Ibu bapa kepada kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin reda namun masih sukar menerima hakikat anaknya sudah meninggal dunia. Menurut Ismanira Abdul Manaf, 28, dia tidak menyangka terpaksa berdepan pengakhiran yang menyedihkan.
"Sampai sekarang pun rasa Zayn masih ada, saya tak sangka berakhir macam ni, itu sahaja, saya tak nak komen lagi... emosi saya tak stabil," katanya ketika ditemui media. Kata Ismanira, dia berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan lebih lanjut meskipun anaknya sudah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. "Saya tak nak bagi komen apa buat masa sekarang ini. Saya serahkan kepada pihak polis untuk jalankan langkah (tindakan) seterusnya dan buat siasatan. "Saya minta pihak polis menyiasat dengan lebih lanjut lagi. Nak kata yang Zayn sudah tiada tu memang dia dah tiada. Tapi saya susah nak terima. Saya tak boleh tidur malam tadi,” katanya lagi.
Jenazah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor pada Khamis. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT