Syura Badron meluahkan rasa syukur apabila saman fitnah difailkan Siti Nordiana terhadap dia dan empat lagi rakannya berakhir dengan mereka bermaaf-maafan pada Selasa. Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata, penyelesaian secara baik di antara semua pihak adalah perkara diinginkan sebelum kes tersebut diteruskan ke peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, ini yang kita harap daripada awal lagi... Sebelum kes ini berjalan sebenarnya. Apa yang kita inginkan dapat dicapai hari ini. "Kalau ikutkan memang tidak mahu teruskan perbicaraan sejak daripada awal tetapi apabila ada perkara yang perlu kita ikut, sampai ke sini (perbicaraan). "Tidak sangka hari ini kita dapat penyelesaian," katanya kepada mStar. Pada prosiding itu, Siti Nordiana, 39, membuat permohonan maaf kepada lima defendan dalam kes saman berkenaan selain menyatakan dia memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.
Lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad kemudiannya membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan. Dalam pada itu, penyanyi Lan Solo memberitahu sejak awal dia sudah bersedia berdepan dengan tempoh panjang perbicaraan kes tersebut. Bagaimanapun dia bersyukur apabila semua pihak memilih jalan pendamaian bagi menyelesaikan isu di antara mereka. "Sebenarnya kami pun dalam keadaan bersedia untuk dipanggil beri keterangan pada bila-bila masa dan Alhamdulillah penyelesaian dapat dilakukan hari ini," ujarnya. Sementara itu, peguam Siti Nordiana iaitu Ahmad Syaifulbakri Mohamed memberitahu disebabkan kes sudah berlarutan terlalu lama membuatkan penyanyi terbabit bersetuju menyelesaikan kes saman itu dengan baik. Ahmad Syaifulbakri memberitahu perbicaraan yang berlangsung ketika program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) membuatkan fokus Siti Nordiana terganggu. "Sebenarnya ia sudah berlarutan lama iaitu sejak 2021. Jadi kita fikir untuk move on dan cari satu penyelesaian dengan pihak defendan dan hasilnya dapat kita lihat hari ini. "Memang kita akui, kes yang sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen dan dibawa ke Mahkamah Tinggi menyebabkan kelewatan. Ia melibatkan kos dan Siti Nordiana sendiri berasa penat. "Siti Nordiana pun sibuk dengan persiapan ASGV yang diadakan ketika perbicaraan sedang berlangsung... Jadi dia berasa penat," ujarnya. Siti Nordiana bersama dua peguamnya Abang Azlan Abang Ariffin (kiri) dan Ahmad Syaifulbakri (kanan). Siti Nordiana bersama dua peguamnya Abang Azlan Abang Ariffin (kiri) dan Ahmad Syaifulbakri (kanan). Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021. Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 38, isterinya Nur Sheila dan Syura, 37, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga. Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 45, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 44. Siti Nordiana ketika ditemui media selepas kes saman fitnah selesai. Siti Nordiana mahu beri fokus kepada pertandingan akhir ASVG selepas kes mahkamah selesai. Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan. Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah. Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021. Sumber: mStar
|
Nozot replied at 5-12-2023 04:56 PM
Last - last nampak nana yang jahat..takpe nana..mengalah tak bererti kalah. Tak luak pun diorg tak a ...
MatDeghem replied at 5-12-2023 05:17 PM
Memang lah kau takmo teruskan...kau defendant. Kau yg kena saman. Bodoh. Dah lah bodoh, jahat.
solarlunar replied at 5-12-2023 05:21 PM
MTE Bang Mat. Die mmglah taknak teruskan sbb die pesalah.
Lain lah kalu Nana yang taknak teruskan ...
September14 replied at 5-12-2023 05:14 PM
Iols nampak nana yg baik tp iols x minat nana sbb suara lembik
beni_nikaido replied at 5-12-2023 04:54 PM
aih.....Beni pulak yg frust sbb nana tak jadi saman hahaha
ADVERTISEMENT