CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelik Air Tin Ada Banyak Ketulan, Rupanya Lalat! Lelaki Disahkan Keracunan, Nak Bawa Kes Ke Mahkamah

5-12-2023 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4668| Komen: 11

Seorang individu mendapati terdapat beberapa ekor lalat di dalam minuman tin yang dibeli di mesin layan diri (vending machine).

Dia hanya menyedari kehadiran bendasing itu selepas meneguk kira-kira satu perempat minuman tin tersebut kerana berasa terdapat ketulan di dalam mulutnya.



Foto: mStar

"Beranggapan ini perkara normal kerana air yang tidak digoncang, saya teruskan minum. Namun rasanya makin tidak menyenangkan.

"Saya cuba cungkil ketulan itu. Saya terjumpa seketul bendasing disyaki lalat. Lantas saya terus muntah, dan banyak lagi bendasing itu bersama," kongsinya di media sosial.

Terkejut dengan penemuan serangga di dalam minuman bertin dan bimbang perkara tersebut memberi kesan kepada kesihatannya, lelaki berkenaan segera membuat pemeriksaan di klinik.

"Saya terus ke klinik berdekatan dan doktor refer ke hospital bagi medical check-up sepenuhnya.

"Hasil medical check-up, confirm food poison,diarrhea dan blood cell within range. Closely monitor. Doctor telah utarakan issue ini ke pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujarnya.

 
Sementara itu, saki baki air minuman yang masih mengandungi lalat disimpan sebagai bukti untuk tindakan selanjutnya.

Dia turut memuat naik dua keping gambar minumannya yang mengandungi 'bendasing' yang disyaki lalat, bersama perkongsian yang dibuat.

"Lokasi saya minum mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) sekiranya dispute (mengundang pertikaian).

"Saya masih mencari food test lab di sekitar Kuala Lumpur untuk laporan lengkap. Saya juga sedang mencari peguam yang sudi bersama dalam kes ini," kongsinya di dalam laman grup Facebook Tanya Peguam, bagi meminta pandangan daripada warga maya.

Menjengah ruangan komen, warga maya memberikan reaksi bercampur namun rata-ratanya menasihatkan supaya lelaki berkenaan mengambil tindakan undang-undang agar perkara sedemikian dapat dijadikan pengajaran buat pihak yang terlibat.

"Macam kes Donoghue v Stevenson (1932). Tort negligence. Dalam beer ada decompose snail. Boleh baca kes ni.

"Perh, lepas ni nak minum air di vending machine wajib tuang dalam cawanlah.

"Vending machine yang guna cup tu pun kena beware sebab kadang serangga suka kat dispenser minuman tu. Dah kena dulu, nasib baiklah dalam cup tu boleh nampak.

"Kilang patut dipersalahkan. Pernah dua kali beli sirap kordial. Dua-dua terasa cockroches. Lepas tu boikot, malas nak beli kordial dari jenama tu," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 5-12-2023 10:50 AM
Jenama apa tu...ready yo boikot nih
Quote n3ar 5-12-2023 12:02 PM
macam mailo jer tu
Quote batmana 5-12-2023 01:39 PM
cctv tu kna la dptkn video tu cepat2, valid storage cume seminggu gtu
xdenya smpai berminggu simpan
Quote brego 5-12-2023 02:05 PM
macam mana air tin boleh masuk lalat
Quote doubleA 5-12-2023 03:38 PM
Geli tekak mat
Quote noor2 5-12-2023 04:28 PM
Kat Malaysia rupanya..
Quote B40tastePosh 6-12-2023 12:03 AM
Sial nya, nasib baik selalu minum teh O ikat tepi
Quote mawarika 6-12-2023 12:06 AM
Eeeeeee….
Quote imransulaiman 6-12-2023 04:55 AM
Nampak di situ kegigihan mengumpul bukti. Mesti dia mengharapkan pampasan yang jutaan

Tak sabar nak tahu the verdict!
Quote ⠀⠀⠀ 7-9-2024 12:10 AM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 08:42 PM

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.030089 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top