CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gagal Potong Kenderaan Di Depan- Pelajar Unisel Maut, Kepala Digilis Jengkaut

5-12-2023 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5194| Komen: 14

KUALA SELANGOR – Tragis, seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) maut apabila kepalanya digilis jengkaut di Jalan Bukit Badong, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya.

Kemalangan kira-kira pukul 10 pagi semalam itu menimpa Arif Danial Samsudin, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menuntut di kampus Bestari Jaya itu cuba memotong kenderaan di hadapannya.


Foto: Kosmo

“Penunggang motosikal yang berada di tengah itu bagaimanapun dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh.

“Kepala mangsa kemudian digilis tayar belakang jengkaut yang berada di jalan tersebut,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Tambah beliau, kemalangan itu mengakibatkan mangsa parah di kepala dan meninggal duni di tempat kejadian.

“Mayat pemuda itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat manakala pemandu jengkaut berusia 39 tahun tidak cedera.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 5-12-2023 10:12 AM
Takziah.

Pagi ni baru saja jumpa orang-orang motor langgar lampu isyarat hampir berlanggar dengan kereta. Laju-laju nak pegi mana?
Quote Thunderclouds 5-12-2023 10:16 AM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Allahuakbar
Takziah.
Quote B40tastePosh 5-12-2023 12:59 PM
Tak ikut undang2 jalanraya.

Maut
Quote Zazama 6-12-2023 09:28 AM
Alahai anak. Dah sampai ajalmu... Mudah2an dosa2 arwah diampunkanNYA. Amin..
Quote diss69 7-12-2023 07:14 AM
Allahu sedihnya.. Moga arwah ditempatkan bersama org² yg beriman...
Quote shernazz 7-12-2023 07:21 AM
esbok replied at 5-12-2023 10:12 AM
Takziah.

Pagi ni baru saja jumpa orang-orang motor langgar lampu isyarat hampir berlanggar dengan  ...

Nak pergi Mati la tu...
Quote adawiyah_hakim 7-12-2023 08:24 AM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ... takziah utk keluarga arwah
Quote Honey_Inara 7-12-2023 10:29 AM
Hati² la semua..  waktu dijalan raya ni buang mindset nak buktikan power. Tiap kali nak memotong tapi rasa ragu², ingat kemas²  slogan BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.
Quote supernaturalee 7-12-2023 11:36 AM


Quote supernaturalee 7-12-2023 11:37 AM
Honey_Inara replied at 7-12-2023 10:29 AM
Hati² la semua..  waktu dijalan raya ni buang mindset nak buktikan power. Tiap kali nak memotong ta ...

true true



Quote zuuu 7-12-2023 07:18 PM
Salam takziah pada keluarga...mahu hancur hati mak bapak arwah tengok jenazah anak
Quote anony-mous 7-12-2023 07:21 PM
I tuduh keadaan jln raya yg mcm celaka tu. jln dkt sini teruk gila. Klau mlm lg horror
Quote ⠀⠀⠀ 7-9-2024 12:10 AM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 08:43 PM

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.030253 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top