Datin Patimah Ismail tidak pernah berhenti mendoakan menantunya, Puteri Sarah Liyana meskipun sudah enam bulan disahkan bercerai dengan Syamsul Yusof. Dia sentiasa berharap Puteri Sarah, 38, mendapat kebahagiaan yang diingini satu hari nanti.
“Semoga kebahagiaan milikmu,” katanya dalam satu hantaran Instagram yang turut memuat naik foto Puteri Sarah. Dalam ruangan komen pula, netizen terus memuji sikap Patimah yang tidak pernah menganggap Puteri Sarah sebagai ‘orang luar’ walaupun sudah berpisah dengan anaknya. “Terbaik Datin, terus berikan contoh terbaik kepada orang di luar sana untuk menjadi inspirasi ibu bapa terbaik kepada anak dan menantu. “Beruntung Puteri Sarah dapat mentua begini, tidak terlepas walau sekali nama disebut dalam doa,” komen netizen. Sebelum ini, Patimah dan Yusof dipuji ramai sehingga dilabel sebagai mentua dari syurga kerana tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada Puteri Sarah sepanjang konflik rumah tangganya yang berlarutan sejak awal tahun.
Terdahulu, rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir semalam apabila pasangan sensasi terbabit sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. Sementara, Syamsul pula sebelum ini membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kaza sekitar Januari lalu di Thailand. Kini, nama Puteri Sarah rancak digosipkan dengan aktor Indonesia, Andi Arsyil Rahman selepas kerap dilihat bersama bagi urusan bisnes. – CARI Sumber: Kosmo
|
Burong_Hantuk replied at 7-12-2023 12:34 PM
sudah2 la nenek !!!!
ADVERTISEMENT