CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Letak Nama Allah Di Kad Jemputan Kahwin

7-12-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8130| Komen: 21

PETALING JAYA – Kad jemputan perkahwinan biasanya dimulai dengan ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’.

Namun, perkara ini menimbulkan rasa kurang senang pendakwah bebas, Datuk Syeikh Faisol Omar apabila kalimah Allah jelas tertera di atas kad tersebut.




“Pada saya, memanglah tujuan pengirim kad itu bagus kerana memberi mukadimah dengan memberi salam dan sebagainya.

“Tetapi, kita kena ingat bahawa orang yang menerima kad jemputan ini tidak akan menyimpan sebaliknya ia akan dibuang.

“Tak pasal-pasal kita buat dosa kering dengan buang kad yang tertera nama Allah di atasnya. Oleh itu, saya menasihatkan pengantin yang lain untuk tidak meletakkan kalimah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’,” jelasnya.


Hantaran tersebut telah dikongsi oleh @kedai_ibu_dan_anak di laman TikTok dan perkara ini turut disokong oleh pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

“Cara menghapuskan kad kahwin yang mempunyai kalimah Allah sebegitu adalah dengan menghapuskan kalimah tersebut dengan cara membakar sekalipun,” katanya.

Tambahnya, menulis kalimah tersebut di dalam rumi juga sudah memadai. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejaka_hensem 7-12-2023 04:12 PM
Lepas ni kena tulis salam sejahtera,hi la kan
Quote zuuu 7-12-2023 07:01 PM
Buat secara x formal gitu kang dapat kat makcik2 bawang mahu digosip pulak ehh ko tengok x kad kawin si anak xxx tu,x islamik langsung,bla bla bla bagai
Quote Weller 7-12-2023 07:11 PM
ada pikir juga tp menongkah arus ni mengundang umpatan.
Quote kitaserupaaa 7-12-2023 07:34 PM
Betul tu. Aku masih lagi simpan kad2 kawen yg diterima sbb tak leh buang. Kalau nak bakar kene cari open area. Sekarang ramai jemput online or wasap je
Quote Samerosie 7-12-2023 08:16 PM
Kad kahwin iols mmg tak de apa2 kalimah.  Buat pesen zaman 70an 80an yg sekeping tu, tapi depan jemputan in malay belakang in english.  Tak de bau perfume2 kaler2 bagai, just thick paper printed in gold.
Quote sharlenetexas 7-12-2023 08:32 PM
jejaka_hensem replied at 7-12-2023 04:12 PM
Lepas ni kena tulis salam sejahtera,hi la kan

Hello everyone. Jemputlah datang kenduri nnt.

Quote nw111 7-12-2023 08:39 PM
Samerosie replied at 7-12-2023 08:16 PM
Kad kahwin iols mmg tak de apa2 kalimah.  Buat pesen zaman 70an 80an yg sekeping tu, tapi depan jemp ...

Dulu2 dekat kad kawin, atas tu mesti tulis ya qadzial hajat...agaknya tuan rmh pun tak tau apa makna...main ikut je..dah semua orang tulis gitu..
Quote batmana 7-12-2023 09:25 PM
skrg tak sempat buat kad,
buat file pdf/qr code maps, send dlm wasap aja

Quote Samerosie 7-12-2023 09:29 PM
nw111 replied at 7-12-2023 08:39 PM
Dulu2 dekat kad kawin, atas tu mesti tulis ya qadzial hajat...agaknya tuan rmh pun tak tau apa mak ...

Ha chuols tapi iols guna walimatul urus gitu untuk belah melayu, belakang omputih pak and mak request the honor of your presence ha gitu iols ckp bahasa taylor swift..
Quote Samerosie 7-12-2023 09:30 PM
batmana replied at 7-12-2023 09:25 PM
skrg tak sempat buat kad,
buat file pdf/qr code maps, send dlm wasap aja

Arwah bapak mak old skool gemerasi boomers manaleh wa wa gitu nanto sedara mara takmo datang ..kena fizikal kad chuols hantar by hand.
Quote B40tastePosh 7-12-2023 09:37 PM
Kena guna style Yahudi...type camni G-D atau L-RD
Quote grouper 7-12-2023 09:40 PM
Walaupun dah tua jangan segan cari ilmu akhirat...klau malas p masjid dengar kuliah agama men TikTok n YouTube byk ilmu2 agama blh dapat..
Quote damian_lee 7-12-2023 09:55 PM
betul
zaman dulu kan selalu selit bismillah dengan beberapa ayat dekat kad

zaman sekarang simple je
pastu map tu bagi qr waze je
and kalau digital xkisah la nak letak apa pun

rindu pula zaman2 dulu time satu trend orang bagi kad kawin bermacam jenis

ada yang mcm ticket kapal terbang … bil letrik …. passport dan mcm mcm lagu
Quote sayurmayur88 8-12-2023 07:55 AM
pasni letak
"salam" jer
simple..
Quote naina 8-12-2023 08:08 AM
Buat ayat salam tu rumi je..
Semua taip rumi
Tapi ada kad kawin tu siap DOA untuk bakal pengantin lagi weh..
Quote jejaka_hensem 8-12-2023 08:57 AM
sharlenetexas replied at 7-12-2023 08:32 PM
Hello everyone. Jemputlah datang kenduri nnt.

Bawah tu tulis nama pengantin dgn alamat.setel
Quote TomyamPuteh 8-12-2023 03:51 PM
Style org dolu2 terpaling bagus. Jemput pakai mulut.
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:40 PM

Quote zonan4 9-9-2024 07:51 PM
tua nye korang zaman skrg semua online la jadah la pakai card

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.185644 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top