PETALING JAYA – Seorang tentera rejim Zionis Israel tergamak mencuri karpet yang dipercayai diambil dari rumah penduduk di Gaza. Video tersebut dimuat naik seorang wartawan Palestin, Ali Nasr Obaidaat menerusi Instagramnya.
Dalam video itu kelihatan tentera rejim Zionis Israel dikenali sebagai Eitan berjalan sambil ketawa bersama rakannya, manakala tangannya turut memegang sebuah karpet. “Karpet mewah,” kata Eitan kepada seorang lelaki ketika ditanya mengenai barangan yang dibawa pulang dari Gaza. Tindakan tersebut mengundang kemarahan orang ramai selain menyifatkan sikap rejim Zionis Israel yang sememangnya suka mencuri dan mengambil hak orang lain.
|
ADVERTISEMENT