CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mata Buta, Kepala Bocor, Tangan Patah,- Wanita Lunyai Dibelasah Sampai Tak Boleh Susukan Bayi Usia 8 Bulan

4-12-2023 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11500| Komen: 22

Dibelasah teruk oleh suaminya selepas bergaduh, punca seorang wanita buta kedua-dua belah mata.

Memetik laporan Kompas.com, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di rumah pasangan itu di Bangka Barat, Indonesia pada 26 November lalu.


Mangsa yang dikenali sebagai Nurlela bertikam lidah dengan suaminya, Supri sebelum lelaki itu bertindak memukulnya.


Foto: via OhBulan

Tindakan lelaki itu telah menyebabkan mangsa hilang penglihatan dan lebih parah lagi dia tidak dapat meminta pertolongan kerana mulut serta tangannya turut dicederakan.

Insiden tersebut disedari oleh anak mangsa berusia 13 tahun yang bertindak meminta pertolongan daripada penduduk setempat.

Menurut adik iparnya, Supri disifatkan sebagai seorang yang sensitif, pemarah, kuat cemburu malah pernah mengugut untuk membunuh isterinya.

Sementara itu, polis mengesahkan telah menerima laporan daripada keluarga mangsa berhubung kes keganasan rumah tangga tersebut.


"Mangsa mengalami kecederaan di muka iaitu di mata yang luka dipercayai terkena objek tajam, bibir terkoyak, gigi dan tangan mangsa juga patah. Kecederaan tersebut didakwa akibat dipukul suami mangsa dan bahagian kepalanya juga bocor."

Susulan itu, Nurlela kini terpaksa menjalani rawatan intensif di Hospital Bhakti Timah, Bandaraya Pangkapinang.

Ekoran kecederaan yang dialami mangsa, dia tidak dapat menyusukan anaknya yang berusia lapan bulan.

Dalam pada itu, keluarga mangsa juga berharap agar pihak polis dapat menangkap Supri dengan segera walaupun motif tindakannya masih belum diketahui. -CARI

Sumber: Kompas.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 4-12-2023 04:47 PM
mentalnya jantan tersebut. ya Allah, moga wanita ini diberikan kekuatan
Quote amyza 4-12-2023 08:14 PM
Jahat betul laki tu. Dia nak seksa bini nye. nasib baik panjang umur si bini dgn kecederaan serius. kesian
Quote CikNano 4-12-2023 08:39 PM
Ni ada la jantan xguna cakap kalau bini melawan patut la kena pukul [em:6:][em:6:]
Quote adeqbun 4-12-2023 08:57 PM
Kang stakat masuk jail 6 bln je..mcm kes yg bini koma kene blasah tu..kesian kat babynye
Quote ujio 5-12-2023 01:03 AM
CikNano replied at 4-12-2023 12:39 PM
Ni ada la jantan xguna cakap kalau bini melawan patut la kena pukul [em:6:][em:6:]

Kannn...mesti bini provoke katanyerrr...
Quote anony-mous 5-12-2023 01:15 AM
Jantan mcm ni xboleh ke bunuh dgn letak racun dlm makanan? Slowly mati? Forensik akn jumpa x? I rasa of forensik jumpa, better keep quite. Tgk la hasilnya jantan mcm ni hidup
Quote antikorok 5-12-2023 05:47 PM
Tak dapat nak bayangkan kesakitan yg dihadapi. Semoga Allah s.w.t. memberi kesembuhan dan dihilangkan segala penderitaan
Kesian anak dia

Semoga jantan laknat keparat tuh dibalas cash!
Quote kasibiman 5-12-2023 06:04 PM
apa sial punya jantan tak guna.
Quote green~tea 5-12-2023 06:17 PM
Astaghfirullah.... jahat nya jantan tu
Quote green~tea 5-12-2023 06:17 PM
ujio replied at 5-12-2023 01:03 AM
Kannn...mesti bini provoke katanyerrr...

Kalo provoke pun cerai je lah.. takyah laa cacatkan orang
Quote _blackbird 5-12-2023 07:45 PM
Dlm artikel tu ada tulis jantan tu spesis "kuat cemburu" . Dpt partner cemburu buta mmg hidup umpama dlm neraka, hal kecil pon boleh jadi besar.


Aku dulu ada couple dgn jantan insecure cemburu buta hukaloh, ikut history dating dia ok je takda pula exes dia claim dia jeles, mostly claim he is very understanding and supportive, time aku jeles nak mampos, aku makan kat cafe, biasa la cafe tu bukan bapak aku punya, opkos la open to everyone, pastu boleh dia ckp aku tgh dating dgn org lain pasal dgr suara jantan ntah kat meja mana. Aku kat rumah tdo call sampai 500x. Dia siap call housemate aku ntah mana dia dpt no phone housemate aku. Tau2 dah ada kat depan rumah aku. Hanjing betullll......
Quote zehra2 5-12-2023 07:59 PM
tak kan ler baru pertama kali kena belasah sampai jd camni.
sepatutnya awal dulu lg ko dah blah..
ni tau pulak tk nk mati demi anak.
hidup pun kalo jd cacat yg di minta, baik mati je lah. satu hal pulak org nk jaga ko.. nk jaga anak lg.
jd kn kes ni satu pengajaran. ini lah akibat nya kalo tk selamatkn diri sendiri dulu.
Quote intan244 6-12-2023 01:43 AM
kesian nya sampai buta. dah mcm sapa tu kena belasah husband sampai koma dari pregnant sampai anak lahir dah besar tu. jahatnya lelaki tu moga dpt balasan lagi teruk dr yg dia buat org.
Quote B40tastePosh 6-12-2023 02:51 AM
ujio replied at 5-12-2023 01:03 AM
Kannn...mesti bini provoke katanyerrr...

Padahal nak poligami. Nak rasa bugh3t masam rasa lain masam pulak.

Quote pokokmeranti 6-12-2023 07:53 AM
Suami ini majoriti ego. Klu dah bergaduh, jgn sampai suami ugut. klu dia dah ugut stop dulu. Klu x jadi mangsa pukul. Api vs Api mmg punah ranah la hidup.
Quote copy_paste 6-12-2023 09:30 AM
dayusnya lelaki tu, bagi wanita baik la korg andartu sampai tua dari jumpa lelaki mcm ni
Quote copy_paste 6-12-2023 09:34 AM
pokokmeranti replied at 6-12-2023 07:53 AM
Suami ini majoriti ego. Klu dah bergaduh, jgn sampai suami ugut. klu dia dah ugut stop dulu. Klu x j ...

sbb tu kalau nk kawin kena fikir bebetul baik lelaki atau wanita keduanya akan dpt ujian,
yg lelaki kena hadap mulut puaka bini,itu yg mencabar tahap kesabaran,
yg ppuan kena hadap serba serbi kekurangan lelaki
Quote pokokmeranti 6-12-2023 12:00 PM
copy_paste replied at 6-12-2023 09:34 AM
sbb tu kalau nk kawin kena fikir bebetul baik lelaki atau wanita keduanya akan dpt ujian,
yg lelak ...

klu isteri mulutnya pedas, start kete pergilah kedai kopi. tenangkan keadaan.
Quote copy_paste 6-12-2023 12:10 PM
pokokmeranti replied at 6-12-2023 12:00 PM
klu isteri mulutnya pedas, start kete pergilah kedai kopi. tenangkan keadaan.

hah itulah salah satu cara nak mengadap alam perkahwinan ni,mmg dgn org ppuan kena ngadap mulut dia,
takat mulut je pun ramai yg tewas ,tu sampai jd dera dan bunuh

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.082266 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top