CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kim Jong-Un Sampai Menangis Rayu Kaum Wanita Lahirkan Anak

7-12-2023 12:56 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 19640| Komen: 47

Pyongyang: Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un menangis ketika menyeru golongan wanita negara itu agar melahirkan lebih ramai anak bagi menghentikan trend penurunan kadar kelahiran sekali gus mengukuhkan kuasa rejim tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.


Dalam rayuannya yang penuh emosi, pemimpin itu dilihat mengelap air matanya menggunakan sapu tangan sambil berucap kepada ribuan wanita yang berkumpul pada Mesyuarat Ibu-Ibu peringkat kebangsaan di Pyongyang Ahad lalu.


“Mencegah penurunan kadar kelahiran dan penjagaan anak yang baik adalah tugas pengurusan rumah tangga yang kita perlu tangani semasa bekerja dengan kaum ibu,” kata Jong-un pada majlis itu.

Beliau juga menggesa kaum ibu untuk menerapkan nilai-nilai parti komunis negara itu kepada anak-anak mereka.

Ramai dalam kalangan penonton yang terdiri daripada wanita berpakaian tradisional turut menangis secara terbuka bersama pemimpin mereka itu.


Perhimpunan tersebut diadakan buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun dan ia berlangsung ketika kadar kelahiran Korea Utara semakin rendah. Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pegawai-pegawai tinggi negara tersebut.

Data banci rasmi terakhir Korea Utara yang dikeluarkan pada 2008 menunjukkan penduduknya berjumlah 24 juta orang, manakala anggaran terkini mencadangkan populasi negara itu sebanyak 25.7 juta orang.

Namun, penilaian yang dibuat oleh Korea Selatan menunjukkan bahawa kadar kesuburan negara jirannya itu telah menurun secara berterusan sejak 10 tahun lalu. 


Sumber: Kosmo! Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 7-12-2023 12:58 AM
Eh dia ada perasaan juga rupanya
Quote B40tastePosh 7-12-2023 01:07 AM
Menangis pada bugh3t bugh3t.

Perempuan2 itu pun menangis pada bugh3t masing masing.

Macam hanat je mesyuarat tu.
Quote B40tastePosh 7-12-2023 01:09 AM
Nak masuk tido la, mata mengantuk meols keluar ayat2 pelik
Quote Minyakyuyi 7-12-2023 01:20 AM
Gila x nangis bersama beliau...klu x nangis kang zasssss ilang trus dari bumi...hahaha
Quote ejans 7-12-2023 01:51 AM
Masa dia kecam israel tu tiba2 aku rasa eh hada hati perott juga dia nih
Quote ipes2 7-12-2023 01:58 AM
PRC sedang mengalami masaalah sekaranmg kerana skilled workers mereka dan golongan terpelajar mereka tidak ada pengganti di masa depan ie 15-20thn akan dtg kerana dasar 1 anak. Anak adalah rezeki utk family, bangsa, negera dan ummah sebenarnya
Quote anakkerengga 7-12-2023 04:48 AM
Amik rohingya ni jd rkyt… kalau rohingya beranak 10 pun takde mslh.. mng kilang buat anak
Quote batmana 7-12-2023 05:29 AM
Malaysia pun ke arah tu..b40 ramai anak Kene kecam..t20 anak sikit plak..lama2 pupus rakyat Malaysia..gantilah dgn Rohingya Bangla Indon bagai
Quote dua_chzy 7-12-2023 05:47 AM
Keluar crocodile tears terus korang kata Jongun ada hati perut ka.

Korang lupa ka amnesia apa sebab pompuan2 NK tak mau beranak? Apa nasib anak2 yang lahir kat NK? Kalau korang dok kat NK korang tergamak ka beranak macam lipas?
Quote sukacactus 7-12-2023 06:37 AM
Sapa nak beranak kat sana
Makan pun tak cukup
Quote shernazz 7-12-2023 06:55 AM
Hurm.. hospital Kau tak best
Pastu kebuluran..
Malas la mak.mak.nak beranak lagi
Kau jelah buat Anak ramai ramai
Quote mejaputih 7-12-2023 06:56 AM
Nak beranak pun ketakutan...
Quote bintangct 7-12-2023 06:59 AM
mcm mana nk buat anak.. manusia yg ada pun dia sesuka hati bunuh
Quote Thunderclouds 7-12-2023 07:04 AM
Korang purcaya kaaaa...
Aku pitnah tu air mata pelesu.
Kt Internet sana ada juai tear stick.
Kt shopee pom ada.
Actors pon guna utk scenes air mata bjurai² jatuh ke pipi.
Xkan masing² dh ilang ingatan ngn rejim jong un kot.
Quote Buritan 7-12-2023 07:32 AM
ipes2: PRC sedang mengalami masaalah  ...


Amik je rohingyaa... Settlee.. beranak mcm tikus lipas.. ape daa nangis
Quote Buritan 7-12-2023 07:34 AM
dua_chzy replied at 7-12-2023 05:47 AM
Keluar crocodile tears terus korang kata Jongun ada hati perut ka.

Korang lupa ka amnesia apa sebab ...

Kalo aku dlm mesyorat tuu aku suh import rohingyaa.. settlee
Quote pokokmeranti 7-12-2023 07:48 AM
ye lah kan, mak atau ayah buat silap, sampai anak2 dan cucu pun kau humban dalam penjara. mestilah mak pak sana takut anak2 jadi mangsa. kau dah la klu bunuh org secara kejam.
Quote krustykrab 7-12-2023 07:59 AM
Dah la tak bebas nk buat aktiviti sb tu la kot rakyat dia tak mau beranak. Kesian kt keturunan hidup mcm dlm penjara.
Quote primarikey 7-12-2023 08:00 AM
Menangis konon
Tu la slh satu cara dia nk psiko rakyat dia

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.080281 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top