CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

F*cking F*ggot! Tulis Kata Tak Sopan Punca Kaka Azraff Digugurkan

6-12-2023 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27403| Komen: 5

Warner Music Malaysia mengesahkan penyanyi Kaka Azraff bukan lagi artis naungan syarikat rakaman tersebut susulan tindakan penyanyi itu menggunakan perkataan tidak sopan dalam mesej yang dihantar kepada pelakon Australia pro-Israel iaitu Nithaniel Buzolic beberapa minggu lalu.


“Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian," katanya dalam satu kenyataan media kepada mStar pada Rabu.

Foto: IG

Kenyataan itu turut menyebut walaupun syarikat berkenaan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara namun jika terdapat artis yang bertindak sedemikian hukuman yang sama bakal diambil.

"Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama kami akan turut membuat keputusan yang sama," ujarnya.





Sebelum ini, nama Kaka menjadi bualan hangat selepas dia disenaraikan oleh sebuah laman sosial, Jew Hate Database sebagai artis pro Palestin.

Perkara itu bermula susulan tindakan berani Kaka meninggalkan komen mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic beberapa minggu lalu.

Laman sosial berkenaan juga menjalankan kempen menjatuhkan Kaka dan memperkenalkannya sebagai penyanyi yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia.

Susulan itu, syarikat rakaman berkenaan menerima kecaman selepas tular berita mendakwa kononnya kontrak penyanyi Kaka Azraff ditamatkan berkuat kuasa mulai 31 Disember ini.

Dalam temu bual bersama mStar pada Jumaat lalu, Kaka memilih untuk tidak mengulas tentang isu penamatan kontrak tersebut dan mohon diberi masa sebelum membuat sebarang kenyataan.

Sementara pada 13 Oktober lalu, syarikat Warner Music Group memuat naik hantaran Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel selain turut melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 7-12-2023 11:30 AM
lorr dh kenapa nk fucking bagai
mmg mendapat la
Quote nia_salina 7-12-2023 11:50 AM
aiyo ptt lah. the word G*y is better than fag ye coz tu u ibarat cursing org2 G*y ni. u could say f**k israel better dari u carut f** fag
Quote Minami2013 7-12-2023 11:54 AM
dm je kot.. bkn nye letak status public. Warner Music takut ler tu nk bgtau global policy pro israhell laknatullah.
Quote bedahmenjuyah 7-12-2023 12:04 PM
Bukan ke dlm movie hollywood lagu2 semua biasa je melucah mencarut. Mcm bahasa resmi kan. Apsal yg ni trigger sgt?
Quote Burong_Hantuk 7-12-2023 12:36 PM
israel laknatullah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035007 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top