik bantal dan berbaring berhadapan jenazah bapanya yang dilitupi kain.


“Hari terakhir tidur sama bapa. Selamat jalan pa, aku rindu,” katanya pada kapsyen video.




Orang ramai turut menzahirkan rasa sedih dengan hantarannya itu, malah ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika berdepan dengan kehilangan orang tersayang.

“Saya pun macam tu masa ayah meningggal. Lepas dah ulang-ulang baca Yasin lepas tu tidur dekat ayah, tengok perut ayah dan harap ayah bernafas semula,” kongsi Sailehadeb.


“Malam mak meninggal aku macam pengsan sedar, pengsan sedar sampai subuh. Pagi tu terdengar mak panggil suruh tolong kat dapur buat sarapan. Aku pergi, tapi mak tak ada,” ujar Mamidede2015.

“Pernah juga mengalami situasi sama, ayah meninggal. Walaupun mengantuk dan penat, saya cuba untuk tak tidur sebab tu malam terakhir dengan ayah,” komen Adda Rashid. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sufi^_^ 7-12-2023 04:36 PM
Omg manusia zaman ni mesti demi secebis content.

Memang biasalah kita tido dengan jenazah mak/ayah atau ahli keluarga kalau belum dapat dikebumikan sebab dah tengahmalam & besok pagi baru boleh kebumi.

Takkan nak biar jenazah terbaring sorang2.

In fact, tak tido pun sebenarnya, baring je. Ada ahli keluarga yang teruskan baca quran sampai pagi.

Tapi tidaklah kita buat content masuk socmed. Terlalu sedih nak bersocmed.
Quote tungkai 7-12-2023 04:37 PM
Sedihnya la haii...
Quote kelapaparut 7-12-2023 04:39 PM
demi content.. kmatian bpk sendiri pun nak amik ksempatan
Quote B40tastePosh 7-12-2023 11:27 PM
Sicko

Kata orang Sabak Bernam
Quote shida81 8-12-2023 12:39 AM
sufi^_^ replied at 7-12-2023 04:36 PM
Omg manusia zaman ni mesti demi secebis content.

Memang biasalah kita tido dengan jenazah mak/ayah  ...

Itulah dia.. Ms arwah mk ak meninggal pun ak tdo sblh dia.. X de ms la nk buat content bagai.. Baik ko bc yassin
Quote FlexyFox 8-12-2023 02:58 AM
Bilakah orang2 begini akan dapat berfikir mana yg sesuai dan mana yg tak sepatutnya dibuat content.
Quote ipes2 8-12-2023 05:27 AM
ramai sebenarnya org buat begini
kerana saying goodbye
sy sendiri pon tertidor di sebelah jenazah grand dad sy yg sy sgt rindu hingga kini
sayang sgt dia pada saya
dan saya pada dia
may Allah look upon you with loving views, the way I saw you looked at me
Quote damian_lee 8-12-2023 05:53 AM
Edited by damian_lee at 8-12-2023 02:20 AM

aku selalu ada sedikit prasangka dengan orang yang terpaling bila ada kematian

cthnya ramai je aku tengok orang2 yang paling meratap la … terpaling rindu la …. bila mal ayah meninggal
tapi time mak ayah ada dia la terpaling menyakitkan hati

itulah silapnya kita
time dah meninggal what for nak tidur bersama
time hidup nak peluk pun xhengen konon katanya geli … jiwa tough … tough love gituuu
time hiduplah ko pelok bagai

bila dah mati menjela jela status
bila nampak dapat like ok sikit
canang cite sedih demi secebis like
Quote mehmet 8-12-2023 09:15 AM
Ku tertarik rumah kerusi teratur susun lantai bersih.
Quote mehmet 8-12-2023 09:17 AM
Dan, anak beranak pun elok sebelahan Jenazah.

Rasa mamat itu shj buat content. Yg berbaring itu kepenatan tak ada pun nak elok2 kan kain ke apa. Ketiduran. Yg seorg lagi leka main hp.
Quote Dwdrum 8-12-2023 09:17 AM
Issue begini memang tidak boleh buat secara privacy yea
Quote cmf_premierleag 8-12-2023 09:20 AM
Mmg zmn skang news yg masuk dlm CI ni news level2 bodohhhh je ke? Jauh beza forum ni dgn 10 thn lps.
Quote cmf_premierleag 8-12-2023 09:22 AM
damian_lee replied at 8-12-2023 05:53 AM
aku selalu ada sedikit prasangka dengan orang yang terpaling bila ada kematian

cthnya ramai je aku  ...


True..ms org tu hidup, dia la yg terpaling menyusahkan parents
Lps org dh mati, dibuatnya si mati jd content
Org mcm ni elok disimbah dgn covid, influenza, monkey pox dan hepatitis A B skali harung
Quote KamikuP 8-12-2023 10:23 AM
DEMI konten danbatak like..
Normal je tido ngan jenazah, yg tak normal jenazah tu tinggal sorang2 mcm filem Prebet Lapok tetiba je mayat tu bangun cekik Badul.. ekekeke
Quote elzy 8-12-2023 10:39 AM
Saya pun peluk arwah my dad, sepanjang malam di sisi jenazah, kadang-kadang terlelap lepas baca surah Yassin berulang kali tapi takde laa hamak sangat nak record apatah lagi up kat social media bagai.. Cuma masa tu rasa tak nak lepaskan moment terakhir bersama jasad arwah..
Quote elnor_81 8-12-2023 10:55 AM
damian_lee replied at 8-12-2023 05:53 AM
aku selalu ada sedikit prasangka dengan orang yang terpaling bila ada kematian

cthnya ramai je aku  ...

Teringat pd sorg ni..mse mak ad...jarang baliknya. Smpi mse maknya tenat, pun x balik. Smpi2...dia la.meraung2 kesedihan..meratap...tup2 dpt reta...balik kg jenguk adik beradik lain pun.....tarakkkkkk...pdhal kg tu x smpi sejam dr umahnya
Quote chocobozhere 8-12-2023 11:48 AM
Zaman sekarang sume menda nak di tiktok kan.. Dah jadi tren ahli keluarga ke kawan ke jiran ke kawan opis, kawan sekolah lama mati berduyun duyun org buat tiktok, tunggang kematian org. Aku dulu abah meninggal hp pun aku campak tepi tapi sampai sekarang aku masih ingat lagi momen pertama aku masuk rumah tengok jenazah abah, mcm mana suasana hari tu, kaler van jenazah abah pun aku ingat sampai skrg wpun tak rekod sekeping gambar dan sesaat bideo pun.. Tah lah.. Zaman skrg bersiap sedia je lah sok sok kita mati, heboh lah kt fyp tiktok nanti org tonggang kematian kita
Quote piro77 8-12-2023 11:58 AM
Entahla, manusia mungkin tak sama kot cara bersedih. Sebab i atok yg i sgt2 rapat meninggal dh tak tahu mana hp masa tu, rasa mcm gelap tak tentu arah. Ambil masa sampai lepas kebumi pun masih rasa mcm mana entah. Masa tu baru i rasa makan mmg tak lalu, mandi rasanya itu seharian i tak mandi atau mandi yg pg tu je sbb atok meninggal jam 10 pg. Org cakap lepas g kubur mandi, i bolayan je sbb mmg rasa takde mood nk buat apa2. Balik tu smbhyang, ngaji sikit n terus tgk koleksi2 bukunya, baca diarinya sampaila tidur je kat situ. Ni kali pertama i hadap family terdekat meninggal, dan ni kali pertama i pegi kubur dlm hidup...
Quote talapia 8-12-2023 12:01 PM
agaknya ni pesen dak2 zaman sekarang grieving kot.
aku dulu arwah mak meninggal.. sama la jugak.. keliling arwah baca yasin.. penat.. tido kejap sebelah arwah.. memang kalau bole aku taknak subuh tu menjelang.. sebab tau kena uruskan jenazah.. kena tanam bila dah siang.
tapi takde pulak terfikir nak amik video ke.. apa lagi nk upload ke medsos.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.048408 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top